Sunday 31 January 2021

Penutup Bulan


Penutup bulan. Alhamdulillah.
Tak banyak. Cukup-cukup insyaAllah.

Sengaja keluar pos hari Ahad walaupun cuti. Salah satu usaha kami di Amal Creative nak menggembirakan mereka yang percayakan servis dan produk kami. :)

Tuesday 26 January 2021

PS Tag Dikembalikan


Alhamdulillah. 💜
Haaza min fadhli Robbi.

Allah izinkan dapat balik tag oren PS.

Wednesday 20 January 2021

Kain Felt Keras


Kain felt keras atau kain felt polyester stok terkini yang baru sampai kepada kami. Boleh lihat di gambar: Kanan plain felt. Kiri printed felt. Kebiasaan memang ambil stok plain felt lebih banyak. Sebab lebih diperlukan dan lebih dicari.

Sebelum ni bila sembang dalam chat, saya tanya tokey supplier felt tu, warna krim ada ke? Dia kata tak ada. Tapi tapi tapi, yang dia kirim ni, ada pulak warna krim. 😂 Haha ok lah. Tak apa sangat macam ni. Memang saya nak warna krim tu.

So, masa untuk saya susun di rak belakang tu. :)

Testimoni Shopee Amal Creative

Jarang saya nak kongsikan testimoni. Sejenis segan apa entah lah. Rasa seolah sedang mengipas diri sendiri pun ya huhu. Rasa kurang senang.

Sekali sekala ok lah kot nak kongsi. Ni antara maklum balas yang kami terima di Shopee. Alhamdulillah tumpang seronok dapat bantu penuhi hajat orang lain. Seronok boleh bantu orang lain berniaga. Bertambah seronok bila didoakan kebaikan. Alhamdulillah.

*Emm.. Saya ni selalu dapat komen 'seller peramah' di Shopee. Hakikat: sesungguhnya saya tak ramah pun di alam nyata. Personaliti introvert tu dominan. Cuma bila orang sopan-santun berbicara dan berbudi, insyaAllah kita cuba berbahasa sebaiknya. :)

Monday 18 January 2021

PS Tag Ditarik


Ya sungguh. Bukan salah tengok atau bukan ada glitch pada sistem Sopi tu. Memang tag oren PS kena tarik semalam. Tak penuhi syarat lebih 72 orders dalam masa 30 hari. Kami punya cun cun 72. Nak selamat kena dapat 73 dan ke atas. 😁

Separuh bulan Disember saya turn on vacation mode. Balik kampung cuti dua minggu. Dah jangka dah boleh jadi macam ni.

Sedih 5% ja. Lagi 95% rasa nak pulun lebih lagi insyaAllah. Allah izin jualan kain felt laju di Shopee tu pun Alhamdulillah syukur sangat-sangat dah. 😭

Dok teringat kat sifu ku Aya jugak ni. Banyak sangat terhutang budi kat beliau dalam perjalanan nak jadi supplier felt bilis-bilis ni. Thank you very much Aya!

Stok Borong Kain Felt Januari 2021


Pos guna kapal laut. Memang menuntut kesabaran setinggi langit biru. 😂

Saya cemas di sini. Kali ni previous batch punya kain polyester felt pantas menyusut. Terutamanya hot colours lah Sungguh saya tak kuat nak reply stok tak ada. Nak beritahu stok on the way pun serba salah.

Saya bukan tak teringin nak bawa masuk kain felt roll besar tu dan jual by meter. Cuma ruang rumah kami kecil. Separuh ruang dah jadi tempat kerja saya. Bayangkan bila masuk berpuluh rolls kain. 😆

Sewa stor luar bukan pilihan terbaik buat masa sekarang. Saya nak kerja dari rumah. So, saya proceed dengan saiz kain sedia ada. 30cm x 30cm. Senang nak urus dan senang nak simpan lagi pun.

Lagi satu, saya suka galakkan orang ambil saiz sekadar keperluan. (Yang memang nak guna saiz besar tu cerita lain na.) Bukan ambil saiz besar semata-mata nak murah. At the end, terperam dalam laci dan tak sempat guna pun. Bazir dah kat situ. Niat asal nak jimat dah jadi sebaliknya.

Dan setiap barang hat kita ada tu, esok-esok akan dihisab. Nak jawab apa time tu? Ish sendiri meremang sebab saya pun ada banyak barang terkumpul tapi tak terguna.



Alhamdulillah siang tadi dah selamat terima kain-kain felt yang diborong. Lega.

Wednesday 6 January 2021

Gunting Manual


Sementara belum ada thermal printer ni, kita gunting manually lah dulu satu persatu. Terapi juga buat aktiviti ni. Slowly membantu mengurangkan personaliti highly perfectionist yang dok sedia berakar.

Belajar terima it's ok gunting kotak tu tak 100% sempurna ikut garis.