Friday 27 January 2023

Ladder Stitch


Untuk tutup batu seremban ni, saya suka guna ladder stitch atau nama lain dia invisible stitch. Jahit kat tempat terbuka tu tapi tak nampak mana benangnya. So batu tu nampak kemas.

Macam tulah juga kita (kamu itu terutamanya wahai Amalina) bila buat amal baik, kita usaha agar tidak dilihat orang lain. Biar Allah saja yang melihat dan menilai. Allah Asy-Syakur Maha Menghargai usaha baik kita walau sekecil mana. Dan paling best, Allah akan membalas ganjaran berlipat kali ganda. 🥰

Thursday 26 January 2023

Saiz Batu Seremban


2.5cm tu saiz batu seremban comel yang saya buat dulu. Projek kali ni nak besarkan sikit saiznya jadi 3cm. Kalian suka saiz yang mana?

Wednesday 25 January 2023

Tempahan Batu Seremban


Malam tadi Alhamdulillah dah siapkan potong kain semua. Hari ni boleh jahit guna mesin. Sentiasa ada rasa nervous bila part nak kena guna mesin jahit. 😂

Saiz kain saya potong untuk batu seremban kali ni adalah 3 inci x 1.5 inci. Bila siap, akan dapat 'batu' bersaiz lebih kurang 3 cm. Sederhana besar untuk mudahkan anak-anak lambung dan tangkap. 🥰

Projek kali ni ditempah untuk anak-anak sekolah pendidikan khas. InsyaAllah saya cuba jahit lebih untuk buat ready stock na. 😊

Monday 9 January 2023

First 2023 Product


Produk felt craft pertama 2023. Nak jahit heart keychain ni mudah saja dan tak mengambil masa yang lama. Boleh DIY untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang.




Kain felt berkualiti, butang comel, gam, keychain dan isian polyester fiber untuk hasilkan keychain ni ada di Shopee Amal Creative. Atau jika mahu order di whatsapp, boleh hubungi 0109034560.

Friday 6 January 2023

Renungan Awal Tahun

Update kain felt setelah sebulan berlalu 
(saya submit order kat supplier 5hb):

Di pihak supplier: ☑️

Di pihak warehouse:

"The port is congested due to the impact of the epidemic, and the new estimated departure date is 08.01.2023" 🤧😅

Pengajaran untuk diri sendiri:

Next time bila nak restock kain, jangan order dua bulan sebelum CNY. Sebaiknya order tiga atau empat bulan sebelum. 🤓

Renungan awal 2023. MASIH dengan berniaga kain felt. MasyaAllah tabarakallah. Bergerak ikut my own leisurely pace. Ada tanggungjawab terhadap keluarga yang wajib diutamakan. Dan saya tak reti bahagi masa sama rata. Lebih banyak masa untuk membangunkan keluarga. ❤️

Thursday 5 January 2023

Shopee Express Bangi Tutup


Baru balik Bangi.
Baru masuk kerja untuk 2023.

Subhanalllah. Sis dikejutkan dengan pemandangan tak terduga langsung di pintu Shopee Express Seksyen 9 BBB. Kekalutan juga sis bertanya di Fb dan mesej kawan. Cari juga di apps Shopee sendiri. Then alhamdulillah baru dapat pencerahan. 😂

Sekarang nak drop barang Shopee, boleh drop di MBE. Pun di Seksyen 9 BBBangi. Dan lagi satu, ParcelHub. Di Seksyen 9 BBBangi juga. Alhamdulillah mudah kerja. 💐

Monday 2 January 2023

Amal Sulam 2023


MasyaAllah tabarakallah. Sedikit catatat kenangan bersama Amal Sulam sepanjang 2022.

Sungguh saya masih baru dalam bidang seni sulaman tangan. Tempahan pun saya belum berani buka. Saya belum berpuas hati dengan tahap kekemasan sulaman sendiri. Walaubagaimanapun pada Disember yang lalu, Allah izinkan saya dapat dua tempahan untuk membuat pola sulaman. Alhamdulillah.

Untuk akaun IG sulam ini, saya update mungkin satu atau dua kali sahaja seminggu. Buat masa sekarang, saya menyulam sekadar sebagai hobi sampingan. :)

2023 adalah tahun untuk saya cuba sulam design yang lebih pelbagai. InsyaAllah.

Sunday 1 January 2023

2023

Assalamualaikum. Hai, apa khabar semua? :)

InsyaAllah tahun ini Amal Creative akan mengeluarkan kembali felt craft starter kit for beginners. Untuk itu, kami akan manfaatkan medium Instagram untuk berkongsi tips-tips dan tutorial felt craft untuk pemula. Jumpa di sana ya! Search saja nama 'amalcreative'.

Blog ini insyaAllah saya akan tetap update. Jiwa saya memang lebih tenang dan lebih selesa menulis dan berkongsi di sini; sejak 12 tahun yang lalu. ;) MasyaAllah tabarakallah.