Catatan pertama untuk blog ini bagi tahun 2026.
Pertama, saya mohon maaf kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan kami. Ada mesej-mesej di Whatsapp yang tak mampu dibalas. Atau ada yang terhenti di pertengahan jalan. Perbualan tiba-tiba terhenti begitu sahaja.
Bukan saya tidak mahu menjual atau tidak mahu melayan pertanyaan. Mustahil saya mahu menolak wang yang ingin diberi. Bahkan saya amat menghargai setiap satu mesej yang hadir ke peti surat Whatsapp. Sebab-sebab menghilang itu, jauh lebih complicated daripada apa yang biasanya boleh difikirkan.
Cukuplah bayangkan begini. Minyak kenderaan untuk saya meneruskan perjalanan dalam bidang kraf ini, bocor kemudian habis di pertengahan jalan. Dan saya belum mampu untuk mengisi minyak semula untuk kembali meneruskan langkah seterusnya.
Shopee juga telah saya tutup sejak sebulan yang lepas. Saya juga masih sedang mengenalpasti punca saya seakan-akan totally lost.
Permulaan 2026 saya diuji dengan tahap kesihatan yang amat merudum. Berlarutan hingga ke pertengahan tahun. Alhamdullah 'ala kulli haal. Itu rezqi saya untuk tahun ini.
Walau bagaimanapun, insyaAllah saya akan cuba bangkit. Mungkin dalam keadaan pace yang lebih perlahan. Sesuai dengan tahap kesihatan dan situasi saya pada saat ini.
Jauh di sudut hati, saya masih meminati bidang kraf dan masih mahu terlibat dengannya. :)
Buktinya, semalam saya gagahkan diri pergi perbaharui lesen SSM. Terlewat lebih sebulan kerana berperang dengan diri sendiri. Namun Alhamdulillah at the end, Allah masih izinkan.
Semoga 2027 nanti, ada rezqi lebih baik buat saya dan Amal Creative.
Sungguh saya amat rindu mahu aktif menghasilkan kraf tangan dan mengajar menjahit. Saya juga rindu kemeriahan Shopee shop dan Whatsapp message saya.
-Amal-

