Monday 22 February 2021

Preferred Plus Programme

Preferred+ Seller pula ya.. 😂
Macam-macam sungguh idea team Shopee.

Preferred Seller yang nak tengok dia layak atau tidak untuk upgrade tu, buka di web browser ok. Kemudian klik di Seller Center. Di apps tak dapat tengok.

Tuesday 9 February 2021

Tiga Kurier

Tiga-tiga ada. Mungkin malam nanti jadi empat pilihan selepas dapat kepastian di MBE Bangi tu boleh ke nak drop parcel DHL. 99.99% rasa macam boleh.

Update tentang J&T: Alhamdulillah kebanyakan barang yang terlekat, dah mula gerak.

Alhamdulillah. 💜💜💜

Semua ni kurniaan daripada Allah.

Amal Creative Dan Ninjavan



NinjaVan drop point ni rupanya dekat sangat dengan rumah saya. Memang lalu situ dulu sebelum sampai J&T. 😂

Ya Allah.. Sebelum ni tak pernah perasan. Tak pernah ada rasa secoet pun nak explore NinjaVan kawasan sendiri. Sungguh Allah bukan saja-saja uji letak parcels saya pos antara yang tersadai di branch J&T bermasalah tu.

Allah nak bagi saya nampak dan sedar ada kurier lain yang boleh saya offer pada pelanggan saya. Alhamdulillah semalam lepas buka shipping option NinjaVan, dah dapat order pertama yang nak guna Ninja. 💜

Dalam masa yang sama, dup dap dup dap belum berakhir. Selagi yang tersadai tu belum selesai, duitku juga tergantung lama di Shopee. Pedih. 😶