Showing posts with label Jurnal Jahit Amal. Show all posts
Showing posts with label Jurnal Jahit Amal. Show all posts

Thursday, 19 December 2024

Batu Seremban Jahitan Tangan

Bismillah. Hari ni saya rasa nak guna jahitan tangan sepenuhnya untuk buat batu seremban. Ada masa, macam tu lah, hee. Bertuah amat-amat ya client kita. Jahitan tangan ni saya suka sebab boleh kawal sepenuhnya dan semestinya akan ekstra teliti bila menjahit.

Nak duduk di meja guna mesin, macam pening-pening sikit dan sakit tengkuk. Nak rehat baring saja, rasa tak produktif pula. Jadi, saya pilih 'yang tengah'. Berehat sambil buat kerja.

Atau maksud lain: Baring sambil menjahit.
(Warning: Please do not try this at home.)


Macam ni, saya dah potong siap-siap tujuh keping kain untuk jahit tangan. Kemudian bawa semua peralatan menjahit seperti jarum, benang dan gunting di atas katil. :p

Paling penting, berhati-hati. Rumah saya tak ada anak kecil dah. Jadi boleh buat macam ni. Tak risau sangat. Satu lagi, bila menjahit tu jangan lah cucuk jarum di bantal atau letak gunting atas bantal. Berisiko. Lapik dengan sesuatu. Memudahkan juga untuk kemas nanti. Saya letak semua alat tu di atas penutup kotak. 


Yang ini dah siap jahit keliling dan saya dah selesai terbalikkan. Langkah seterusnya adalah masukkan batu sungai yang kecil tu. Kemudian jahit penutup.


Alhamdulillah selesai dah kerja siang tadi. Siap satu set batu seremban. Satu set ada tujuh biji batu. Nanti saya letak dalam pouch. Mudah simpan dan mudah bawa.

Bab tercucuk jarum tu biasa lah kekadang terkena juga. Biasanya jadi macam ni bila fokus lari atau fikiran mula melayang terbang jauh. Orang kampung saya kata: mokala tercucuk, dan dan kembali ke alam realiti. Hee.. Mata pun auto cerah semula. 😂



Again. Berhati-hati ya adik-adik sekalian bila guna benda tajam. Guna elok-elok. :D

Ada sesiapa nak tutorial batu seremban jahitan tangan ke? Boleh dipertimbangkan.

Friday, 13 December 2024

Hadiah Buat Sahabat


Kiriman hadiah buat sahabat-sahabat.

Terima kasih Kak A atas kesudian menempah set hadiah friendship keychain dan batu seremban. 🌹

Menarik betul idea Kak A. Diselitkan sekali pesanan ringkas dan doa buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Baarakallaahu fiikum.

*Nota/mesej tulisan tangan tu, saya tak caj apa-apa. 🥰 Feel free to request na. Asal bukan minta tulis penuh satu kertas A4. 😅

Untuk tempahan, boleh hubungi saya di Whatsapp 010 903 4560.

Wednesday, 6 November 2024

Batu Seremban Malaysia


Buat melepas rindu lama cuti menjahit. Alhamdulillah siap dua set batu seremban comel. :) Siapa nak, boleh terus whatsapp saya 010 903 4560. Isi dalamnya batu kecil. Bukan kacang hijau. Jadi tak ada isu nak main lambung-lambung atau bila kotor, nak basuh pun boleh. Harga hanya RM10 per set. Handcrafted with lots of love.

InsyaAllah lepas ni saya nak buat design baru pula. Nantikan. :)

Saturday, 1 June 2024

WIP Watermelon Bookmark


Selesai bahagian back stitch, kita akan teruskan dengan blanket stitch atau nama lainnya insang pari untuk cantumkan bahagian atas dan bawah penanda buku.

Dua jenis jahitan tangan ni adalah jahitan yang paling banyak saya guna sejak mula felt crafting tahun 2009.

Wednesday, 21 February 2024

Batu Seremban Untuk Cuti Sekolah


Batu seremban ni, kiranya saya akan buat tiap kali cuti sekolah. 😄

Jahit sekeliling guna mesin jahit dan untuk penutupnya, saya jahit tangan. Guna ladder stitch. Nampak kemas, tak nampak benang dan tak serabut.

Setakat yang guna (dan QC) di rumah kami ni, dah banyak kali sangat melambung toing toing ke seluruh pelosok rumah, haha - Alhamdulillah elok batu-batu masih kekal ada di dalamnya, tak terkeluar.

Saya ada beberapa set sedia ada buat masa ni. Boleh terus pos.
Boleh whatsapp saya 010 903 4560 bagi sesiapa yang nak ya.

1 set batu seremban ada 7 batu dan 1 uncang,
untuk mudahkan simpanan selepas main. :)

Thursday, 2 March 2023

Batu Seremban Lagi


Nak tambah batu seremban corak yang ni. Yang beli semalam, insyaAllah kami pos petang nanti . Design lain ada lagi. Yang berminat boleh terus wa kami. Terima kasih support perniagaan kecil kami. 🥰

*Kami kami tu = saya sorang saja punnn. Saja lah buat ramai. Haha. 😂

Wednesday, 1 March 2023

Batu Seremban Comel







BATU SEREMBAN COMEL

Nak main batu lima boleh.
Main batu tujuh pun boleh.

Kain cotton.
Isian batu kecil akuarium.
1 set = 7 batu + 1 pouch.

RM10 per set.
Pos J&T tambah RM8 SM (RM11 SS)

Tak ada di Shopee.
Whatsapp  Amal 010 903 4560.
Beritahu nak design mana.

Kalau nak di Shopee juga, ok boleh tapi inform dulu.
Harga akan tambah RM2.

Design rujukan:
A, D & E - bunga
B & C - polkadot
F - butterfly
G - heart

Thursday, 23 February 2023

Batu Seremban Tema Biru


Hari-hari jahit. Cuma sikit-sikit. Sikit lagi nak jahit untuk buat ready stock set. Pun tak banyak mana. Lepas tu insyaAllah saya share gambar sini.

Thursday, 2 February 2023

WIP: Batu Seremban


Kerja terbalikkan kain, anak lelaki saya yang tolong buat. Tolong dengan upahlah. Sebab ni kerja berniaga. Saya bagitau dia, ada beza tolong Mama sebab tanggungjawab dengan tolong untuk buat kerja berniaga.

Yang tanggungjawab sebagai anak, mesti buat seikhlas hati. Tak boleh minta upah. Contoh, sidai baju atau basuh pinggan. 😁

Ni masyaAllah tabarakallah semua dia tolong terbalikkan sementara Mama luruskan pinggang pi nap sat. Bila dia dah siap, dia kejutkan Mama. Mama bangun betulkan bucu.

Alhamdulillah. Syok rasa ada pembantu cekap dan pantas. 😄 Dia pun syok sebab dapat upah setimpal. Haha.

Wednesday, 1 February 2023

Tempahan Batu Seremban




MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah siap jahit. Siap pos. Sembilan set ni untuk satu tuan.

"KG, jazaakillahu khayran selalu support, percaya dan tetap cari Amal bila nak beli barang kraf."

💖 Satu perkara saya belajar daripada KG sejak kenal beliau (KG ni sepupu sebelah suami). Bila ada saudara atau kawan sendiri yang jual barang diperlukan, pi support dan beli daripada dia.

🌹 Small acts of kindness can have a big impact on people.

Friday, 27 January 2023

Ladder Stitch


Untuk tutup batu seremban ni, saya suka guna ladder stitch atau nama lain dia invisible stitch. Jahit kat tempat terbuka tu tapi tak nampak mana benangnya. So batu tu nampak kemas.

Macam tulah juga kita (kamu itu terutamanya wahai Amalina) bila buat amal baik, kita usaha agar tidak dilihat orang lain. Biar Allah saja yang melihat dan menilai. Allah Asy-Syakur Maha Menghargai usaha baik kita walau sekecil mana. Dan paling best, Allah akan membalas ganjaran berlipat kali ganda. 🥰

Thursday, 26 January 2023

Saiz Batu Seremban


2.5cm tu saiz batu seremban comel yang saya buat dulu. Projek kali ni nak besarkan sikit saiznya jadi 3cm. Kalian suka saiz yang mana?

Wednesday, 25 January 2023

Tempahan Batu Seremban


Malam tadi Alhamdulillah dah siapkan potong kain semua. Hari ni boleh jahit guna mesin. Sentiasa ada rasa nervous bila part nak kena guna mesin jahit. 😂

Saiz kain saya potong untuk batu seremban kali ni adalah 3 inci x 1.5 inci. Bila siap, akan dapat 'batu' bersaiz lebih kurang 3 cm. Sederhana besar untuk mudahkan anak-anak lambung dan tangkap. 🥰

Projek kali ni ditempah untuk anak-anak sekolah pendidikan khas. InsyaAllah saya cuba jahit lebih untuk buat ready stock na. 😊

Monday, 27 April 2020

Felt Face Mask Extender

Jahit apa hari ini?


Tiga unit face mask extenders!

Merah jambu untuk kakak.
Biru Mama punya.
Hijau untuk abang.


Cepat dan mudah jahit face mask extender. Boleh gunakan

Monday, 30 March 2020

Batu Seremban Comel

Batu seremban tujuh biji. Material luar daripada cotton. Isian batu kecil akuarium. 1 set disertakan dengan 1 uncang linen.






Tuesday, 21 January 2020

Isian Batu Seremban


Pekerjaan hari ni. Sambung isi batu sungai kecil dalam kantung batu seremban. Batu tu beli di Shopee. Murah saja harganya. Saya beli 1 kg. Habis isi batu, jahit penutup.

Buat sesambil teman anak-anak bergusti dan main bola. Ahaha. Mama tak kuasa lah nak masuk campur permainan lelaki ni. Mama dok tepi, memantau saja. Asal bukan bahaya, boleh mencederakan fizikal atau emosi, hampa main pi lah tungging terbalik kot mana pun.

Lagi satu syarat, jangan langgar perabot atau rak barang office Mama. :D

Sunday, 19 January 2020

Me Time Dengan Menjahit

Biasanya me time hujung minggu, saya minta izin daripada Encik Suami nak tidur 3-4 jam tanpa gangguan anak-anak. Dah kenapa kena minta? Tidur saja lah kan? Haha. Itu minta tanda hormat dan maklumkan. Supaya beliau lebih aware. Dengan lelaki, memang kita perlu cakap terus terang.

Jadi hari ni saya minta lain sikit. Minta beri saya ruang untuk mantopkan kemahiran menggunakan mesin jahit. Maksudnya nanti bila anak berempat nak apa-apa, mohon semua rujuk Walidnya. Jangan panggil Mama. Gitu. Hee..


Siap. Allah izin dapat hasil jahitan banyak ni. Alhamdulillah. Bahagia rasa.

Dari lepas Zohor hingga Maghrib. MasyaAllah memang sungguh tak sangka dapat siap banyak macam ni. Ok what, for beginner level. Rasa lebih yakin nak kendalikan mesin walaupun nervous masih bersisa. 😅

Masuk Isyak, terus rasa rindu anak-anak. 'Bateri' Mama dah fully recharged. Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus soolihaat. Mama dah bersedia untuk minggu baru.

Bekerja dan berniaga sendiri di rumah. Ini antara kisahnya.

Mesin Jahit Dan Saya

Antara perkara yang menakutkan: Mengendalikan mesin jahit.

Saya jarang guna. Sebab tu lah tu. Takut. Takut paling besar adalah takut tak boleh nak urus perasaan yang nak sempurna segala.

Nak tak nak, mesti selalu praktis terima dan berlapang dada terima apa saja hasil yang terjadi.


Bertenang Amal. Bertenang.

Ini semua proses. Setakat sekali dua menjahit guna mesin dalam setahun, mana mungkin nak dapat jahitan kemas. Nak tunggu sempurna, mungkin kena tunggu 10 tahun lagi baru hang punya set batu seremban tu siap, Amal..

Dah lah standard piawaian 'sempurna' kita tu terlalu tinggi. Jenuh.

Saturday, 23 November 2019

Jahitan Penutup Batu Seremban

MasyaAllahhh seronoknya jahit batu seremban! 😄 

Jadi ketagih pula siapkan benda kecil ni.

Sebelum menjahit, saya ada rujuk tutorial sana-sini. Ada banyak tutorial di Youtube dan Pinterest. Alhamdulillah. Sangat membantu.

Banyak kali juga saya bereksperimen untuk dapatkan hasil yang diri sendiri puas hati. Allah jua yang bantu mudahkan proses.


Di gambar tu antara hasil eksperimen untuk jahitan penutup. Yang mana nampak lebih kemas? Ladder stitch atau blanket stitch?

Wednesday, 20 November 2019

Uji Jahit Batu Seremban

Sebelum nak buat jual, saya suka uji ketahanan sesuatu produk tu dulu. Contohnya batu seremban moden ni.

Petang semalam siap. Bertukar tangan pi mai pi mai. Anak-anak main lambung ke sana ke sini. Baling ke dinding pun ya. Ada juga seketul yang selamat mendarat atas kepala Mama depa. Anak yang nombor tiga buat main baling macam tuju bola. 😤

Selepas 12 jam, tengok lah apa dah jadi dengan set pertama batu seremban Mama? Aduduuu.. 😭😂😂


Mau tak geram tengok. Itu yang pagi tadi terus buka Youtube cari teknik penutup jahitan yang lain. Sekarang sedang cuba set kedua. Guna ladder stitch. Nanti saya update kat sini ya, apa jadi selepas 12 jam.