Showing posts with label Seni Sulaman Tangan. Show all posts
Showing posts with label Seni Sulaman Tangan. Show all posts

Tuesday, 27 August 2024

Rehat = Sulam


Konon nak rehat tak nak buat apa-apa aktiviti fizikal. Tapi rindu dan teringin nak sambung menyulam pula. Macam tu dah lah bila darah seni mengalir.

Kita tak konsisten buat satu jenis kraf saja.
Kita konsisten bergilir-gilir buat beberapa jenis kraf.

Dan saya tau, bukan saya sorang saja crafter jenis macam ni.. 🥳

Saturday, 10 August 2024

Sulam Bunga Daisy


MasyaAllah tabarakallah.
Imperfectly perfect. 🤍

(Six strands DMC thread for both white and yellow colour).

Tuesday, 21 May 2024

Keychain Sulam Bendera Palestin

Kerja sulam November tahun lepas.


Baru teringat belum share lagi gambar ni. Jadi tetiba teringat waktu tengah buat watermelon bookmark semalam.

Begitulah bila lebih berjiwa artist. Buat kerja kraf tangan dan sulam ni seronok. Enjoy. Suka sangat!

Bila mai bab nak kena ambil gambar buat content dan share di media sosial tu, dia jadi slow sikit. Apatah lagi buat video. Masih struggling. 😅

Keychain sulam ni, benangnya saya guna benang DMC. Berkualiti. Berkilat elok benangnya. Harga selembar, lima kali ganda harga benang sulam biasa yang anak-anak kita beli di kedai buku untuk siapkan projek PSV.

Untuk isi ruang warna bendera 🍉, saya sulam tangan guna teknik seed stitch dan French knots. Isi ruang sampai penuh.

Nampak macam simple dan senang kan? Bila dah mula buat, baru tahu betapa ambil masanya projek sulam ni. Walaupun dia kecil, 5cm diameter. 😄

Tuesday, 27 February 2024

Penanda Buku Felt Bersulam Dengan Tema Palestin

Cik S minta saya buatkan penanda buku felt dengan tema warna bendera Palestin. Ada huruf initial dan ada icon tembikai yang melambangkan Palestin.

Alhamdulillah inilah hasilnya. Siap bulan Disember tahun lepas.





Terima kasih Cik S sudi tempah dan support projek sulaman kami. :)

Tuesday, 20 February 2024

Kraf Cuti Sekolah

Tajuk Lebih Tepat:
Metode Detoksifikasi Alatan Elektronik. :D





Gambar peram banyak hari. Baru berkesempatan nak update post bulan Februari,

Pertama, sibuk kenduri adik ipar bongsu. Alhamdulillah selesai rehat.

Kedua, cuti sekolah kan uolsss.. :D

Ketiga, bulan al-Quran dan bulan puasa iaitu bulan Ramadan makin hampir. MasyaAllah..

Ya Allah, sejahterakanlah kami hingga datangnya Ramadan. Sejahterakanlah Ramadan bagi kami dan terimalah daripada kami ibadah pada bulan itu.

Cuti sekolah ni selain daripada kita benarkan anak-anak menggunakan alatan elektronik, sangat moleklah bila kita sediakan juga bahan-bahan aktiviti indoor untuk mereka seperti permainan kad,  playdough, batu seremban, carom, catur, sahiba, saidina dan sebagainya.

Boleh juga berikan mereka alatan menjahit kraf seperti felt craft dan sulaman tangan.



Sekiranya dapat bawa mereka beraktiviti di luar, itupun amat bagus. Selain mengukuhkan bonding kita bersama anak-anak, dapat juga kita mencipta memori manis bersama mereka. Yang penting, jangan biarkan anak-anak terlalu leka dengan alatan elektronik tanpa kawalan. Sama-sama kita usaha dan cuba okeh. :)

Sunday, 24 December 2023

Penutup Tempahan Sulam 2023



🍉 Penutup tempahan 2023.
MasyaAllah tabarakallah.

InsyaAllah tahun depan banyak lagi nak cuba explore buat hand embroidery ni. Nak cuba projek lebih mencabar.

Selalu cakap kat Encik H, isterinya nak sambung macam-macam lagi projek sulam bila kat Syurga. Tak sempat ni nak cover semua projek. Ada banyak tanggungjawab lain nak ditunaikan.

Lagipun di dunia ni - masa, tenaga dan keupayaan fizikal semuanya terbatas. Sebenarnya sehari 24 jam rasa nak dok menyulam saja.

Dapat peluang menyulam tanpa batas dan tanpa perlu fikir komitmen lain tu hanya possible di Syurga lah kan. Dunia tempat diuji.

Tuesday, 21 November 2023

Initial Embroidery Keychain For A Friend

For A friend from A friend.






Kami sedia terima tempahan jika berminat. Whatsapp 019 211 1934. :)

Wednesday, 15 November 2023

ORTS (Leftover Threads)

Orts = leftover threads = thread scraps = lebihan benang yang dipotong setelah selesai menjahit/menyulam.



Ada embroiderers suka dan memang akan simpan lebihan benang dalam balang yang dipanggil ort jar. Ada yang terus buang sisa benang; tak simpan.

Jadi persoalannya, kenapa ada yang simpan? Jawapan: Pelbagai sebab.

Bagi saya, orts ada nilai sentimental. Mengingatkan saya supaya menghargai proses-proses kecil yang bergerak perlahan dalam dunia sekarang yang mendesak diri bergerak terlalu laju.

Lagi satu, orts boleh diguna semula untuk stuffing purpose. Saya ada ambil tempahan buat keychain. Jadi selain guna polyster fiber sebagai isian, saya boleh ganti guna orts.

Orts saya kali ni tell a story.

Story of 🍉🍉🍉.
Sudah masuk hari ke-40. 💔

Saturday, 14 October 2023

Lavender Bookmark

Pesan Buya Hamka, "Membaca buku-buku yang baik berarti memberi makanan rohani yang baik".

Buku Berteduh daripada Kegelisahan Hati karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi terbitan Iman Publication.







Jazakillahu khayran adik M atas sokongan dan kesudian menempah hand embroidered felt bookmark daripada kami. ✨🌼🥰

Wednesday, 11 October 2023

Hand Embroidered Keychain

Selain upload di Instagram @amalsulam, jom saya kongsikan di blog ni juga tentang projek sulam tangan terbaru saya. Alhamdulillah bulan lepas buat keychain. Cuma macam biasa, ceritanya datang minggu kemudian-kemudian.

Tajuknya: 'Hand Embroidered Keychain - Initial Name Design' :D

Awalnya saya buat ala-ala couple keychain. Untuk saya dan Encik Suami. Nak suwit-suwit, matchy-matchy ada sepasang pastel keychain dengan initial nama masing-masing.

Bila dah siap, semua anak cakap nak juga. Jadi saya tambah buat lagi empat ketul keychain untuk keadilan dan keharmonian dalam rumah haha. Ada tiga warna pastel dan tiga warna terang.



Memandangkan ni kali pertama saya cuba buat hand embroidered keychain sendiri, Alhamdulillah banyaklah perkara baru yang dapat explore dan belajar. Puas hati tu macam dapat buat eksperimen baru. Cuba itu ini. Tak jadi macam ni, cuba ubah macam tu. Dah dapat macam ni, cari apa lagi cara nak baiki. Begitulah kerja bila ex-reseacher beralih ke bidang seni. Cara kerja tetap kita kekalkan. :D


Contoh perkara yang dipelajari:

1) Cara paling efektif untuk tegangkan permukaan fabrik pada keychain.
2) Cara elak permukaan keychain jadi tenggelam ke belakang selepas keychain siap.
3) Cara pemilihan gabungan warna yang harmoni untuk menghias design.

InsyaAllah dari semasa ke semasa, saya cuba kongsikan lebih lanjut dan lebih banyak tentang perkara-perkara baru saya dapat di Instagram. Mungkin juga saya nak tulis di blog baru (yang dah lost count ke berapa) khas untuk sulam. 

Gambar keychain satu-persatu boleh lihat di Instagram @amalsulam.

Jemput follow okeh! Taip saja amalsulam. InsyaAllah jumpa. :)

Monday, 25 September 2023

Aktiviti Sulam Tangan Untuk Anak


MasyaAllah tabarakallah. Perfectly imperfect! 🥰 Ya ini anak bongsu saya. Lima tahun umurnya. Dan seperti yang dapat dilihat, anak saya ni lelaki. Walaupun perempuan yang lebih sinonim dengan dunia jarum dan benang, siapa kata lelaki tak boleh buat? Anak saya sendiri yang minta nak buat. Katanya, "Nak cuba buat macam Mama buat."

Children see, children do. Remember? Di rumah ni masyaAllah, semua anak lelaki kami sangat berminat nak cuba dengan apa-apa projek needleworks yang Mamanya cuba. Sebelum ni buat felt craft. Sekarang buat hand embroidery pula. Baarakallaahu fiikum.

Untuk meraikan dan menghargai semangat serta usaha anak Mama siapkan hoop ni, mestilah Mama nak simpan gambar kat blog dan akaun medsos buat kenangan. Bila nampak Mama share di Instagram, anak siap tanya, "Mama, ada orang nak order embroidery daripada Adik ke?" Ahaha. Anak Mama sangat ni.


Sulaman ni menggunakan back stitch kesemuanya; daripada bunga, batang hingga ke daun. Jenis jahitan macam ni insyaAllah paling mudah anak kecil nak faham teknik, cuba dan kuasai.

Kalau ada anak-anak di rumah tu yang nak join maknya menyulam, bolehlah bagi cuba dengan back stitch dulu. InsyaAllah amat mudah untuk dicuba dan dipraktikkan. 🙂

*Ada permintaan daripada rakan untuk saya sediakan kit sulaman tangan untuk aktiviti kanak-kanak. Jadi macam mana? Perlu saya terima dan teruskan? Sangat menarik kan permintaan tu.

Friday, 25 August 2023

Quran Verse Embroidery Design



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [QS Ash-Sharh 94:5-6]

Refleksi: Kalam Allah Azzawajalla yang sentiasa memujuk dan menenangkan hati bila dilanda ujian. Janji Allah, bila Allah hadirkan satu kesusahan, sungguh serentak dalam masa yang sama, Allah hadirkan jauh lebih berganda kesenangan. 💌

With or without lace ribbon? Tak dapat nak buat pilihan. Dua-dua pun masyaAllah saya suka. 🥰

Lagi satu, masih tak dapat nak buat pilihan sama ada nak simpan sendiri, jual atau hadiahkan seseorang. 😅

Gambar lebih banyak ada di instagram @amalsulam. :)

Monday, 21 August 2023

Tabiat Baru Ketika Menyulam


Sekarang ni terperasan satu tabiat baru tiap kali nak mula menyulam. Mesti nak ambil tiga jenis jarum siap-siap dan letak di needle minder. Ada juga yang panggil needle nanny sebab 'kerja' dia jaga jarum.

Jarum untuk:
✨six strands.
✨three strands.
✨one or two strands.

Sebabnya mungkin saya fikir lebih jimat masa. Bila-bila masa rasa nak tukar bilangan benang, jarum dah memang ada siap depan mata. 😉

Needle minder ni Alhamdulillah saya dah siap buat extra. InsyaAllah akan letak di Shopee nanti untuk kawan-kawan yang memerlukan. 💌

Kerja-kerja sulam saya yang lain, ada di Instagram @amalsulam. Jemput follow kalau minat hand embroidery. 🥰

Saturday, 12 August 2023

PRN Selangor 2023


Hari ni PRN Selangor. Saya pi menunaikan tanggungjawab selepas Zohor. Dah sunyi sekolahnya. Terus saja masuk. Alhamdulillah selesai cepat.

Walaupun IC saya 02, saya dah lama tukar mengundi di Selangor. Kita nak guna dan sedang guna kemudahan yang ada di Selangor. :)

Wednesday, 9 August 2023

Penanda Buku Sulam IQRA


"Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta."
[QS al-'Alaq 96:1]

Alhamdulillah. Empat hajat tercapai dalam satu projek penanda buku yang ringkas.

☑️ Sulam perkataan Arab.
☑️ Sulam corak daun saja.
☑️ Buat bookmark guna kain calico.
☑️ Lukis design terus di kain.

Tengah fikir ni, nak proceed buat bookmark guna felt atau kain calico/cotton? Atau buat je kedua-duanya?

Saya suka dua-dua! 🥰

Saturday, 5 August 2023

Room Deco Embroidery




MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah siap 'kerja rumah' daripada bengkel pertama sulaman tangan oleh @by.ssyonn dan @threadisbenang yang saya sertai 18 Jun lepas. 🥰😍 

Ahaha lamaaaa dah kan?

Memang sengaja saya ambil lebih masa. Buat perlahan-lahan. Enjoy the process.

Sebabnya ni kali pertama saya sulam corak daun dan bunga-bunga yang bertindan; yang mana saya selalu elak buat. Rasa seram. 😅

Alhamdulillah dengan izin Allah, dengan tunjuk ajar daripada cikgu-cikgu, rasa seronok pula sulam corak yang agak mencabar (bagi saya lah). Rasa makin yakin nak sulam corak yang rapat-rapat. Ia taklah sepayah yang saya fikir bila dah lalui sendiri pengalaman tu. 🥰

Tuesday, 1 August 2023

Penanda Buku Bersulam




Memang teruja sangat bila dapat permintaan untuk customize penanda buku. Warna ungu pilihan client untuk warna latar. Saya pilihkan padanan warna merah jambu untuk bunga dan hijau yang agak cerah untuk daun.

Tiga lapisan kain felt digunakan. Jadi penanda buku ni tegap dan tak lembik. Puas hati betul bila dapat buat 100% sulaman dan jahitan tangan. MasyaAllah! 🥰

Nak customize penanda buku juga? Bolehhh!
Boleh whatsapp saya terus okeh di 0109034560. 🙂

Wednesday, 26 July 2023

Amal Sulam


"Ada lagi ke orang baca blog?
Sekarang semua layan video."

Itu bukan persoalan penting untuk saya fikirkan. Yang penting, insyaAllah saya nak menulis bagi yang masih nak dan ada usaha untuk membaca. 😃

Saya pun bukan jenis yang boleh tengok video sangat. Pening dengan bunyi terutama lagu dan pergerakan pantas. (Encik Suami faham sangat bab yang satu ni.)

Jadi blog Amal Sulam juga untuk mereka yang sama seperti saya. Boleh baca dan belajar sulam perlahan-lahan dalam suasana tenang. 🥰

Lagi satu, tak banyak blog sulaman tangan (sulam benang) dalam Bahasa Melayu. Betul kan?

Menulis juga boleh jadi satu cara membantu 'memberi pancing' kepada mereka yang kesempitan hidup untuk berusaha menjana pendapatan.

Jadi, ya insyaAllah saya memang ada banyak sebab untuk terus menulis blog sulam. Semoga Allah bimbing dan berkati impian besar saya. 🙂 

Wednesday, 21 June 2023

Bengkel Sulaman Tangan Di Bangi





MasyaAllah tabarakallah. Ahad beberapa hari lepas. Di Astaka Fikir, Seksyen 9 BBBangi.
Jumpa kawan embroiderers merangkap cikgu-cikgu yang saya banyak rujuk waktu awal-awal nak terjun menyulam tahun lepas. 🥰

Bila depa cakap nak buat physical workshop, kat area kita pulak tu, teruslah laju-laju sign up. 🥳Tempat buat workshop ni masyaAllah cantik kan, kan kan kan? ✨😄