Monday 28 March 2011

Simple Felt Flower Brooch

 
Flower brooch yang saya belajar daripada starter kit SUS. Hujung tahun lepas lagi dah beli kit tu. Cuma baru hari ni nak cuba buat. Mudah nak buat. Cuma perlu potong kelopak bunga ikut template. Susun dan jahitkan butang untuk cantum semua kelopak. Pasang pin di belakang. Siap. :)

Monday 14 March 2011

Felt Pendrive Case

Semalam waktu tengah jahit keychain yang banyak-banyak tu, terasa nak cuba jahit pendrive case. Lama dah teringin cuma selalu bertangguh. Tak berapa yakin boleh ke tak.

Bila dah cuba, Alhamdulillah ada lah rupanya. Hee..


Iya saya pilih warna kegemaran saya. Pink dan purple. Letak seketul butang ladybird di bahagian depan. Di belakangnya saya letak nama. Sukanyaaaa! Comel! (Perasan) :p


Jadi lepas ni saya boleh dah ambil tempahan felt pendrive case ok. Boleh hubungi saya di email untuk order ya.

Friday 4 March 2011

Produk Felt Craft Untuk Dijual

Alhamdulillah dapat siapkan banyak ready stock keychain. Selain menerima tempahan kawan-kawan Facebook. Harga pengenalan, murah-murah saja.




Kesemua keuntungan jualan keychain felt ni akan masuk ke tabung cloth diapers untuk baby dalam kandungan insyaAllah. :) Boleh tahan juga ya harga cloth diapers. Cuma bila fikir jangka panjang, insyaAllah berbaloi diusahakan dapat.

Wednesday 2 March 2011

Kain Felt Besar

Alhamdulillah saya baruuu saja dapat stok kain felt saiz yang besar. Warna cantik-cantik. Teruja ok! Rasa makin bersemangat nak menjahit.

Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Akma, pemilik MsCraft Shoppe yang datang hantar by hand.

Satu DUN dengan saya rupanya. So after this mudah lah nak order felt lagi dengan Kak Akma. Saya tak order stok banyak-banyak pun sebab saya kan masih beginner. Duit modal pun belum habis pusing lagi ni.

InsyaAllah selepas baby lahir dan diberi kelapangan olehNya, saya akan pelbagaikan produk Kraf Malinja.

InsyaAllah nanti saya upload warna stok yang ada. Saya akan buka tempahan selepas habis berpantang. Nak bagi perhatian eksklusif untuk baby dua bulan pertama.