Bismillah.
Showing posts with label Panduan Asas Kraf Felt. Show all posts
Showing posts with label Panduan Asas Kraf Felt. Show all posts
Thursday, 1 May 2025
New Chapter
Sunday, 29 May 2022
Jenis-Jenis Kain Felt
Kain felt adalah sejenis fabrik yang versatil; mudah disesuaikan untuk pelbagai kegunaan dan fungsi. Ia mudah diurus dan mudah dikendalikan. Inilah faktor utama mengapa kain felt amat popular di kalangan peminat kraf tangan khususnya kraf jahitan kreatif.
Secara umumnya di Malaysia, kain felt yang digunakan untuk kraf tangan terdiri daripada dua jenis: Felt poliester dan felt akrilik. Jadi apa perbezaan kedua-dua jenis felt tersebut?
Jenis-Jenis Kain Felt
(1) Kain felt poliester / polyester felt / felt keras
- Dikenali juga sebagai felt keras.
- Bersifat kesat, keras, tahan lasak dan kurang berbulu.
- Mudah dipotong, sama ada menggunakan gunting atau cutter machine.
- Mudah dijahit menggunakan tangan, mesin jahit biasa dan mesin jahit sulam.
- Sesuai untuk menghasilkan produk bahan bantu belajar kanak-kanak, rantai kunci (keychain), penanda buku, sarung telefon bimbit, bingkai gambar, hiasan dekorasi rumah, bekas sarung pensel dan hiasan (applique) di baju.
- Juga sesuai untuk dicetak (printing) menggunakan proses pencetakan sublimasi.
- Tidak sesuai untuk dijadikan pakaian atau bantal kerana sifatnya yang kaku.
(2) Kain felt akrilik / acrylic felt / felt lembut
- Dikenali juga sebagai felt lembut.
- Bersifat lembut, mudah dilentur, mudah dibentuk dan agak berbulu.
- Mudah dipotong cuma tidak menghasilkan clear cut.
- Boleh dijahit walaupun agak mencabar untuk dikendalikan.
- Sesuai untuk menghasilkan gubahan bunga hiasan, kerongsang, buah-buahan 3D, permainan kanak-kanak (soft toys), pin cushion dan bantal hiasan.
- Tidak sesuai untuk produk yang memerlukan tekstur keras dan tegap atau clear cut seperti applique, potongan huruf-huruf, penanda buku atau bekas sarung pensel.
- Tidak sesuai untuk dicetak (printing) menggunakan proses pencetakan sublimasi.
Kedua-dua jenis fabrik ini adalah 100% sintetik, diproses dan dihasilkan di kilang. Kain felt datang dalam pilihan pelbagai warna dan ketebalan. Felt dijual dengan harga yang berpatutan, dalam saiz potongan kecil atau pun dijual dalam ukuran meter atau yard.
Di mana anda boleh mendapatkan kain felt keras untuk projek kraf?
Boleh dapatkan di Shopee Amal Creative. :)
Friday, 13 September 2019
Soalan Lazim Tentang Kraf Felt
Baik, sebagai permulaan.
Saya nak kongsi dulu FAQ atau soalan paling kerap ditanya berkenaan kraf felt. Soalan ni semua saya sendiri biasa dapat. Sama ada melalui Facebook, Whatsapp, Instagram mahupun komen di blog.
Contoh soalan:
Apakah itu kain felt?
Berapa jenis kain felt?
Apakah kegunaan kain felt?
Apakah contoh kraf menggunakan felt?
Apakah jenis produk kraf felt?
Contoh produk felt terbaru 2019?
Bagaimana mahu jahit felt?
Apa jenis jahitan sesuai untuk kraf felt?
Bagaimana nak mula jahit felt?
Tutorial kraf felt?
Projek ringkas menggunakan felt?
Apa alat dan bahan untuk mula jahit kraf felt?
Ada tak starter kit untuk kraf felt?
Kain felt dijual di mana?
Kain felt boleh dibeli di mana?
Apa link online shop yang menjual felt?
Di mana kedai fizikal yang menjual felt?
Di mana boleh borong kain felt?
Penjual dan pemborong kain felt Malaysia?
Yang lagi advance, soalannya seperti berikut:
Bagaimana nak mula bisnes kraf felt?
Bagaimana nak iklankan dan jual produk kraf felt?
Siapa target customer kraf felt?
Apakah produk felt yang paling laris dijual?
Produk hari guru menggunakan kraf felt?
Bahan bantu belajar menggunakan kain felt?
Banyak lagi soalan sebenarnya.
InsyaAlah selepas ini saya akan kongsi dan cerita satu persatu. Senang. Lain kali bila ada yang tanya, Amal minta baca terus dan rujuk di blog ni. Semua maklumat ada insyaAllah.
Panduan Asas Kraf Felt di Amal Creative.
Saya nak kongsi dulu FAQ atau soalan paling kerap ditanya berkenaan kraf felt. Soalan ni semua saya sendiri biasa dapat. Sama ada melalui Facebook, Whatsapp, Instagram mahupun komen di blog.
Contoh soalan:
Apakah itu kain felt?
Berapa jenis kain felt?
Apakah kegunaan kain felt?
Apakah contoh kraf menggunakan felt?
Apakah jenis produk kraf felt?
Contoh produk felt terbaru 2019?
Bagaimana mahu jahit felt?
Apa jenis jahitan sesuai untuk kraf felt?
Bagaimana nak mula jahit felt?
Tutorial kraf felt?
Projek ringkas menggunakan felt?
Apa alat dan bahan untuk mula jahit kraf felt?
Ada tak starter kit untuk kraf felt?
Kain felt dijual di mana?
Kain felt boleh dibeli di mana?
Apa link online shop yang menjual felt?
Di mana kedai fizikal yang menjual felt?
Di mana boleh borong kain felt?
Penjual dan pemborong kain felt Malaysia?
Yang lagi advance, soalannya seperti berikut:
Bagaimana nak mula bisnes kraf felt?
Bagaimana nak iklankan dan jual produk kraf felt?
Siapa target customer kraf felt?
Apakah produk felt yang paling laris dijual?
Produk hari guru menggunakan kraf felt?
Bahan bantu belajar menggunakan kain felt?
Banyak lagi soalan sebenarnya.
InsyaAlah selepas ini saya akan kongsi dan cerita satu persatu. Senang. Lain kali bila ada yang tanya, Amal minta baca terus dan rujuk di blog ni. Semua maklumat ada insyaAllah.
Panduan Asas Kraf Felt di Amal Creative.
Saturday, 31 January 2015
Jenis-Jenis Butang Hiasan
Alhamdulillah hari ini seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi pula tentang jenis-jenis butang yang biasanya saya gunakan dalam hasil seni kraftangan felt. Untuk memudahkan kefahaman pembaca, saya bahagikan jenis butang mengikut kategori berbeza.
Kategori berdasarkan bahan pembuatan butang:
1) Resin
2) Plastik
3) Kayu
Kategori berdasarkan lubang butang:
1) Butang dua lubang
2) Butang empat lubang
Kategori berdasarkan tapak bawah butang:
1) Butang berlubang
2) Butang berkaki
3) Butang belakang rata
Ada juga butang lain yang mempunyai fungsi selain sebagai hiasan. Contohnya butang katup dan butang bungkus. Butang seperti ini biasanya digunakan sebagai butang mencantum antara dua kain.
Diharapkan dengan penerangan ringkas tentang jenis-jenis butang, dapat membantu anda membuat pilihan semasa memilih butang. :)
Sunday, 25 January 2015
Jenis-Jenis Hiasan Pada Kraf Tangan Felt
Cuba anda perhatikan pada 2 keping gambar di bawah.
Hiasan gantung di kereta.
Penggantung kad identiti.
Dapatkah anda mengenal pasti jenis hiasan yang dijahit atau dilekatkan pada kain felt? Mungkin ada yang selalu anda lihat. Tetapi mungkin juga ada hiasan yang membuatkan anda tertanya-tanya tentangnya. Jadi insyaAllah hari ini saya akan kongsikan jenis hiasan yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi produk felt kita.
1) Butang: Material yang paling kerap digunakan oleh pengusaha kraftangan felt di Malaysia. Bentuk dan coraknya yang pelbagai serta mudah digunakan, membuatkannya menjadi pilihan utama dalam menghias kain felt. Boleh digam atau lebih baik dijahit supaya kedudukannya tetap di atas kain felt.
2) Felt applique: Boleh direka sendiri kemudian dipotong secara manual menggunakan gunting atau dipotong menggunakan Big Shot. Felt applique dapat dilekatkan dengan kukuh dengan menggunakan gam UHU jika felt ditemukan dengan felt. Jahitan felt applique ke atas felt (contohnya pada bantal) adalah lebih digalakkan.
3) Brads: Diperbuat daripada material besi. Ia mempunyai 2 cangkuk yang dapat dibengkokkan di belakang. Cangkuk ini akan dimasukkan ke dalam lubang yang dibuat di atas kain felt. Kemudian cangkuk ini akan ditekan rapat ke felt supaya ia tidak bergerak.
4) Padded applique: Applique ini biasanya dari jenis kain berspan amat nipis, Boleh dilekatkan mahupun dijahit di atas felt.
5) Manik: Walaupun ia jarang digunakan, namun jika jahitan manik ini kena pada tempatnya maka ia akan menjadi seni halus yang amat cantik pada kain felt.
Labels:
Kraf Tangan Felt,
Panduan Asas Kraf Felt
Saturday, 17 January 2015
Jenis-Jenis Mata Pemotong (Cutting Dies)
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang mesin pemotong kain felt yang bernama Sizzix Big Shot. Ada saya sebutkan bahawa tanpa dies atau tanpa mata pemotong maka Big Shot tidak akan dapat digunakan dengan cara sepatutnya. Jadi hari ini saya akan kongsikan pula tentang jenis-jenis dies yang biasa saya gunakan.
Sizzix bukan sahaja mengeluarkan Big Shot, malah mereka turut mengeluarkan dies jenama sendiri. Dies terbahagi kepada beberapa jenis mengikut saiz dan fungsinya.
Dies yang biasa saya gunakan adalah dari jenis dies foam hitam tebal dan dies rangka besi nipis. Dies foam hitam tebal menjadi kegemaran saya walaupun harganya lebih tinggi. Dies jenis ini dapat menjimatkan masa dan menjimatkan tenaga kerana ia boleh memotong kain felt sebanyak 4 keping secara serentak. Manakala dies rangka besi nipis pula, boleh memotong hanya sekeping kain felt dalam satu masa. Harganya? Tentulah lebih murah berbanding dies tebal.
Dies rangka besi nipis.
Dies foam hitam tebal.
Reka bentuk dies yang ada di pasaran ditentukan oleh syarikat pengeluar dies itu sendiri. Walaupun saya lebih gemar dengan dies tebal, tetapi jika reka bentuk yang saya inginkan ada pada dies nipis sahaja, maka saya tiada pilihan untuk tetap menggunakannya.
Selain dies keluaran Sizzix, saya juga menggunakan Die-namic dies dari My Favourite Things dan dies dari Memory Box. Kedua-dua jenama ini biasanya hanya mengeluarkan dies jenis rangka besi nipis. Namun, reka bentuk dies yang dihasilkan sentiasa mampu membuatkan bakal pembeli rambang mata untuk memilih.
Wednesday, 7 January 2015
Mesin Pemotong Felt: Sizzix Big Shot
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahukah anda bahawa kain felt boleh dipotong menggunakan mesin?
Hari ini saya ingin berkongsi tentang mesin yang menjadi idaman hati hampir setiap usahawan kraf tangan felt di Malaysia. Mesin ini diberi nama Big Shot dari jenama Sizzix. Selain Big Shot, Sizzix turut mengeluarkan mesin yang hampir sama fungsinya seperti Big Shot Pro, BIGkick, Vagabond dan Sophisticut.
Terdapat pelbagai jenis mesin pemotong dies di pasaran antarabangsa. Selain Sizzix, jenama lain yang turut popular di kalangan penggiat kraf adalah Spellbinder, Kreaxion dan Cuttlebug. Untuk mendapatkan mesin tersebut, anda boleh mendapatkannya dengan membuat tempahan terus melalui laman sesawang pengeluar mesin tersebut. Kadangkala ada juga usahawan kraf tempatan yang turut menjualnya.
Jika dua tahun lepas, agak sukar untuk mendapatkan Big Shot di pasaran tempatan. Harganya pula agak mahal ketika itu. Namun sekarang tidak lagi. Anda boleh mendapatkannya dengan mudah dari pembekal material kraf tempatan. Saya sendiri adalah salah seorang pembekal mesin Sizzix Big Shot di Malaysia.
Mesin Big Shot berukuran lebih kurang 14 1/4" x 12 3/8" x 6 5/8" dan mempunyai jaminan 3 tahun. Mesin ini bersifat mudah alih dengan berat 3.4 kg. Ia boleh dibawa ke mana-mana mengikut kesesuaian tempat bekerja. 1 set Big Shot terdiri daripada 3 item iaitu mesin Big Shot sendiri, platform pelbagai guna dan sepasang pad pemotong. Selain digunakan untuk memotong felt, ia boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk hiasan bagi pembuatan kad, buku skrap, hiasan rumah, quilting, kraf kertas dan projek kraf yang lain.
Satu perkara yang perlu anda ketahui tentang mesin ini, ia mestilah digunakan bersama mata pemotong pembentuk atau lebih dikenali sebagai 'die'. Tanpa die, Big Shot tidak mungkin dapat menjalankan fungsinya. Dalam entri seterusnya, insyaAllah saya akan berkongsi pula tentang dies.
Thursday, 4 September 2014
Cara Jahitan Sembat
Jahitan Sembat
Digunakan untuk mengekalkan lipatan.
Cara jahitan:
1) Mulakan jahitan dengan jahitan kia di bawah lipatan.
2) Dijahit kiri ke kanan dengan jahitan menyerong pada sudut
3) 30 darjah di sebelah dalam.
Jahitan ini halus, kukuh, sekata dan boleh dilihat pada sebelah luar kain.
Labels:
Panduan Asas Kraf Felt,
Tutorial Kraf Felt
Wednesday, 3 September 2014
Cara Jahitan Insang Pari
Jahitan Insang Pari
Digunakan untuk mengemaskan tepi kain.
Digunakan sebagai jahitan perhiasan.
Cara jahitan:
1) Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah kiri.
2) Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit
3) Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.
Labels:
Panduan Asas Kraf Felt,
Tutorial Kraf Felt
Tuesday, 2 September 2014
Cara Jahitan Jelujur
Jahitan Jelujur
Digunakan untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan kain jika tiada mesin jahit.
Mudah dicabut jika dijahit kasar
Cara jahitan:
1) Mulakan dengan jahitan kia.
2) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya 3-5 mm
3) Akhirkan juga dengan jahitan kia
Labels:
Panduan Asas Kraf Felt,
Tutorial Kraf Felt
Monday, 1 September 2014
Jenis Gunting Kraf
Kerja memotong kain adalah kerja asas paling penting bagi seorang tukang jahit. Tak kisah lah anda mahu potong kain mudah urus seperti felt atau kain lemah gemalai seperti chiffon. Anda tetap perlukan gunting yang sesuai untuk kain yang akan dipotong. Jika betul potongannya, jahitan dapat diteruskan. Andai berlaku sebaliknya? Mungkin anda terpaksa menghadapi cabaran besar.
Pada awal penglibatan saya dalam dunia kraf tangan felt, saya hanya gunakan dua jenis gunting. Gunting biasa untuk kertas dan gunting besi yang kecil untuk kain felt. Cukuplah dua jenis ketika itu memandangkan saya hanya mahu mencuba dahulu. Setelah beberapa bulan menjahit, barulah saya perasan wujudnya jenis-jenis gunting lain yang boleh membantu kerja kraf.
Kiri: Gunting kadbod untuk memotong kertas yang tebal.
Kanan: Gunting kain cotton, flannel, fleece dan felt. Memotong kain yang nipis dan sederhana tebal.
Dari kiri: Gunting kertas untuk memotong kertas nipis, gunting mata melengkung untuk memotong bentuk bulat/bujur dan gunting besi kecil untuk memotongan kepingan felt yang kecil.
Gunting mata melengkung: Jika dilihat dari sisi, akan jelas kelihatan hujung matanya yang melengkung.
Atas: Gunting bilah berbentuk zigzag. Menjadikan potongan kain felt lebih menarik.
Bawah: Gunting bilah berbentuk scallop. Juga untuk menghasilkan potongan yang menarik.
Jenis-jenis gunting yang saya gunakan untuk kraf tangan felt.
Walaupun koleksi gunting ini seakan sudah mencukupi, namun masih ada satu jenis gunting yang belum saya miliki. Gunting 100% logam berat yang biasanya dimiliki oleh tukang jahit profesional. Belum ada keperluan mendesak untuk saya membelinya. Harganya juga agak tinggi setanding dengan kualiti potongan kain jika menggunakannya.
Semoga suatu hari nanti saya mampu memiliki gunting idaman hati tersebut.
Cara Jahitan Kia
Jahitan Kia
Digunakan untuk menyambungkan kain bagi menggantikan jahitan mesin.
Digunakan untuk memulakan dan mengakhiri mata jahitan.
Cara jahitan:
1) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan (anggaran 3-5mm).
2) Jahitan pertama seperti jelujur halus.
3) Kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit semula ke hadapan.
Ia rapat, kukuh dan kelihatan seperti jahitan mesin jahit di sebelah luar manakala di sebelah dalam seperti jahitan batang.
Labels:
Panduan Asas Kraf Felt,
Tutorial Kraf Felt
Saturday, 23 August 2014
Jenis Jahitan Kraf Felt
Jenis jahitan asas terbahagi kepada dua:
(1) Jahitan sementara
Jelujur halus, jelujur kasar dan jelujur serong.
(2) Jahitan kekal
i) jahitan penyambung: jahitan kia, jahitan halus dan jahitan mesin.
ii) jahitan pengemas: sembat halus, sembat susup, jahitan insang pari, jahitan silang pangkah dan jahitan lilit ubi.
iii) jahitan hiasan: jahitan sulaman, jahitan quilting dan jahitan tampal hias.
Untuk menjahit kraf felt sebenarnya adalah mudah dan tidak sesukar yang disangka. Kita hanya perlu mengetahui 4 jenis jahitan asas ini:
1) Jahitan kia
2) Jahitan jelujur
3) Jahitan insang pari
4) Jahitan sembat
Kebanyakan daripada kita biasanya sudah pun mendapat pendedahan awal dan mempelajari keempat-empat jenis jahitan ini sewaktu di sekolah menengah.
Untuk mendapatkan jahitan yang benar-benar halus, cantik dan kemas, kita perlu kerap berlatih supaya lebih mahir. Maksudnya di sini, perlu selalu menjahit untuk mendapatkan rentaknya.
Dalam entri seterusnya nanti, saya akan kongsikan langkah demi langkah 4 jenis jahitan asas ini. Setelah mahir kesemuanya, yang diperlukan hanyalah idea dan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan pelbagai produk kraf felt.
Sunday, 17 August 2014
Bahan Dan Peralatan Asas Mula Kraf Felt
Bagi anda yang berminat dan ingin mula menjahit kraf tangan felt, berikut adalah panduan senarai bahan dan kelengkapan asas yang perlu anda sediakan.
Bahan-bahan:
1) Kain felt
Sebelum ini saya ada sebutkan tentang dua jenis felt yang biasa digunakan di Malaysia. Felt poliester dan felt akrilik. Jadi pilihlah jenis kain yang sesuai mengikut projek jahitan yang bakal dijalankan.
2) Fiber
Digunakan untuk mengisi ruang dalam pola rekaan yang dijahit. Bersifat ringan dan boleh dibeli di kedai alat jahitan dengan harga yang murah. Jika tiada fiber, kekabu juga boleh digunakan.
3) Mounting board atau kadbod keras
Jika ingin menghasilkan rantai kunci nama atau bingkai gambar misalnya, mounting board ini digunakan di bahagian dalam kain felt sebelum dijahit.
4) Benang
Untuk jahitan felt, penggunaan benang jahit kain biasa sudah memadai. Jika ingin hasilkan kesan jahitan yang nampak tebal, gandakan sahaja lapisan benang yang ingin digunakan.
Peralatan-peralatan:
1) Gunting
Peralatan paling penting yang digunakan untuk memotong felt. Gunting haruslah dipastikan sentiasa tajam supaya
Saturday, 16 August 2014
Kraf Tangan Felt
Kraf tangan felt adalah seni jahitan kraf menggunakan kain felt.
Biasanya kain felt lebih sesuai dijahit secara manual menggunakan tangan. Namun ada ketika, penggunaan mesin jahit juga dapat menghasilkan produk yang menarik dan amat membantu dalam penghasilan produk felt berskala besar.
Sejarah Felt
Kain felt dikatakan antara kain tertua yang wujud sejak zaman prasejarah. Oleh kerana kain felt tidak ditenun dan tidak memerlukan mesin tenunan dalam proses penghasilannya, maka masyarakat purba dapat membuatnya dengan mudah. Ada suku nomad yang menghasilkan pakaian dan khemah menggunakan kain ini.
Perbezaan Kain Felt
Secara umumnya di Malaysia, kain felt yang digunakan terdiri daripada 2 jenis:
1) Felt poliester (polyester felt)
- Bersifat keras, tahan lasak dan kurang berbulu.
- Sesuai untuk menghasilkan rantai kunci, sarung telefon bimbit, bingkai gambar, hiasan dekorasi rumah dan hiasan di baju.
- Sesuai untuk menghasilkan rantai kunci, sarung telefon bimbit, bingkai gambar, hiasan dekorasi rumah dan hiasan di baju.
- Bersifat lembut, mudah dibentuk dan agak berbulu.
- Sesuai untuk menghasilkan bunga hiasan, buah-buahan 3D, permainan kanak-kanak dan bantal.
- Sesuai untuk menghasilkan bunga hiasan, buah-buahan 3D, permainan kanak-kanak dan bantal.
Kedua-dua jenis kain ini adalah
Sunday, 27 February 2011
Hadiah Tool Box
So yeah. Secara rasminya hobi saya (di kala ini) selain memasak adalah menjahit. Bukan jahit baju tapi jahit felt craft. :p
Bila buat felt craft, biasanya ruang tamu rumah jadi bersepah. Ada yang duduk di atas sofa, ada di atas lantai. Ada barang dalam kotak kasut guna semula, ada dalam plastik. Agak berserabut. Rasa bersalah pula kat Encik Suami. Balik kerja tengok rumah sepah.
Jadi bila tengok Huda (kawan sekolah merangkap kawan crafter) share gambar tool box, rasa terpanggil dan fikir ada keperluan untuk ada kotak macam tu juga. Macam biasa, benda-benda ni kita panjangkan share pada Encik Suami. Harus lah. :p
Tanpa lengahkan banyak hari, Encik Suami ajak ke mall. Beliau cari dan hadiahkan tool box ni. Tanda sokongan kepada isteri beliau yang baru menceburkan diri dalam bidang jahitan skala comel-comelan.
Thank you and I love you. :p
Mohon usah terpedaya dengan susunan kemas barang-barang dalam tool box. Bila cuti menjahit, rupanya macam
Labels:
Catatan Harian,
Panduan Asas Kraf Felt
Subscribe to:
Posts (Atom)