Tutorial kraf felt donat/donut.
Assalamualaikum. Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan satu aktiviti yang pernah saya buat tujuh tahun lepas bersama anak-anak di rumah. Dulu saya ada kongsikan di Facebook page Amal Creative. Saya tulis tutorial cucoq keria. Bukan donat. Kenapa bukan donat? Ada saya tulis di hujung post ni.
Cuma tu lah, baru sekarang saya teringat yang saya belum lagi masukkan di blog. Ahaha punya lah lama kan! Jadi saya salin saja apa yang saya pernah tulis dulu di Fb.
Ok, jom kita lihat apa bahan-bahan yang perlu kita sediakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah acrylic felt (felt lembut), isian fiber, gunting kain, gunting kertas, pen penanda, jarum, benang dan apa-apa kertas yang sedikit keras seperti kotak tisu.
Langkah pertama, kita lukiskan pola atau templat di atas kertas keras. Tujuannya supaya pola tersebut tahan lasak, tahan lama dan kita dapat gunakan berulang kali.
Bentuk bulatan tu, nak lukis free hand boleh atau nak ambil apa-apa benda yang berbentuk bulat kemudian lukis ikut bentuk dia pun boleh.
Cara paling gigih dan memerlukan lebih banyak masa: lukis bentuk bulatan dalam Microsoft Word dan cetak gambar di atas kertas. Heee siapa rajin, boleh buat ya.
Guntingkan pola tadi. Saiz atau diameternya terpulang ya, nak buat besar atau kecil. Kalau nak nampak lebih cantik, bulatan yang tengah tu, kecilkan sikit.
Tekapkan di atas kain felt menggunakan air erasable pen. Nak gunakan pensel penanda pun boleh. Tak ada masalah.
Galakkan penyertaan anak-anak. Macam dalam gambar tu, Abang Wafiy teruja nak tolong. Mama tunjukkan satu contoh. Kemudian Abang buat sendiri lagi satu.
Haha memang berbeza hasil tekapannya. Tapi tak apa. Puji usaha anak. Jangan sebut langsung pasal senget ke, garisan terkeluar ke, tak kemas ke. Jangan sebut. Puji usaha dan ucapkan terima kasih pada anak kerana membantu.
Oleh kerana Mama puji usaha Abang, maka Kakak pula nak tolong buat sama. Beri peluang anak mencuba. Bagus untuk tingkatkan keyakinan diri anak.
Adik bayi 2 tahun ni pun nak tolong juga. Errrmmm cuma beliau masih belum faham konsep tekapan ya Puan-Puan.
Berulang kali dah Mama letak jari beliau atas kain. Tapi atas pola tu juga dilukisnya. Haha!
Tekap pola di atas 2 keping kain kemudian guntingkan. Anak saya ada 3 orang (setakat ini). Jadi cucoq kerianya pun kena lah buat 3.
*Maafkan saya andai warna dalam gambar agak menyakitkan mata. Saya hanya ada 3 warna felt tu saja* :D
Warna pink lembut tu, Abang gunting sendiri. Sekali lagi,