Wednesday, 26 June 2024

Sampul Pos


Sampul Poslaju ni masih ada banyak.

Dapat percuma waktu ada akaun dengan Poslaju zaman dulu. Akaun tu dah lama tutup. Deposit RM500 pun dah dikembalikan.

Punya lah peram sebab berkeras nak guna sampul kosong sebab tak guna Poslaju dah sekarang. Dok guna SPX dan J&T saja.

Dok menung fikir-fikir balik, baiklah guna.

Dok tunggu apa? Simpan untuk apa? 😅

Benda boleh guna dan boleh jimat.
Gunakanlah wahai Amalina.

Tang tulisan tu, hang pejam mata ja.

Edit skit: Kawan-kawan di Facebook yang baik hati bagi cadangan sangat bernas. Terbalikkan plastik tu, supaya luarnya kosong kelabu. Parcels pun selamat, tak kena reject di drop off point. Lain kali insyaAllah saya pun nak buat macam tu. Wehuu maceh maceh kengkawan ku semua.😍

Thursday, 20 June 2024

Felt Masuk Gudang


Alhamdulillah. Tunggu giliran masuk kontena dan kemudian akan belayar. Bismillah. :)

Wednesday, 19 June 2024

Parcel Hub Bangi


Kedai Oren saya tak ditutup sepanjang cuti raya lepas. Saya beraya di kampung Bangi. 🙂

Semalam pun saya nak pergi pos, dok ingat Parcel Hub buka. Rupanya tidak. Rasanya hari ni dah buka. 🥰

Bagi yang nak cari kain felt (selain warna putih yang dah licin), boleh dapatkan di https://s.shopee.com.my/50E1jmA8dj.

Tuesday, 11 June 2024

10 Hari Terbaik Di Dunia

Alhamdulillah kita masih berada dalam 10 siang hari terbaik di dunia.

Iaitu 10 hari awal Zulhijjah.

Yang mana perlu bekerja cari pendapatan (saya pun kategori ni), tak apa kita boleh teruskan. Kemudian kita usahakan tambah dengan amal-amal ibadah lain.

Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Dapat buat satu, pulunlah sungguh-sungguh hat tu.

Contoh, yang saya fikir paling ringan dan paling boleh sesangat dibuat mak-mak yang kerja di rumah sambil jaga anak adalah baca zikir.

Waktu masak, boleh zikir.
Waktu sidai baju, boleh zikir.
Waktu kemas rumah, boleh zikir.
Waktu basuh pinggan, boleh zikir.

Waktu memandu hantar anak ke sekolah, boleh zikir.
Waktu tunggu anak balik sekolah dalam kereta atau atas motosikal, boleh zikir.

Waktu menjahit, boleh zikir.
Waktu lipat kotak barang, boleh zikir.
Waktu packing order customer, pun boleh zikir.


Sangat banyak peluang untuk baca zikir. Baca = buka mulut, sebut dan hayati setiap kalimah zikir yang kita sebut. Tak perlu kalut pun kejar bilangan. Kita fokus kepada kualiti; memaknai setiap kalimah zikir tu.

Bila sebut Alhamdulillah contohnya, sungguh-sungguh puji Allah atas setiap satu nikmat yang dikurniakanNya. Atau sungguh-sungguh rasa syukur atas ujian yang diberi, yang sebenarnya membuatkan diri kita kembali dekat dengan Allah.

Jom-jom, kita sesama rebut peluang 10 hari terbaik bulan Zulhijjah ni sebagaimana kita rebut peluang 10 malam terbaik di bulan Ramadan.

Jadikan 10 hari ni berbeza berbanding hari-hari biasa kita. Subhanallah, bonus pahala Allah nak bagi. Mesti lah kita semua nak kan.

Semoga segala usaha dan struggle kita mak-mak nak melipatgandakan amal soleh di 10 hari terbaik awal Zulhijjah ni dikurniakan rahmat di sisi Allah. :)

Tuesday, 4 June 2024

Hadiah Hari Guru Yang Comel

Sempena Hari Guru yang lepas.
Terima kasih Puan. 🥰





Nak beri hadiah untuk guru, kita boleh beri bila-bila masa. Tak semestinya waktu Hari Guru saja. 

Atau kalau stail saya, saya suka bagi hujung sesi persekolahan. Sebelum cuti panjang tu. Atau waktu sesi perjumpaan penyerahan report card anak. 😀

Anak-anak saya pulak, lain sikit. 'Random'.

Tak ada event apa-apa pun tetiba mai request hadiah kat Mama untuk beri kepada muallimah. Bila tanya untuk apa dan kenapa, jawapan selalunya "Sebab saya rasa happy nak bagi." 😅 Begitulah selalunya. Mentang-mentang Mama depa tokey diy keychain kan.

Berminat nak order keychain nama comel untuk dijadikan hadiah?

Hello hello kami di 010 903 4560. :)

Sunday, 2 June 2024

Preorder Felt By Roll June 2024

Pengumuman ini khas untuk rakan-rakan crafters yang nak kain felt keras warna putih segulung besar. Jom join PREORDER KAIN FELT BY ROLL kali ni. 😃



Mudah banyak bila ada simpanan kain felt sendiri terutama bagi yang memang guna sepanjang tahun. Jimat harga per meter dan jimat kos pos. Tak risau kain pada supp lier habis tiba-tiba.

Personally saya prefer yang nak join preorder ni adalah mereka yang pernah guna kain felt kami sebelum ni. Bukan first timer.

Lain orang, lain expectation kan. Mungkin ada yang nak nipis lembik, tapi kain kami tak macam tu. Kain kami sturdy tegap elok dan tak rasa nipis melayang walau 1mm. Yang 2mm apatah lagi.

Jadi bagi yang berminat, boleh terus whatsapp saya ya.
Nombor saya Amal 010 903 4560.

Kami tutup 10 Jun 2024. Untuk 1-5 rolls, memang kami ambil full payment.

Untuk perincian lanjut kain, saya bagi di whatsapp.

Saturday, 1 June 2024

WIP Watermelon Bookmark


Selesai bahagian back stitch, kita akan teruskan dengan blanket stitch atau nama lainnya insang pari untuk cantumkan bahagian atas dan bawah penanda buku.

Dua jenis jahitan tangan ni adalah jahitan yang paling banyak saya guna sejak mula felt crafting tahun 2009.