Saturday 30 November 2019

Tempahan Reben Program ANGKASA







Ribuan terima kasih buat pihak ANGKASA yang sudi menempah reben daripada kami. Reben-reben tersebut digunakan pada hadiah-hadiah cabutan bertuah sepanjang program MACCOPS 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru. 

Haazaa min fadhli Robbi.

Saturday 23 November 2019

Jahitan Penutup Batu Seremban

MasyaAllahhh seronoknya jahit batu seremban! 😄 

Jadi ketagih pula siapkan benda kecil ni.

Sebelum menjahit, saya ada rujuk tutorial sana-sini. Ada banyak tutorial di Youtube dan Pinterest. Alhamdulillah. Sangat membantu.

Banyak kali juga saya bereksperimen untuk dapatkan hasil yang diri sendiri puas hati. Allah jua yang bantu mudahkan proses.


Di gambar tu antara hasil eksperimen untuk jahitan penutup. Yang mana nampak lebih kemas? Ladder stitch atau blanket stitch?

Thursday 21 November 2019

Pusing-Pusing Reben


Main reben pulak. Ada order yang saya boleh buat, saya terima. Upahnya nanti masuk dalam #tabungkeretabaruAmal :p Macam terdesak lah juga memerlukan kereta baru.


Super sibuk. Buat ni sambil Baby Anas memeluk erat leher Mama dari belakang. Boleh bayang? :D

Wednesday 20 November 2019

Uji Jahit Batu Seremban

Sebelum nak buat jual, saya suka uji ketahanan sesuatu produk tu dulu. Contohnya batu seremban moden ni.

Petang semalam siap. Bertukar tangan pi mai pi mai. Anak-anak main lambung ke sana ke sini. Baling ke dinding pun ya. Ada juga seketul yang selamat mendarat atas kepala Mama depa. Anak yang nombor tiga buat main baling macam tuju bola. 😤

Selepas 12 jam, tengok lah apa dah jadi dengan set pertama batu seremban Mama? Aduduuu.. 😭😂😂


Mau tak geram tengok. Itu yang pagi tadi terus buka Youtube cari teknik penutup jahitan yang lain. Sekarang sedang cuba set kedua. Guna ladder stitch. Nanti saya update kat sini ya, apa jadi selepas 12 jam.

Batu Seremban Dalam Proses

"Apa ni Ma?"
"Nak main macam mana ni Ma?"


Anak-anak dah curious.

Sabaq sattt.. Bagi Mama jahit perabih dulu.


Sambung buat set kedua dan ketiga. Nak hadiahkan seorang satu set untuk anak-anak. Cuti sekolah ni bagi anak-anak berlatih main batu seremban sambil belajar operasi tambah dan hafal sifir. 

Monday 18 November 2019

Tempahan Dari Pekan Rabu

Tiga hari dok tungging terbalik hadap 1000pcs benda halus ni sambil bersilat uruskan rumah😆 Alhamdulillah siap dah. Pos pun dah. Legaaaaa Alhamdulillah.

Semua ni daripada Allah.
Rezqi anak-anak. 

Thursday 14 November 2019

Testimoni Pin Shawl


"Puan, nak bagi testimoni. Ni saya pakai pin shawl Puan. Bagus jarum dia. Tajam. Senang masuk kat shawl."

Sempat guru kelas Abang Wafiy beritahu Mama sebelum kami beredar. Dalam kekalutan nak mengejar Anas yang dah berlari keluar kelas, Mama cuma senyum dan ucap terima kasih.

Segan pun ya nak ajak muallimah yang comel bergambar dengan Mama. Ada ramai parents lain di belakang sedang menunggu giliran. Hari ni Hari Semakan Prestasi di sekolah Abang Wafiy.

Dah balik rumah, rasa menyesal pula tak bergambar kenangan tadi. Lain kali kena berani, Mama. Ambil gambar 1 minit jer pun. 😅

Wednesday 13 November 2019

Pelanggan Contoh


Pelanggan contoh.
Contohi beliau. :)

Dapat pm macam ni, insyaAllah laju saya balas. Laju jugak saya nak pos. Plus, rasa nak bagi mystery gift yang best. Sangat memudahkan urusan wahm yang super busy macam saya. 😄😄

Kalau mesej saya bagi salam semata saja, tak dak intro, tak habaq apa, memang kadang tu berjam-jam baru saya reply. Atau tulis 'pm' semata, lagi lah saya krik krik. Maaf ya.

Logik saya, kalau nak barang urgent, mesti dah tanya atau bagi list sesiap nak apa. Tak perlu tunggu saya jawab salam baru nak tanya satu persatu.

Tulis terus, senarai terus nak tanya apa. InsyaAllah saya baca dan jawab sekaligus nanti. Contohi Cikpuan seperti di gambar 😍

Monday 4 November 2019

Kerja Di Sebalik Tabir WAHM







Koleksi gambar-gambar di sebalik tabir Amal Creative.

Saya seorang isteri dan ibu sepenuh masa yang semestinya bertugas menguruskan rumah sendiri. Dalam masa yang sama, Alhamdulillah Allah izinkan saya bekerja dari rumah, menguruskan perniagaan kecil.  Bagi saya, keluarga pertama. Urusan perniagaan memang jatuh nombor dua.

Walau sibuk mana pun menguruskan kerja-kerja berkaitan Amal Creative, saya mesti terus mengingatkan diri tentang apa status dan tugas utama saya. Saya masih ambil peranan mengajar anak-anak di rumah. Tugas ini adalah tugas seumur hidup. Manakala kerja berniaga adalah kerja sampingan saya.

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Semua ini atas keizinan dan kehendakNya jua.