Wednesday 17 May 2023

DIY Letter Search Board Game

Buat Sendiri: Permainan Papan Carian Huruf

Idea asal daripada Instagram Mummy's Madrasa. Jazaakilllahu khayran ya Ukht! :)

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat board game ni mudah saja. Mungkin memang dah sedia ada pun di kebanyakan rumah. Saya gunakan kotak mineral water yang menunggu masa untuk kami recycle.

Kita perlukan kotak. Lagi besar saiz permukaannya lagi bagus. Lagi banyak huruf kita boleh tulis. Perlu ada pelekat lutsinar (sellotape) dan marker pen pelbagai warna (satu warna pun ok saja).

Potong kotak menggunakan pisau. Guna gunting agak sukar ya haha. Jadi boleh dapat dua permukaan kotak yang luas. Satu, saya gunakan untuk tulis huruf arab. Lagi satu, saya guna untuk tulis abc huruf kecil. Sebelum tulis huruf secara rawak, buat satu kotak kosong di tengah-tengah. Bentuk bulat pun boleh.

Setelah siap tulis di atas kotak, lekatkan sellotape di permukaan kotak. Pastikan keseluruhan permukaan ditutup dengan sellotape. Saya guna sellotape lebar. Jadi cepatlah siap kerjanya.

Setelah siap, boleh ajak anak main sambil belajar. Mama tulis huruf yang perlu anak cari di tengah-tengah kotak. Kemudian minta anak kenalpasti dan sebut hurufnya. Seterusnya cari kawan-kawan huruf yang sama kemudian bulatkan. Itu saja. :D Boleh dipelbagaikan cara main mengikut kreativiti mama sekalian.

Untuk tulis dan bulatkan di atas game board, guna whiteboard marker ya. Mudah dipadam menggunakan tisu saja.

Kalau terlajak guna permanent marker, jangan jerit. Haha. Ikut semula garisan yang tersilap tulis tu dengan whiteboard marker, kemudian padam macam biasa. InsyaAllah hilang.

Selamat berkreativiti! :)

Monday 8 May 2023

Gam B7000



Cari gam kraf yang berkualiti untuk diy hadiah Hari Guru?
Boleh dapatkan di sini:

Tuesday 2 May 2023

BTS: New Felt Toys Item

Dah lama saya tak buat projek sepah-sepah rumah macam ni. 😍


Balik raya di Alor Setar hari tu, memang panas membahang. Tahap rasa bertapa dalam oven. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Memang sebolehnya elak keluar rumah antara jam 12 tengahari hingga 3 petang. Risau bab ekzema sama.

Satu perkara yang perasan sekian lama, walau di kampung sana tu panasnya lain macam (orang Perlis/Kedah faham sangat), Subhanallah Allah izin kepala tak sakit. Lain sangat dengan panas di bandar ni. Asal suhu naik, kebanyakan masa mesti sakit sangat kepala. Berdenyut-denyut sampai nak ambil pcm.

Untuk masa sekarang, lebih kepada nak pelbagaikan aktiviti indoor. Duit raya anak-anak, 10% depa requested nak guna beli indoor games. Bawa pi cari di Mr. DIY saja.

Sebagai tambahan, insyaAllah nak buat something. DIY mainan. Guna barang-barang sedia ada di rumah. Jadi dengan ini, bermulalah projek 'sepah-sepah' Mama. Bismillah. 😍


Kebasss jari main gunting-gunting. 😂 Tengkuk, bahu dan tulang belakang pun pedih.


Bila nampak saja Mama mula nak mengemas, anak bongsu tu terus cakap, "Mama, please please jangan tidur lepas ni pleaseee." 😆 Dia tau tu pattern kerja Mama dia. MasyaAllah tabarakallah.

InsyaAllah lepas siap ni saya kongsikan hasil penuhnya ya. :)