Thursday 23 December 2021

Stok Borong Kain Felt Disember 2021.

Kain felt keras untuk sesi 2022/01.
Alhamdulillah selamat diterima.



Sengaja tak mahu tunggu lori hantarkan.
Kami pergi ambil sendiri di gudang.

boleh juga order di whatsapp.
Nombor kami 010 903 4560.

Wednesday 8 December 2021

Polyester Fiber Fill

Selalu sangat dapat soalan: Amal ada jual polyester fiber fill? Yang untuk isi dalam keychain atau stuffed toys tu.

Sekarang boleh jawab: Alhamdulillah adaaa. :)




Sengaja buat pek kecil. 10g sahaja. Memang tujuan untuk

Thursday 2 December 2021

Gam B7000


Gam B7000. 25ml dan 50ml. Alhamdulillah baru saja sampai di rumah. Boleh dapatkan di Shopee ya. Saya sudah kemaskini bilangan stok. Sayangnya kali ini saya tak ingat untuk order saiz 110ml. 

Wednesday 1 December 2021

Motivasi

بسم الله الرحمن الرحيم

Hadith Rasulullah SAW ini amat memberi motivasi untuk saya mula dan terus berkongsi secebis ilmu kraf kurniaan Allah bersama pembaca sekalian. Didoakan ada manfaat dan berkat yang berkekalan hingga ke Akhirat sana. Yang baik dan indah, sungguh semuanya daripada Allah Yang Maha Sempurna dan Maha Teliti. Sebarang kekurangan yang ada, itu kelemahan saya sebagai hambaNya.

Amal Aizad,
Bandar Baru Bangi.

Monday 22 November 2021

Edit Canva Untuk Shopee

Kerja apa hari ini? 💜
Menghadap Canva.

Untuk edit poster ni semua, saya gunakan Canva Pro. Kelebihannya? Sudah tentu lah ada banyak design yang lebih menarik. Biasanya untuk buat editing dalam skala yang banyak dan ambil masa, saya lebih suka guna di website. Lebih mudah dikendali. 


Boleh baca apa saya karang tu. Pelan asal nak tulis dalam Bahasa Inggeris. Fikir punya fikir, ok tak apa lah. Saya guna Bahasa Melayu dan cuba susun sebaik yang boleh.

Ikut personaliti saya ni, nak buat empat poster akan ambil masa sangat lama. Alhamdulillah kali ni Allah izin saya dapat lawan dan abai perasaan ingin sempurna. Yang penting, siap dalam masa enam jam untuk terus digunakan.

Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus soolihaat.

Wednesday 10 November 2021

Borong Kain Felt November 2021


Penutup tahun 2021. Tahun ni Alhamdulillah Allah izin empat kali ulang tempah. Tahun pertama mula dulu, tempah satu kali - nak habiskan ambil masa dua tahun. Siap plan nak ubah buat biz lain.

Ikut rasa, memang nak tinggalkan sepenuhnya medsos. Kemudian bila fikir tak mampu nak homeschool semua empat anak dan perlu pilih sekolah yang bagus pada perkiraan kami, saya masih perlu bekerja.

Jadi siapa nak kain polyester felt boleh dapatkan di Shopee Amal Creative.

Tengah usaha pujuk diri (dan seret kaki) keluar gua, pi deko-deko kedai Shopee, update printed felt dan butang-butang. Kuat, kuat semangta! :)

Thursday 7 October 2021

Saya Suka Bungkus Barang


Sungguh saya enjoy kerja mengira, menyusun dan membungkus barang. Haha. Seperti mana saya enjoy iron baju, telekung, cadar dan langsir.

Jangan tanya, tak bosan atau letih ke? Sebab jawapannya memang tak. Setakat ini.😆

Subhanallah. Ni perkara-perkara kecil yang boleh buat saya happy biiznillah. Seakan terapi pun ya. Tak cukup rasa nak ucap terima kasih pada Allah.

Alhamdulillah is the best kalimah. 

Saturday 7 August 2021

ETA Kain Felt


Setelah sebulan proses di sana. Baru nak belayar mai sini. Baru ya. Baru. Biasanya tempoh masa tu, dah selamat sampai di tangan. Kali ni.. Sabaq Amalina.

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Ada lah tu benda Allah atur cuma saya ja tak tau. Biasa ka luar biasa ka, semua baik sebab Allah atur. Semua. 

Wednesday 7 July 2021

Borong Kain Felt Julai 2021

 
Alhamdulillah. Sekejap lagi supplier kain felt kami di Tanah Besar China hantar ke gudang. Macam biasa, jangka sebulan lebih berlayar baru sampai ke tangan. 

Yang luar biasa, harga shipping naik lagi. Saya nak kena buat kira-kira nanti. Masih boleh kekalkan harga kain atau terpaksa naikan sikit sekupang dua.

Batch kali ni saya bawa masuk kain felt hitam dan kain felt putih berganda-ganda daripada biasa. Batch lepas dah ganda dah. Itu pun dua warna tu surut dan habis dulu.

Kali kedua ambil tiga guni.
Haaza min fadhli Robbi.

Friday 21 May 2021

Penanda Buku Bendera Palestin

MasyaAllah. Anak-anak hadiahkan untuk Mama. Terharu sungguh.


Anak-anak hadiahkan penanda buku bendera Palestin daripada kain felt. Mama suka sangat. Memang praktikal penanda macam ni. Tak ada isu mudah hilang. Tak ada isu mudah terkoyak.

Nak buat sangat mudah. Gam saja. Tak perlu jahit. Anak-anak boleh fikir dan buat sendiri. Depa guna kain felt polyester 1mm. Semestinya guna Mama depa punya stok kain. Haha.

Boleh nampak di sini cara Kakak sembunyikan tali di bawah kain felt.



Perbezaan cara kerja. Gambar kanan: Kakak sembunyikan elastic band di bawah felt putih. Tapi cara Kakak sambung elastic band tu, sama saja macam

Wednesday 19 May 2021

Motivasi Bekerja


Nasihat untuk diri yang menulis: Ada keupayaan fizikal dan mental untuk kerja, kerja. Ikut kemampuan sendiri. Teruskan bekerja lillahi ta'ala.

Supaya dengan duit yang ada, boleh sediakan makanan halal dan baik untuk keluarga. Ada duit untuk hantar anak-anak belajar Al-Quran. Ada duit boleh bayar wifi atau mobile data untuk belajar Al-Quran online. Ada duit untuk beri pada parents atau saudara-mara. Ada duit untuk infak, bantu mereka yang memerlukan.

Guna duit hasil bekerja sebagai jambatan menghubungkan dunia dengan Akhirat. Untuk dapat ganjaran di Akhirat. Kita letak Akhirat sebagai matlamat kita bekerja.

Ini pun namanya berjuang. Allah Maha Melihat setiap apa yang kita kerjakan. Bagi orang beriman, tiada satu pekerjaan pun sia-sia. Semuanya baik belaka.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Seluruh urusannya itu baik baginya. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur, itu baik baginya. Jika dia mendapat kesusahan maka dia bersabar, itu pun baik baginya.”

(HR. Muslim, no. 2999)

Thursday 29 April 2021

Stok Borong Kain Felt April 2021


Alhamdulillah! 💜💜💜 Sampai dah barang dagangan kami dari China. Selesai kerja romah, baru nak update. Di mana lagi, harus lah di Shopee Amal Creative. :)

Thursday 22 April 2021

Kerja Bungkus


Kerja-kerja siang hari. Malam memang tak boleh buat. Malam biasa pun tak buat. Apatah lagi malam Ramadan.

Kain felt saya banyak habis. Tinggal sebaris rak. Tu pun 3/5 ruang saja. Jualan? Sudah tentu lah terjejas. Kurang 2/3 daripada biasa. (mana pi tatau icon senyum sambil menitis ayaq mata tu?)

Jangkaan kontena sampai, minggu lepas. Tapi tak sampai. Tunda seminggu ke depan. Katanya 18hb. Pun belum update dalam sistem. Kita tunggu ja. Ada lah tu Allah dah atuq baik punya.

Semoga kain felt saya sampai dan diterima pada waktu terbaik. ❤️

Tuesday 23 March 2021

Stok Butang Baru


Butang-butang! Nanti bertambah sibuk dengan kerja-kerja QC.

Dunia tempat sibukkan diri dengan kerja. Habis satu kerja, Allah suruh buat kerja lain pula. Nak bersenang-lenang dan tenang berehat tanpa ada kerja selama-lamanya?

Sabarrr..

Itu di Syurga di Akhirat nanti. :)

Borong Kain Felt Mac 2021


Cerita borong kain polyester felt. Supplier kami baru saja hantar gambar tadi. Dah selamat ke gudang. Alhamdulillah.

Esok lusa harapnya dah boleh masuk kontena kapal dan belayar. Ikut pengalaman, kita dah puasa seminggu lebih insyaAllah sampai lah tu. Lebih kurang sebulan, senang cerita.

Sebelum-sebelum ni kami ambil dua guni. Kali ni, Allah izin lebihkan seguni. هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي 💜

Saturday 20 March 2021

Tukar Cutting Pad

Cutting pad saya untuk mesin Sizzix Big Shot dah lama patah. Baru-baru ni saya beli yang baru. Alhamdulillah masih ada rakan yang jual di Shopee. Agak susah juga nak jumpa barang-barang Sizzix sekarang ni. Kami sendiri pun dah lama berhenti jual mesin Big Shot dan cutting dies.


Ni cutting pads yang asal. Bila lama guna, dia akan meleding. Sampai satu masa kemudian, prappp akan patah. Lama sesangat dah saya punya ni pun. Wajar patah. 😂

Tak sedih. Sebab dah tau pasti akan berlaku. Haha.


Cutting pada yang baru. Cantik kan warna dia. Mint colour. Sedondon dengan Sizzix Big Shot kesayangan saya.


Selain mint, ada jugaa warna grape and watermelon. Cantik. Memang nyum nyum delicious colours.


Ok jom nak rasmi! Nak potong huruf-huruf felt.
 

Tuesday 16 March 2021

Amaran Daripada Surah Al-Mutoffifin

 
Ayat yang menyebabkan saya takut sangat kalau pelanggan terima tak cukup barang walau satu mini buttons yang sehalus 5mm.

Ayat 1 hingga 6 Surah Al-Mutoffifin. Ini jawapan kenapa saya mahu lebihkan butang dalam satu pack. Resin lebihkan. Keychain lebihkan. Pin pun lebihkan. Setakat yang saya ingat dan mampu.

Sungguh besar kemurkaan Allah kepada peniaga yang mengurangkan timbangan. Itu antara tafsir dan tadabbur ayat tersebut.

Sesiapa yang dapat barang tak cukup atau dapat tak seperti apa saya tulis (janji) di product description, saya akan gantikan dan pos semula. Pos kami tanggung. Tak peduli dah bab rugi duit pos. Lagi takut kerugian nanti di Akhirat.

Saya sangat takut termasuk dalam orang yang Allah kata celaka seperti di surah Al-Mutoffifin. 😰😰😰

Jadi saya ambil kesempatan nak pesan di sini. Sesiapa yang pernah dapat barang tak cukup atau barangnya tak elok bila berurusan dengan Amal Creative walau seketul butang, tolong sesangat maklumkan terus ya. Tolong jangan diam. Kami mahu ganti.

Walaupun saya ni buat kerja gaya orang perfectionist, saya tetap manusia biasa yang ada banyak kelemahan lain. Berpinar-pinar mata bila buat kerja packing benda halus. Jadi kadang saya yang lemah ni, memang ada kebarangkalian nak buat silap.

Mohon hubungi kami di 010 903 4560 ya untuk kami proses.

Moga Allah ampunkan kami andai ada kesilapan kami lakukan semasa muamalah bersama pelanggan sejak 2010, kini dan akan datang. InsyaAllah kami usaha amalkan pesanan Al-Quran.

Saturday 13 March 2021

Kelas Akhir The Growth X Batch Pertama

Kelas akhir The Growth X batch pertama bersama Hasbul Brothers. Alhamdulillah untuk pengalaman dan peluang yang Allah izin hampir setahun.


Saya upgrade pakej setelah menerima hadiah pakej basic. Topik-topik masterclass yang mereka tawarkan adalah apa yang selama ini saya mahu dan perlu tahu untuk Amal Creative.

Paling saya suka, HB sangat tak gemarkan strategi-strategi murahan yang memanipulasi emosi dan kelemahan wanita.

HB sangat tekankan authentic business strategies. Great product, great service and great experience adalah keutamaan. Saya lebih selesa dengan pegangan ini. Bagi saya, ia lebih mematuhi saranan agama kita.

Ada tiga tindakan drastik yang saya terus buat selepas menghadiri kelas:

1) Saya drop semua bisnes kecuali tinggalkan hanya satu untuk saya betul fokus. Saya pilih Amal Creative semestinya.
2) Saya pastikan saya fokus kuasai satu sahaja channel dalam masa setahun ini. Saya pilih Shopee.
3) Berusaha menjaga customer happiness.

Banyak lagi saya masih perlu buat.
InsyaAllah akan terus belajar.

Terima kasih Hasbul Brothers.

Wednesday 10 March 2021

Monday 22 February 2021

Preferred Plus Programme

Preferred+ Seller pula ya.. 😂
Macam-macam sungguh idea team Shopee.

Preferred Seller yang nak tengok dia layak atau tidak untuk upgrade tu, buka di web browser ok. Kemudian klik di Seller Center. Di apps tak dapat tengok.

Tuesday 9 February 2021

Tiga Kurier

Tiga-tiga ada. Mungkin malam nanti jadi empat pilihan selepas dapat kepastian di MBE Bangi tu boleh ke nak drop parcel DHL. 99.99% rasa macam boleh.

Update tentang J&T: Alhamdulillah kebanyakan barang yang terlekat, dah mula gerak.

Alhamdulillah. 💜💜💜

Semua ni kurniaan daripada Allah.

Amal Creative Dan Ninjavan



NinjaVan drop point ni rupanya dekat sangat dengan rumah saya. Memang lalu situ dulu sebelum sampai J&T. 😂

Ya Allah.. Sebelum ni tak pernah perasan. Tak pernah ada rasa secoet pun nak explore NinjaVan kawasan sendiri. Sungguh Allah bukan saja-saja uji letak parcels saya pos antara yang tersadai di branch J&T bermasalah tu.

Allah nak bagi saya nampak dan sedar ada kurier lain yang boleh saya offer pada pelanggan saya. Alhamdulillah semalam lepas buka shipping option NinjaVan, dah dapat order pertama yang nak guna Ninja. 💜

Dalam masa yang sama, dup dap dup dap belum berakhir. Selagi yang tersadai tu belum selesai, duitku juga tergantung lama di Shopee. Pedih. 😶

Sunday 31 January 2021

Penutup Bulan


Penutup bulan. Alhamdulillah.
Tak banyak. Cukup-cukup insyaAllah.

Sengaja keluar pos hari Ahad walaupun cuti. Salah satu usaha kami di Amal Creative nak menggembirakan mereka yang percayakan servis dan produk kami. :)

Tuesday 26 January 2021

PS Tag Dikembalikan


Alhamdulillah. 💜
Haaza min fadhli Robbi.

Allah izinkan dapat balik tag oren PS.

Wednesday 20 January 2021

Kain Felt Keras


Kain felt keras atau kain felt polyester stok terkini yang baru sampai kepada kami. Boleh lihat di gambar: Kanan plain felt. Kiri printed felt. Kebiasaan memang ambil stok plain felt lebih banyak. Sebab lebih diperlukan dan lebih dicari.

Sebelum ni bila sembang dalam chat, saya tanya tokey supplier felt tu, warna krim ada ke? Dia kata tak ada. Tapi tapi tapi, yang dia kirim ni, ada pulak warna krim. 😂 Haha ok lah. Tak apa sangat macam ni. Memang saya nak warna krim tu.

So, masa untuk saya susun di rak belakang tu. :)

Testimoni Shopee Amal Creative

Jarang saya nak kongsikan testimoni. Sejenis segan apa entah lah. Rasa seolah sedang mengipas diri sendiri pun ya huhu. Rasa kurang senang.

Sekali sekala ok lah kot nak kongsi. Ni antara maklum balas yang kami terima di Shopee. Alhamdulillah tumpang seronok dapat bantu penuhi hajat orang lain. Seronok boleh bantu orang lain berniaga. Bertambah seronok bila didoakan kebaikan. Alhamdulillah.

*Emm.. Saya ni selalu dapat komen 'seller peramah' di Shopee. Hakikat: sesungguhnya saya tak ramah pun di alam nyata. Personaliti introvert tu dominan. Cuma bila orang sopan-santun berbicara dan berbudi, insyaAllah kita cuba berbahasa sebaiknya. :)

Monday 18 January 2021

PS Tag Ditarik


Ya sungguh. Bukan salah tengok atau bukan ada glitch pada sistem Sopi tu. Memang tag oren PS kena tarik semalam. Tak penuhi syarat lebih 72 orders dalam masa 30 hari. Kami punya cun cun 72. Nak selamat kena dapat 73 dan ke atas. 😁

Separuh bulan Disember saya turn on vacation mode. Balik kampung cuti dua minggu. Dah jangka dah boleh jadi macam ni.

Sedih 5% ja. Lagi 95% rasa nak pulun lebih lagi insyaAllah. Allah izin jualan kain felt laju di Shopee tu pun Alhamdulillah syukur sangat-sangat dah. 😭

Dok teringat kat sifu ku Aya jugak ni. Banyak sangat terhutang budi kat beliau dalam perjalanan nak jadi supplier felt bilis-bilis ni. Thank you very much Aya!

Stok Borong Kain Felt Januari 2021


Pos guna kapal laut. Memang menuntut kesabaran setinggi langit biru. 😂

Saya cemas di sini. Kali ni previous batch punya kain polyester felt pantas menyusut. Terutamanya hot colours lah Sungguh saya tak kuat nak reply stok tak ada. Nak beritahu stok on the way pun serba salah.

Saya bukan tak teringin nak bawa masuk kain felt roll besar tu dan jual by meter. Cuma ruang rumah kami kecil. Separuh ruang dah jadi tempat kerja saya. Bayangkan bila masuk berpuluh rolls kain. 😆

Sewa stor luar bukan pilihan terbaik buat masa sekarang. Saya nak kerja dari rumah. So, saya proceed dengan saiz kain sedia ada. 30cm x 30cm. Senang nak urus dan senang nak simpan lagi pun.

Lagi satu, saya suka galakkan orang ambil saiz sekadar keperluan. (Yang memang nak guna saiz besar tu cerita lain na.) Bukan ambil saiz besar semata-mata nak murah. At the end, terperam dalam laci dan tak sempat guna pun. Bazir dah kat situ. Niat asal nak jimat dah jadi sebaliknya.

Dan setiap barang hat kita ada tu, esok-esok akan dihisab. Nak jawab apa time tu? Ish sendiri meremang sebab saya pun ada banyak barang terkumpul tapi tak terguna.



Alhamdulillah siang tadi dah selamat terima kain-kain felt yang diborong. Lega.

Wednesday 6 January 2021

Gunting Manual


Sementara belum ada thermal printer ni, kita gunting manually lah dulu satu persatu. Terapi juga buat aktiviti ni. Slowly membantu mengurangkan personaliti highly perfectionist yang dok sedia berakar.

Belajar terima it's ok gunting kotak tu tak 100% sempurna ikut garis.