Monday 16 January 2017

Mula Perniagaan Pertama

Mahu mula berniaga buat kali pertama?

Mula dengan apa yang ada di tangan. Ini disebut berulang kali oleh mereka yang sudah lama dan  berpengalaman luas dalam industri perniagaan masing-masing.

Tidak perlu meminjam (berhutang).
Tidak perlu modal besar.

Bak kata Puan Husna Adnan dalam ebook Bisnes Kecil Mindset Besar, "Terus lakukan perkara yang menjadi kekuatan kita".

Contoh:

Puan Asiah pandai menjahit jahitan asas.
Puan Asiah boleh mula berniaga kraf felt.

Puan Maryam pandai menjahit beg menggunakan mesin jahit.
Puan Maryam boleh mula jual beg tote serbaguna.

Puan Khadijah pandai mengurut.
Puan Khadijah boleh mula tawarkan servis urutan ibu berpantang.

Puan Aisyah pandai memasak.
Puan Aisyah boleh mula jual menu sarapan pagi.

Jadi, ambil masa untuk duduk sebentar dan mula berfikir. Apa perkara yang aku mahir lakukan? Apa perkara yang aku boleh tawarkan? Apa produk atau servis yang aku boleh beri dengan setakat apa yang  ada di tangan sekarang?

Fikirkan. :)

Tuesday 3 January 2017

Tutorial DIY Kerongsang Comel

Assalamualaikum. Hai semua.

Mahu belajar buat sendiri kerongsang comel? ;) 
Hanya perlu ikuti 3 langkah mudah berikut:




Berminat mahu menambah pendapatan sampingan dengan menjual brooch comel atau resin baby brooch? Boleh dapatkan set DIY Baby Brooch dari kami. Set ini mengandungi 100pcs resin, 100pcs bar pin dan gam kuat untuk kraf. :)



Boleh juga dapatkan 1 set 100pcs resin baby brooch yang sudah siap digam dari kami dengan harga borong yang sangat berpatutan.

Whatsapp kami 010 903 4560 untuk pertanyaan atau pembelian.