Wednesday 28 October 2020

Testimoni Amal Creative


Tolonggg, tolonggg!
Sakit perut. Pakej nak pitam! :p Haha.

MasyaAllah sekali sekala memang dapat review melucukan dan menghiburkan di Shopee. Apa pun, terima kasih berurusan dengan kami di Amal Creative. :)

Monday 26 October 2020

Rakan Sekerja Sementara


Subhanallah. Semangat lain macam kerja hari ini. :p Walau dalam kesulitan terpaksa berada di rumah 24 jam, bila diteliti semula, sungguh ada banyak manisnya. Cuma tinggal kita aktifkan mata hati. Melihat keindahan susunan dan percaturan Allah buat hambaNya. Alhamdulillah untuk peluang bekerja 'sepejabat' dengan beliau. :)

Thursday 22 October 2020

Idea Kraf Kayu


Guna gam baharu, wooden pendant baharu dan huruf kayu jenis baharu untuk pengantin lama yang sentiasa memperbaharui cinta mereka. :D Semoga Allah kekalkan hingga ke Jannah.

Saya nak buat apa ni? Fridge magnet atau keychain? Mana-mana pun boleh. :)

Monday 19 October 2020

Kos Tersembunyi?


Wondering. Apa yang customer nak buat dengan tiga helai kain felt keras ni. Pilihannya, kombinasi warna pastel lembut. Soft grey, baby blue and white. Sweet. Pandai betul pilih. Suka saya tengok.

Macam dok terbayang-bayang something untuk baby boy. Toys atau frame bilik? Terfikir tu ja lah.

Saya ni, orang order tiga helai pun saya gulung dalam bubble wrap. Encik Suami sokmo bebel kenapa buat gitu. Ada caj bubble wrap dan selotep tak? Ada letak moq tak untuk orang order kain? Beliau tanya.

Agaknya dok nampak saya put extra effort bila dok bungkus tu. Punya lah jaga tak mau bagi kain terlipat atau renyuk bila customer dapat.

Fikir-fikir balik, betul juga cakapnya. Kain ni berapa ringgit saja. Saya balut dengan bubble wrap dan selotep kemain lagi. Sampul pun guna sampul besar. Semua tu hidden cost. Tolak pi tolak mai, tak sedar pun sebenarnya tak untung langsung.

Lagi teruk kalau sebenarnya rugi.

Berniaga nak apa sebenarnya, Amalina?

Teringat pula cikgu saya pesan, nak sangat bantu orang bukan dengan cara kurangkan harga. Bagi free lah terus. Dok pi ganggu harga market sedia ada. Itu menyusahkan hidup lebih ramai orang khususnya kawan-kawan sesama peniaga. Niat tak memurnikan cara.

Loser saja yang selalu main perang harga. Dia tak ada cara lain nak buatkan orang datang membeli selain offer harga paling murah.

Menung saya pun.

Tersekat rasa nak telan air liur.

Pelan-pelan saya angguk kepala.

Tuesday 13 October 2020

Kemas-Kemas

 
Daripada tiga baris di rak, sekarang tinggal satu baris saja. Berhuhuhu tengok. Hari ni nak mengemas, kira baki stok terkini. Kemudian update di Shopee.

Saya pernah ya terfikir nak berhenti terus jual kain felt for some reason yang biarlah rahsia. Pejam celik, pejam celik, Allah masih izinkan saya kekal setia dengan felt hingga sekarang. Saya bersangka baik, mungkin ada sesuatu lebih baik Allah dah aturkan dan nak bagi di masa depan.

Kain felt adalah material yang sangat best guna untuk buat kraf. Sangat mudah nak handle. Pendek kata, nak buat jadi 'macam ni' boleh. Buat jadi 'macam tu' pun boleh.

Kalau biasa dengar orang sebut felt craft, ni lah dia. Kraf menggunakan kain felt.

Kain felt diperbuat daripada apa? Ada berapa jenis felt? Ada saya cerita panjang lebar dalam blog ni. Boleh cari di kategori Panduan Asas Kraf Felt.

Setakat ni kami ada 36 pilihan warna kain polyester felt (jenis keras). Kami belum pernah jual acrylic felt (jenis lembut).

Siapa yang beli kain felt dengan Amal Creative nanti, kita kumpul sesama dalam satu group nak? Saya ajarkan buat felt craft sampai pandai.

Nak buat kraf sebagai hobi terapi minda, boleh. Nak jadikan aktiviti masa lapang dengan anak-anak, pun boleh insyaAllah.

Nak buat duit tepi dengan felt craft? InsyaAllah lagi lah

Monday 5 October 2020

Printer Untuk Cetak Shopee Airway Bill

Barang wajib ada untuk berniaga di Shopee adalah PRINTER. Ada pelbagai jenis mesin pencetak dengan spesifikasi berbeza di luar sana.

Saya pilih laser monochrome printer jenama Brother, model HL-1210W. W bermaksud ada wireless function. Boleh cetak tanpa perlu sambungkan laptop. Hanya gunakan aplikasi di smart phone untuk cetak dokumen yang diperlukan.


Sebelum beli apa-apa printer, sebaiknya kita jelas kita beli printer untuk kegunaan apa. Perlu kah printer berwarna? Perlu kah printer dengan fungsi scan?

Saya perlukan printer untuk cetak dokumen hitam putih saja. Jadi printer compact dengan fungsi asas sudah cukup memadai.

Model ni mudah saja nak set up. Print speed bagus. Laju. Rupa paras kemas dan comel. Ringan. Mudah saya nak alih untuk sapu habuk bila mengemas.

Harganya RM295 waktu saya beli. Mampu milik. Sangat sesuai untuk kegunaan mereka yang baru mula nak berniaga online.

Hampir setiap hari saya gunakannya untuk print air waybill Shopee dan dokumen-dokumen kerja. Guna untuk print worksheet anak-anak pun ya.

Bagi yang masih tercari-cari printer untuk kegunaan home office, boleh pertimbangkan printer Brother HL-1210W.

Selama dua tahun guna, Alhamdulillah baik-baik saja. Tak ada masalah.