Saya tukar guna material ribbon pula untuk bahagian talinya. Pun selesa dan lembut di kepala. Tak sabar tunggu feedback beliau. Model haruslah suami sendiri kan. :p
Showing posts with label Kraf Reben. Show all posts
Showing posts with label Kraf Reben. Show all posts
Thursday, 14 May 2020
Saturday, 30 November 2019
Tempahan Reben Program ANGKASA
Ribuan terima kasih buat pihak ANGKASA yang sudi menempah reben daripada kami. Reben-reben tersebut digunakan pada hadiah-hadiah cabutan bertuah sepanjang program MACCOPS 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.
Haazaa min fadhli Robbi.
Thursday, 21 November 2019
Pusing-Pusing Reben
Main reben pulak. Ada order yang saya boleh buat, saya terima. Upahnya nanti masuk dalam #tabungkeretabaruAmal :p Macam terdesak lah juga memerlukan kereta baru.
Super sibuk. Buat ni sambil Baby Anas memeluk erat leher Mama dari belakang. Boleh bayang? :D
Tuesday, 17 September 2019
Hiasan Reben Di Kasut
Anak-anak dapat sambung lagi cuti sekolah. Bacaan IPU dah cecah tahap sangat tidak sihat. Jadi pagi ni Mama luang masa buat aktiviti kraf bersama depa.
Siapa ada Instagram, boleh follow @amalcreative. Tengok di Instastory. Mama ada share cara nak buat bow ni. Kakak yang gam lipat-lipat. Mama ambil video ja.
Siapa ada Instagram, boleh follow @amalcreative. Tengok di Instastory. Mama ada share cara nak buat bow ni. Kakak yang gam lipat-lipat. Mama ambil video ja.
Kasut Mama sebelum dihias.
Sesudah dihias. :)
Boleh guna gam B7000 atau F6000 untuk lekatkan reben ni atas kasut. Biarkan selama 24 jam sebelum pakai semula kasut. Lebih lama dibiarkan, lebih kuat kesan lekatan.
Labels:
Idea Kraf Kanak-Kanak,
Kraf Reben,
Projek DIY
Thursday, 4 September 2014
Persiapan Menyertai Booth Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2014
Sepanjang minggu ini saya sibuk menyiapkan produk-produk kraftangan felt sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014. Tiga produk pilihan semuanya berkaitan dengan ibu dan bayi. Peluang menyertai booth ini baru sahaja saya perolehi minggu lepas jadi saya agak kesuntukan masa untuk menyiapkan lebih banyak produk.
Rantai kunci "I Love BF".
Bunga-bunga yang baru digulung menggunakan felt lembut.
Daun-daun pula menggunakan felt keras.
Himpunan baby headbands dengan bunga pelbagai warna dan bentuk.
Keronsang yang diperbuat daripada reben.
Baby headband menggunakan guna lace yang mesra kulit kepala bayi. Tidak meninggalkan kesan kerana tidak ketat. Muat elok untuk bayi 3 bulan ke atas. Untuk bayi baru lahir semestinya agak longgar. Apabila memakai headband ini, bayi mungkin tidak perasan ada headband di atas kepalanya.
Keronsang pula saya gunakan reben pelbagai corak. Apabila dipinkan di tudung, ibu tidak perlu risau muka anak calar seperti menggunakan pin besi biasa yang berkerawang. Mesra bayi. Cara penjagaannya seperti keronsang lain juga. Harus simpan elok-elok di dalam bekas bertutup untuk elak habuk terkumpul di besi pin dan harus elakkan dari terkena air secara terus untuk mencegah karat.
Labels:
Catatan Harian,
Kraf Reben,
Kraf Tangan Felt
Subscribe to:
Posts (Atom)