Monday 10 April 2023

Berniaga Kraf


Berniaga.
Bukanlah dikira urusan dunia semata-mata.

Lebih-lebih lagi bila keuntungan perniagaan digunakan untuk membiayai pengajian anak-anak, membantu ibu ayah dan ada peruntukan untuk diinfaq. Berniaga pula jujur, amanah, ikhlas kerana Allah dan tidak mengabaikan ibadah wajib seperti solat lima waktu.

Jadi ia juga termasuk dalam urusan akhirat.

Ini bukan cerita tentang saya.

Saya menulis untuk ingatkan diri sendiri (setelah diajar dan dipesan), apa cara yang terbaik bila berniaga usaha jana pendapatan. Kerja-kerja sebegini pun sentiasa ada jalan sebagai saham untuk kehidupan kekal di sana.

Seluruh 24 jam kehidupan kita sama-samalah diusahakan bergerak dalam ruang lingkup ibadah. Dan itu menepati tujuan sebenar penciptaan manusia.