Showing posts with label Popsicle Stick Craft. Show all posts
Showing posts with label Popsicle Stick Craft. Show all posts

Monday, 30 September 2019

To Let Go: Popsicle Sticks

Saya ada baaaaaaaanyak sangat popsicle or ice cream stick. Pelbagai saiz. Ada panjang, ada pendek. Ada natural colour. Ada rainbow colour.




Siapa nak? Saya nak clear semua ni. Bagi harga murmur je. Kalau ada kawan-kawan yang tengah cari benda ni, tolong inform mereka. Jom tolong kawan.

Saya nak kena sort out dan bilang ada berapa pack untuk tiap saiz. Nanti saya bagi senarai harga.
Popsicle stick yang dah terkeluar dari ikatan tu pun nak kena susun molek semula. Waktu dapat dari supplier dulu memang dah terburai gitu dalam kotak. Geram rasa sampai terus takda semangat nak jual seterusnya peram berbulan.

Siapa berminat boleh whatsapp saya terus ya. Nanti saya reply. Nak setel benda ni dulu tau. (Plus nak menyukat jalan, masak, golek dengan baby, terpengsan tanpa sengaja etc) 😂

Whatsapp 0109034560.

Wednesday, 31 January 2018

Hadiah Untuk 'Beliau'

Istimewa untuk beliau yang banyak berusaha dan berkorban demi keluarga kecil kami. ❤️





Mudah saja untuk buat wooden signage macam ni. Gunakan popsicle sticks, gam tembak dan hiaskan dengan huruf kayu dan flatback resin. Antara idea aktiviti kraf yang sesuai untuk dibuat bersama kanak-kanak.

Tuesday, 30 January 2018

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Konon nak duduk diam menghitung hari. 
Konon close handmade order. 

Tapi ni terasa gatal-gatal jari nak hasilkan something pulak. Sejenis yang tak reti nak duduk sesaja. Lalu terhasillah 'hadiah' untuk diri sendiri. Lama dah cadangnya nak buat. Alhamdullillah baru kali ni berjaya direalisasikan dengan jayanya.






Senang saja nak buat ni. Boleh gantung di pintu. Atau letak atas meja. Sesiapa nak order boleh sesangat. Nanti lepas ni nak buat banyak design lagi.

Kalau nak DIY pun boleh tau. Di Amal Creative ada jual semua bahan-bahan nak buat popsicle stick craft ni. Butang huruf ada. Resin dan butang comel ada. Popsicle stick ada. Gam untuk lekatkan pun ada. Whatsapp saja Cik Amal 0192111934.

Monday, 29 September 2014

Tutorial Penanda Buku Felt

Alhamdulillah setelah mengetahui tips bagaimana untuk menghasilkan pola, hari ini saya kongsikan pula tutorial untuk memanfaatkan pola yang telah ada. Projek kraf ini amat mudah dan ringkas. Kanak-kanak pun boleh lakukannya.


Bahan-bahan yang diperlukan:

Kain felt yang siap dipotong mengikut pola kegemaran, butang, batang kayu berwarna-warni dan gam tembak. Jika tiada gam tembak, gam UHU juga boleh digunakan.

Cara-cara menghasilkannya:

Cantum dan gamkan kepingan-kepingan felt. Hiaskan dengan butang.


Gamkan bunga yang dihias butang tadi ke atas

Wednesday, 9 January 2013

Bookmark: Liyana - Ipoh


Alhamdulillah ni kali kedua Liyana tempah bookmark ni.
Terima kasih banyak2 ya! :)

Adik Liyana ni merupakan seorang penulis novel tau.
Novel pertama beliau baruuu saja keluar awal tahun ni.
Bagi yang berminat nak membaca hasil tulisan beliau,
bolehlah membuat belian secara online di link di bawah ni:

Saturday, 14 July 2012

Bookmark: Amira - Banting


Terima kasih Amira. 
Bertuah sungguh kawan2 kamu ye! :)

Moga cemerlang dunia & akhirat.
InsyaAllah~

Saturday, 19 May 2012

Bookmark: Zalina - Rawang







Cute kan Teacher Zalina ni :) 
Semua bookmarks ni untuk anak2 murid kesayangan.
Lepas ni insyaAllah makin sayang la anak2 murid kat Teacher. 

Tuesday, 8 May 2012

Bookmark: Liyana - Ipoh



Alhamdulillah siap awal walaupun sebenarnya Liyana nak bulan Jun.
Bookmark macam ni biasanya insyaAllah cepat siap.
Bila2 rasa stress menjahit,  Mal mesti beralih buat bookmark.

Dik Liyana, 
nanti bila novel awak dah published, inform kat Kak Mal ok! :)

Wednesday, 8 February 2012

Penanda Buku Felt

Tempahan yang menguji kesabaran saya. (^_^) Walaubagaimanapun Alhamdulillah selamat siap dan selamat sampai pada tuannya. Saya pergi hantar sendiri. First time buat macam tu.

Wanie tempah 47 pcs bookmarks. Warna & design kesemuanya Wanie pilih. Saya menurut perintah saja~ :p Setiap bookmark ni saya jahit nama.

Suka sebenarnya jahit bookmark ni walaupun ya, letih nak menyiapkan.

Wanie, terima kasih sudi tempah dengan Kak Amal~ (^_^)

Tuesday, 1 November 2011

Penanda Buku Felt: Teacher Atikah - Kulim











Tempahan daripada sahabat lama saya, sahabat dari sekolah menengah. Teacher Atikah. :) Jazakillahu khayran Tikah, sudi order daripada ana. Sudi support perniagaan kecil ana. Didoakan pelajar-pelajar gembira terima hadiah comal daripada teacher depa. :)

Sunday, 2 October 2011

Produk Baru: Penanda Buku Felt


Ada 3 jenis penanda buku yang saya baru buat.
Semuanya comel-comel belaka. Ehem. Sendiri puji ya.
Dalam gambar tu adalah contoh-contoh saja ya.
Saya boleh customize ikut kehendak tempahan anda.

Special price for bulk order >30pcs.
Berminat? Emelkan ke kraf.malinja@gmail.com


Kod: BM01
Harga: RM4.00/pc

Deskripsi:
Hiasan daripada felt dilekat di atas woodstick.
Design boleh pilih sendiri.
Saiz woodstick: +/- 15cm x 1.9cm
Woodstick dibalut dengan felt kemudian dijahit di sekeliling.
Boleh request nak lekat/jahit nama atau kata-kata/ucapan, tapi harga berbeza.


Kod: BM02
Harga: RM2.00/pc

Deskripsi:
Hiasan daripada felt dilekat di atas woodstick berwarna-warni.
Design boleh pilih sendiri.
Saiz woodstick: +/- 15cm x 1.9cm
Boleh request nak lekat/tulis nama atau kata-kata/ucapan, tapi harga berbeza


Kod: BM03
Harga: RM1.50/pc

Deskripsi:
Hiasan daripada felt dilekat di atas woodstick berwarna-warni.
Design boleh pilih sendiri.
Saiz woodstick: +/- 11.3cm x 1cm
Boleh request nak lekat/tulis nama atau kata-kata/ucapan, tapi harga berbeza.