Friday 24 February 2012

Giant Couple Pillow

Word applique from felt~ :) Potong dah jahit sendiri.

Close up. Saya jahit satu-persatu huruf ni semua. (Bukan lekat saja). Jahit manual guna jari. Bukan guna mesin jahit.

Model bantal bergerak aktif. :p Habis gambar pun jadi blur.

Besar saiz bantal ni. Lebih kurang 15 x 20 inci.


Alhamdulillah sudah dipos. Terima kasih Shue~

Bagi yang berminat nak tempah bantal macam ni jugak,
sila hantarkan tempahan ke kraf.malinja@gmail.com :)

Have a nice weekend!

Monday 13 February 2012

Kelas Kraf Felt Di Bangi

Assalamualaikum semua~ (^_^)

♥♥♥ Kelas Kraf Felt ♥♥♥

Tarikh: 10 Mac 2012, Sabtu~
Tempat: Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor~

Masa: 
Sesi pagi: 9 pagi - 12 tengahari~
Sesi petang: 2 petang - 5 petang~

Bilangan peserta: Maksimum 10 orang per sesi~

Berminat untuk menyertai kelas ini?
Sila hantarkan butiran di bawah ke kraf.malinja@gmail.com
#Nama:
#Email:
#Nombor telefon:

Tarikh tutup pendaftaran: 7 Mac 2012, Rabu~
Tempat adalah terhad!

Para peserta akan diajar asas2 jahitan & 3 projek:
1) ID card holder
2) Baby headband
3) Keychain pelbagai bentuk

Yuran: HANYA RM100.00 (Termasuk material jahitan)
Deposit: RM50.00 (Tidak dikembalikan jika menarik diri)

JOM BELAJAR KRAF FELT! :)

Wednesday 8 February 2012

Penanda Buku Felt

Tempahan yang menguji kesabaran saya. (^_^) Walaubagaimanapun Alhamdulillah selamat siap dan selamat sampai pada tuannya. Saya pergi hantar sendiri. First time buat macam tu.

Wanie tempah 47 pcs bookmarks. Warna & design kesemuanya Wanie pilih. Saya menurut perintah saja~ :p Setiap bookmark ni saya jahit nama.

Suka sebenarnya jahit bookmark ni walaupun ya, letih nak menyiapkan.

Wanie, terima kasih sudi tempah dengan Kak Amal~ (^_^)