Tuesday 23 March 2021

Stok Butang Baru


Butang-butang! Nanti bertambah sibuk dengan kerja-kerja QC.

Dunia tempat sibukkan diri dengan kerja. Habis satu kerja, Allah suruh buat kerja lain pula. Nak bersenang-lenang dan tenang berehat tanpa ada kerja selama-lamanya?

Sabarrr..

Itu di Syurga di Akhirat nanti. :)

Borong Kain Felt Mac 2021


Cerita borong kain polyester felt. Supplier kami baru saja hantar gambar tadi. Dah selamat ke gudang. Alhamdulillah.

Esok lusa harapnya dah boleh masuk kontena kapal dan belayar. Ikut pengalaman, kita dah puasa seminggu lebih insyaAllah sampai lah tu. Lebih kurang sebulan, senang cerita.

Sebelum-sebelum ni kami ambil dua guni. Kali ni, Allah izin lebihkan seguni. هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي 💜

Saturday 20 March 2021

Tukar Cutting Pad

Cutting pad saya untuk mesin Sizzix Big Shot dah lama patah. Baru-baru ni saya beli yang baru. Alhamdulillah masih ada rakan yang jual di Shopee. Agak susah juga nak jumpa barang-barang Sizzix sekarang ni. Kami sendiri pun dah lama berhenti jual mesin Big Shot dan cutting dies.


Ni cutting pads yang asal. Bila lama guna, dia akan meleding. Sampai satu masa kemudian, prappp akan patah. Lama sesangat dah saya punya ni pun. Wajar patah. 😂

Tak sedih. Sebab dah tau pasti akan berlaku. Haha.


Cutting pada yang baru. Cantik kan warna dia. Mint colour. Sedondon dengan Sizzix Big Shot kesayangan saya.


Selain mint, ada jugaa warna grape and watermelon. Cantik. Memang nyum nyum delicious colours.


Ok jom nak rasmi! Nak potong huruf-huruf felt.
 

Tuesday 16 March 2021

Amaran Daripada Surah Al-Mutoffifin

 
Ayat yang menyebabkan saya takut sangat kalau pelanggan terima tak cukup barang walau satu mini buttons yang sehalus 5mm.

Ayat 1 hingga 6 Surah Al-Mutoffifin. Ini jawapan kenapa saya mahu lebihkan butang dalam satu pack. Resin lebihkan. Keychain lebihkan. Pin pun lebihkan. Setakat yang saya ingat dan mampu.

Sungguh besar kemurkaan Allah kepada peniaga yang mengurangkan timbangan. Itu antara tafsir dan tadabbur ayat tersebut.

Sesiapa yang dapat barang tak cukup atau dapat tak seperti apa saya tulis (janji) di product description, saya akan gantikan dan pos semula. Pos kami tanggung. Tak peduli dah bab rugi duit pos. Lagi takut kerugian nanti di Akhirat.

Saya sangat takut termasuk dalam orang yang Allah kata celaka seperti di surah Al-Mutoffifin. 😰😰😰

Jadi saya ambil kesempatan nak pesan di sini. Sesiapa yang pernah dapat barang tak cukup atau barangnya tak elok bila berurusan dengan Amal Creative walau seketul butang, tolong sesangat maklumkan terus ya. Tolong jangan diam. Kami mahu ganti.

Walaupun saya ni buat kerja gaya orang perfectionist, saya tetap manusia biasa yang ada banyak kelemahan lain. Berpinar-pinar mata bila buat kerja packing benda halus. Jadi kadang saya yang lemah ni, memang ada kebarangkalian nak buat silap.

Mohon hubungi kami di 010 903 4560 ya untuk kami proses.

Moga Allah ampunkan kami andai ada kesilapan kami lakukan semasa muamalah bersama pelanggan sejak 2010, kini dan akan datang. InsyaAllah kami usaha amalkan pesanan Al-Quran.

Saturday 13 March 2021

Kelas Akhir The Growth X Batch Pertama

Kelas akhir The Growth X batch pertama bersama Hasbul Brothers. Alhamdulillah untuk pengalaman dan peluang yang Allah izin hampir setahun.


Saya upgrade pakej setelah menerima hadiah pakej basic. Topik-topik masterclass yang mereka tawarkan adalah apa yang selama ini saya mahu dan perlu tahu untuk Amal Creative.

Paling saya suka, HB sangat tak gemarkan strategi-strategi murahan yang memanipulasi emosi dan kelemahan wanita.

HB sangat tekankan authentic business strategies. Great product, great service and great experience adalah keutamaan. Saya lebih selesa dengan pegangan ini. Bagi saya, ia lebih mematuhi saranan agama kita.

Ada tiga tindakan drastik yang saya terus buat selepas menghadiri kelas:

1) Saya drop semua bisnes kecuali tinggalkan hanya satu untuk saya betul fokus. Saya pilih Amal Creative semestinya.
2) Saya pastikan saya fokus kuasai satu sahaja channel dalam masa setahun ini. Saya pilih Shopee.
3) Berusaha menjaga customer happiness.

Banyak lagi saya masih perlu buat.
InsyaAllah akan terus belajar.

Terima kasih Hasbul Brothers.

Wednesday 10 March 2021