Sungguh saya enjoy kerja mengira, menyusun dan membungkus barang. Haha. Seperti mana saya enjoy iron baju, telekung, cadar dan langsir.
Jangan tanya, tak bosan atau letih ke? Sebab jawapannya memang tak. Setakat ini.😆
Subhanallah. Ni perkara-perkara kecil yang boleh buat saya happy biiznillah. Seakan terapi pun ya. Tak cukup rasa nak ucap terima kasih pada Allah.
Alhamdulillah is the best kalimah.