Sunday 30 October 2022

Hadiah Sulam Untuk Mama Babah


MasyaAllah tabarakallah. Masih dengan bunga ros ya rakan-rakan sekalian. Masih belum boleh move on buat bunga lain. πŸ˜… 

Sulam nama insan-insan paling penting dalam hidup. Projek cuti sekolah baru-baru ni sempena pulang ke kampung. Alhamdulillah untuk enam hari yang diizinkanNya. πŸ₯°

Untuk initial letters, kali ni saya guna benang six strands. Hasilnya lebih saya suka berbanding kerja sulam awal bulan lalu.

Untuk nama, awalnya saya cuba jahitan stem stitch. Tapi saya tak puas hati dengan hasilnya. Saya tukar guna backstitch dengan benang three strands.

Ok, saya ada soalan. Bunga ros tu, siapa perasan saya guna dua warna benang berbeza? Ke nampak sama saja? :) 

Tuesday 18 October 2022

Anis And Her Cat

Macam berlumba-lumba pula Kakak dengan Mama dia nak cuba buat projek sulam baru. Setakat ni memang projek Kakak tu yang lebih banyak.

Kakak suka haiwan. Jadi tak pelik pun bila objek lukisan Kakak more to cute animals. Paling disayangnya, kucing. :) 

Monday 17 October 2022

Amal Sulam


Alhamdulillah. MasyaAllah tabaarakallah. Allah izin saya bina satu Instagram khas untuk memuatkan proses dan hasil kerja tangan sulaman benang. Akaun ini baru lagi. Baru berusia 13 hari. :)

Jemput follow sekiranya anda juga berminat dengan seni sulaman benang. Saya tulis caption 90% menggunakan Bahasa Melayu. 

Friday 14 October 2022

Penanda Buku Felt Bersulam


Penanda buku bersulam bunga ros putih. Sebagai peneman membaca buku yang bertema wanita dalam al-Quran.

Sedikit pengalaman sewaktu saya menyulam di atas kain polyester felt 1mm:

πŸ’Œ Saya rasa bila guna felt, lebih sesuai guna maksimum empat helai (strands) benang.

πŸ’Œ Jika guna five or six strands, kepala jarum yang digunakan tu besar. Mengakibatkan jarum dan benang susah nak menembusi kain.

πŸ’Œ Rasa nak menangis tarik kepala jarum untuk buat lazy daisy stitch (bunga kecil warna krim di bawah ros putih). Sebab saya guna six strands.

πŸ’Œ French knot (yang macam dot dot tu), saya guna five strands. Pun rasa nak menangis. Haha.

Next project, insya-Allah saya nak cuba sulam bunga guna satin stitch with one/two strands. :)

Wednesday 12 October 2022

Hijau Kuning

Eksperimen dengan warna-warna pastel. Tengok hijau kuning, automatik terkenang kampung halaman. :)🌾🌾🌾

Monday 10 October 2022

Sulam Tangan: Ladybird Comel

MasyaAllah tabaarakallah. Hujung minggu yang panjang. Alhamdulillah dapatlah Kakak siapkan projek sulamnya yang tertangguh. Ada sikit Mama tunjuk cara, kemudian Kakak sambung habiskan. Kakak cakap dia suka buat French knot! :) 

Friday 7 October 2022

Bekas Simpanan Lebihan Benang

Waktu saya menjahit felt craft dulu, saya terus buang sisa benang berlebihan selepas selesai menjahit. Tak pernah pun kumpul apatah lagi simpan.

Bila dah scroll banyak IG embroidery, baru nampak best dan menarik ya simpan lebihan benang dalam satu balang khas. Terus teringin nak ada satu juga! πŸ˜†

Awalnya saya terbayangkan spice jar kecil di rak dapur. Bila fikir balik, botol kaca tak sesuai untuk situasi saya yang dikelilingi kanak-kanak aktif. Bekas plastik lebih sesuai.

Ini adalah gambar bekas asal yang saya basuh, cabut sticker dan guna semula. Tak habis pun guna isinya untuk projek homemade playdough anak-anak. Sedar-sedar dah tahun 2022. :D

Thursday 6 October 2022

Projek Sulam Pertama Kakak


Semalam balik daripada sekolah, dengan semangatnya terus saja Kakak cakap, "Mama, hari ni Kakak nak jahit macam Mama. Takda kerja sekolah."

So yeah, ladybird comel ni projek Kakak. Mama tolong betulkan ketegangan kain di hoop saja. Steps lain, Kakak buat sendiri.

Children see, children do.

Saya pun seorang anak yang membesar dengan melihat ibunya mengusung benang DMC ke sana ke mari. :)

Wednesday 5 October 2022

Kain Untuk Projek Sulam Tangan

Awal-awal saya belajar menyulam, saya gunakan kain belacu (calico). Kakak di Karysma yang cadangkan dan saya ada baca memang kebiasaannya nilah dia jenis kain sesuai untuk sulaman.

Bila sendiri cuba buat back stitch, saya jadi tak puas hati pula tengok lubang di kain yang agak obvious di mata saya di sepanjang jahitan. Bila cuba buat fishbone stitch, lagilah tak senang duduk.

Jadi selepas tu, saya terus tukar kepada Japanese cotton. Kenapa Japanese cotton? Saya baca tips and tricks di IG @benangbynini. Terima kasih, Nini! Saya suka dan alhamdulillah sangat serasi dengan tekstur kain ni.

Kain belacu yang ada (saya beli 1m haha), saya jadikannya lapisan di belakang Japanese cotton. Boleh lihat pada gambar. Kombinasi dua kain ni bagi saya, alhamdulillah sedap dan kemas untuk kerja menyulam. :)

Tuesday 4 October 2022

Jenis Jahitan Asas Sulaman


Ada tujuh jenis jahitan asas sulaman yang berbaloi untuk dipelajari di peringkat mula. Saya kekalkan istilahnya in English supaya mudah untuk buat carian tutorial di Youtube.

1) Back stitch
2) Stem stitch
3) Lazy daisy stitch
4) French knot
5) Fly stitch
6) Fishbone stitch
7) Woven wheel stitch

Saya tulis sebagai rekod simpanan sendiri. Atau boleh juga dimanfaatkan untuk beginner macam saya. :)

Monday 3 October 2022

Floral Letter Embroidery

Karya sulam tangan pertama.
Yang siap sepenuhnya.

Siang: Design dan tekap di kain.
Malam: Jahit sampai habis.







Masya-Allah tabarakallah. Allah izin siap.

Karya pertama; yang daripadanya saya dapat belajar banyak perkara. Saya percaya bila istiqamah berlatih, insyaAllah sebarang kerja pun akan bertambah lebih baik. Sama juga halnya dengan menyulam.

Sedikit cerita buat kenangan sendiri:

Buat kerja sampai lewat malam. Menonong rempit menjahit. Tak perasan ada benang terbabas. Mama nak tetas benang di lekuk huruf tu. Kakak Insyirah tak bagi.

Kakak cakap,

"Takpa Mama. Tak payah tetas. Ni namanya proses Mama tengah belajar. Biar je. Nanti Mama buat yang baru. Yang ni Kakak nak. Mama bagi Kakak. Kakak suka sebab cantik sangat."

Subhanallah. Begitulah Allah menghantar anak 9 tahun 'mendidik' dan 'menenangkan' seorang mama yang bergelut dengan sisi gelap perfectionism.

Terima kasih Kakak. Kakak ingatkan Mama apa yang pernah Mama sendiri cakap pada Kakak. Kakak sedarkan Mama. Orang dewasa ni ada masa dia lupa nak walk the talk.🌹