Sunday 24 December 2023

Penutup Tempahan Sulam 2023



🍉 Penutup tempahan 2023.
MasyaAllah tabarakallah.

InsyaAllah tahun depan banyak lagi nak cuba explore buat hand embroidery ni. Nak cuba projek lebih mencabar.

Selalu cakap kat Encik H, isterinya nak sambung macam-macam lagi projek sulam bila kat Syurga. Tak sempat ni nak cover semua projek. Ada banyak tanggungjawab lain nak ditunaikan.

Lagipun di dunia ni - masa, tenaga dan keupayaan fizikal semuanya terbatas. Sebenarnya sehari 24 jam rasa nak dok menyulam saja.

Dapat peluang menyulam tanpa batas dan tanpa perlu fikir komitmen lain tu hanya possible di Syurga lah kan. Dunia tempat diuji.

Thursday 21 December 2023

Makluman Sebelum Cuti Panjang

Assalamualaikum.
Hai semua.

ISNIN 25 Disember 2023 adalah hari akhir kami buka Shopee untuk tahun ini. Jika perlukan item kraf segera, boleh tempah sebelum tarikh tersebut.

Kami akan mula bercuti daripada 26 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.

InsyaAllah kedai Shopee akan kembali beroperasi pada 2 Januari 2024.

Jaga kesihatan, jaga diri semua.
Jumpa lagi tahun depan insyaAllah.

Monday 18 December 2023

Drop Off Receipt

First time dapat email macam ni. Dapat drop off receipt. Ada penambahbaikan daripada Shopee nampaknya. Elok lah. Terus boleh tahu status parcel yang kita dropped di service point.



MBE di Seksyen 9 dah tutup. Sekarang saya drop parcel di Parcel Hub. Alhamdulillah dalam kawasan Seksyen 9 Bandar Baru Bangi juga. Tak perlu drive jauh ke kawasan lain.

Cuma satu yang tak best, (sekarang ni) kita tak boleh drop parcel J&T dan Poslaju di Parcel Hub. J&T masih dalam Seksyen 9. Tapi Poslaju, perlu ke kawasan industri Selaman. 

Friday 8 December 2023

Kain Felt Keras Gulung



Preorder kain felt keras gulung kami buka sepanjang tahun. Boleh whatsapp Puan Amalina 019 211 1934 untuk pertanyaan atau sebut harga. Tempoh jangka terima tempahan preorder adalah 40-50 hari daripada tarikh bayaran preorder dijelaskan.

Untuk kain felt gulung ready stock, kami hanya ada untuk warna putih sahaja. Untuk warna-warna lain, ada kain felt siap potong saiz 29cm x 29cm untuk felt keras 1mm. Boleh dapatkan terus di Shopee Amal Creative. :)

Wednesday 29 November 2023

Pembekal Kain Felt Jenis Keras (Malaysia)

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.




Dengan ini kami buka PREORDER untuk:

Kain Polyester Felt Keras.


Bermula 29 Nov hingga 3 Dis 2023.
Tebal: 1mm atau 2mm.

💖 1mm ada banyak warna.
💖 2mm warna terhad.

Boleh pilih nak yang mana:

💖 1 gulung 45 meter (warna sama) - atau -
💖 saiz siap potong 29cm x 29cm minimum 5 pack (1 pack ada 50 keping felt sama warna).

Tarikh jangka terima:
Minggu kedua Januari 2024.

Untuk pertanyaan lanjut tentang harga atau nak periksa warna yang ada, boleh terus whatsapp saya Puan Amalina di 019 211 1934. Kami sedia untuk hantar sebut harga.

Tuesday 21 November 2023

Initial Embroidery Keychain For A Friend

For A friend from A friend.






Kami sedia terima tempahan jika berminat. Whatsapp 019 211 1934. :)

Wednesday 15 November 2023

ORTS (Leftover Threads)

Orts = leftover threads = thread scraps = lebihan benang yang dipotong setelah selesai menjahit/menyulam.



Ada embroiderers suka dan memang akan simpan lebihan benang dalam balang yang dipanggil ort jar. Ada yang terus buang sisa benang; tak simpan.

Jadi persoalannya, kenapa ada yang simpan? Jawapan: Pelbagai sebab.

Bagi saya, orts ada nilai sentimental. Mengingatkan saya supaya menghargai proses-proses kecil yang bergerak perlahan dalam dunia sekarang yang mendesak diri bergerak terlalu laju.

Lagi satu, orts boleh diguna semula untuk stuffing purpose. Saya ada ambil tempahan buat keychain. Jadi selain guna polyster fiber sebagai isian, saya boleh ganti guna orts.

Orts saya kali ni tell a story.

Story of 🍉🍉🍉.
Sudah masuk hari ke-40. 💔

Wednesday 8 November 2023

Watermelon Bookmark

Bookmark lama sangat dah buat. Sekarang bila pandang dan bila pegang, rasa lain.
Rasa sesuatu. 🍉



Saturday 14 October 2023

Lavender Bookmark

Pesan Buya Hamka, "Membaca buku-buku yang baik berarti memberi makanan rohani yang baik".

Buku Berteduh daripada Kegelisahan Hati karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi terbitan Iman Publication.







Jazakillahu khayran adik M atas sokongan dan kesudian menempah hand embroidered felt bookmark daripada kami. ✨🌼🥰

Wednesday 11 October 2023

Hand Embroidered Keychain

Selain upload di Instagram @amalsulam, jom saya kongsikan di blog ni juga tentang projek sulam tangan terbaru saya. Alhamdulillah bulan lepas buat keychain. Cuma macam biasa, ceritanya datang minggu kemudian-kemudian.

Tajuknya: 'Hand Embroidered Keychain - Initial Name Design' :D

Awalnya saya buat ala-ala couple keychain. Untuk saya dan Encik Suami. Nak suwit-suwit, matchy-matchy ada sepasang pastel keychain dengan initial nama masing-masing.

Bila dah siap, semua anak cakap nak juga. Jadi saya tambah buat lagi empat ketul keychain untuk keadilan dan keharmonian dalam rumah haha. Ada tiga warna pastel dan tiga warna terang.



Memandangkan ni kali pertama saya cuba buat hand embroidered keychain sendiri, Alhamdulillah banyaklah perkara baru yang dapat explore dan belajar. Puas hati tu macam dapat buat eksperimen baru. Cuba itu ini. Tak jadi macam ni, cuba ubah macam tu. Dah dapat macam ni, cari apa lagi cara nak baiki. Begitulah kerja bila ex-reseacher beralih ke bidang seni. Cara kerja tetap kita kekalkan. :D


Contoh perkara yang dipelajari:

1) Cara paling efektif untuk tegangkan permukaan fabrik pada keychain.
2) Cara elak permukaan keychain jadi tenggelam ke belakang selepas keychain siap.
3) Cara pemilihan gabungan warna yang harmoni untuk menghias design.

InsyaAllah dari semasa ke semasa, saya cuba kongsikan lebih lanjut dan lebih banyak tentang perkara-perkara baru saya dapat di Instagram. Mungkin juga saya nak tulis di blog baru (yang dah lost count ke berapa) khas untuk sulam. 

Gambar keychain satu-persatu boleh lihat di Instagram @amalsulam.

Jemput follow okeh! Taip saja amalsulam. InsyaAllah jumpa. :)

Monday 25 September 2023

Aktiviti Sulam Tangan Untuk Anak


MasyaAllah tabarakallah. Perfectly imperfect! 🥰 Ya ini anak bongsu saya. Lima tahun umurnya. Dan seperti yang dapat dilihat, anak saya ni lelaki. Walaupun perempuan yang lebih sinonim dengan dunia jarum dan benang, siapa kata lelaki tak boleh buat? Anak saya sendiri yang minta nak buat. Katanya, "Nak cuba buat macam Mama buat."

Children see, children do. Remember? Di rumah ni masyaAllah, semua anak lelaki kami sangat berminat nak cuba dengan apa-apa projek needleworks yang Mamanya cuba. Sebelum ni buat felt craft. Sekarang buat hand embroidery pula. Baarakallaahu fiikum.

Untuk meraikan dan menghargai semangat serta usaha anak Mama siapkan hoop ni, mestilah Mama nak simpan gambar kat blog dan akaun medsos buat kenangan. Bila nampak Mama share di Instagram, anak siap tanya, "Mama, ada orang nak order embroidery daripada Adik ke?" Ahaha. Anak Mama sangat ni.


Sulaman ni menggunakan back stitch kesemuanya; daripada bunga, batang hingga ke daun. Jenis jahitan macam ni insyaAllah paling mudah anak kecil nak faham teknik, cuba dan kuasai.

Kalau ada anak-anak di rumah tu yang nak join maknya menyulam, bolehlah bagi cuba dengan back stitch dulu. InsyaAllah amat mudah untuk dicuba dan dipraktikkan. 🙂

*Ada permintaan daripada rakan untuk saya sediakan kit sulaman tangan untuk aktiviti kanak-kanak. Jadi macam mana? Perlu saya terima dan teruskan? Sangat menarik kan permintaan tu.

Friday 15 September 2023

Hadiah Keychain Nama Comel

Simple yet meaningful gift.
Murmur je ni, compared to embroidery products.



Mungkin ada yang nak bagi hadiah kat kawan-kawan sekolah anak ke. Untuk anak-anak murid ke. Untuk kawan-kawan office yang suka benda comel ke. 

Boleh nak order. Saya terima juga bulk order asalkan awal sebulan daripada tarikh nak guna. Boleh terus whatsapp saya di 0109034560 ya.

Siapa cari hadiah untuk kawan-kawan/anak sedara nak kahwin atau untuk cikgu-cikgu, insyaAllah next time saya bagi contoh lain pula. :)

Saturday 9 September 2023

Pesanan Buat Diri Ini


"Umur dah hujung-hujung 30 camni, bila nak menjahit ke menyulam ke, buat siang hari lah ya. Waktu malam, sebolehnya elakkan. Jaga kesihatan mata dan tubuh badan. Jaga ibadah umum. Lebih-lebih lagi jaga ibadah khusus.

Malam dengan suasana tenang tu, elok baca Quran, Amalina.. InsyaAllah lebih mudah fokus, lebih mudah faham. Lebih mudah masuk tersemat ke dalam hati.

Sahabat-sahabat Nabi SAW dulu siang memang kuat kerja. Bantu keluarga, bantu masyarakat. Malam kuat fokus ibadah-ibadah khusus pula."

Friday 25 August 2023

Quran Verse Embroidery Design



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [QS Ash-Sharh 94:5-6]

Refleksi: Kalam Allah Azzawajalla yang sentiasa memujuk dan menenangkan hati bila dilanda ujian. Janji Allah, bila Allah hadirkan satu kesusahan, sungguh serentak dalam masa yang sama, Allah hadirkan jauh lebih berganda kesenangan. 💌

With or without lace ribbon? Tak dapat nak buat pilihan. Dua-dua pun masyaAllah saya suka. 🥰

Lagi satu, masih tak dapat nak buat pilihan sama ada nak simpan sendiri, jual atau hadiahkan seseorang. 😅

Gambar lebih banyak ada di instagram @amalsulam. :)

Monday 21 August 2023

Tabiat Baru Ketika Menyulam


Sekarang ni terperasan satu tabiat baru tiap kali nak mula menyulam. Mesti nak ambil tiga jenis jarum siap-siap dan letak di needle minder. Ada juga yang panggil needle nanny sebab 'kerja' dia jaga jarum.

Jarum untuk:
✨six strands.
✨three strands.
✨one or two strands.

Sebabnya mungkin saya fikir lebih jimat masa. Bila-bila masa rasa nak tukar bilangan benang, jarum dah memang ada siap depan mata. 😉

Needle minder ni Alhamdulillah saya dah siap buat extra. InsyaAllah akan letak di Shopee nanti untuk kawan-kawan yang memerlukan. 💌

Kerja-kerja sulam saya yang lain, ada di Instagram @amalsulam. Jemput follow kalau minat hand embroidery. 🥰

Saturday 12 August 2023

PRN Selangor 2023


Hari ni PRN Selangor. Saya pi menunaikan tanggungjawab selepas Zohor. Dah sunyi sekolahnya. Terus saja masuk. Alhamdulillah selesai cepat.

Walaupun IC saya 02, saya dah lama tukar mengundi di Selangor. Kita nak guna dan sedang guna kemudahan yang ada di Selangor. :)

Wednesday 9 August 2023

Penanda Buku Sulam IQRA


"Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta."
[QS al-'Alaq 96:1]

Alhamdulillah. Empat hajat tercapai dalam satu projek penanda buku yang ringkas.

☑️ Sulam perkataan Arab.
☑️ Sulam corak daun saja.
☑️ Buat bookmark guna kain calico.
☑️ Lukis design terus di kain.

Tengah fikir ni, nak proceed buat bookmark guna felt atau kain calico/cotton? Atau buat je kedua-duanya?

Saya suka dua-dua! 🥰

Saturday 5 August 2023

Room Deco Embroidery




MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah siap 'kerja rumah' daripada bengkel pertama sulaman tangan oleh @by.ssyonn dan @threadisbenang yang saya sertai 18 Jun lepas. 🥰😍 

Ahaha lamaaaa dah kan?

Memang sengaja saya ambil lebih masa. Buat perlahan-lahan. Enjoy the process.

Sebabnya ni kali pertama saya sulam corak daun dan bunga-bunga yang bertindan; yang mana saya selalu elak buat. Rasa seram. 😅

Alhamdulillah dengan izin Allah, dengan tunjuk ajar daripada cikgu-cikgu, rasa seronok pula sulam corak yang agak mencabar (bagi saya lah). Rasa makin yakin nak sulam corak yang rapat-rapat. Ia taklah sepayah yang saya fikir bila dah lalui sendiri pengalaman tu. 🥰

Friday 4 August 2023

Seni Kraf Tangan Felt

Saya mula kenal felt craft atau seni kraf tangan felt, 13 tahun lepas sebab mengidam nak menjahit sewaktu hamil anak sulung.

Beberapa tahun selepas tu, memang ramai sangat ibu yang tertarik dengan felt craft. Meriah medsos dengan gambar-gambar seni kraf tangan ni. 

Ada yang buat sebagai bahan bantu belajar anak-anak; buat busy book contohnya. Ada yang buat untuk tambah income keluarga. Ada juga yang jahit felt craft sebagai hobi masa lapang.

Sekarang, saya tak pasti ada lagi ke ibu-ibu yang suka jahit felt craft. Yang pasti, ibu-ibu akan cari kain felt bila anak minta beli untuk siapkan projek seni reka cipta (atau seumpamanya) di sekolah. Betul kan? 😄

Wednesday 2 August 2023

Tutorial: Felt Doughnut

Tutorial kraf felt donat/donut.

Assalamualaikum. Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan satu aktiviti yang pernah saya buat tujuh tahun lepas bersama anak-anak di rumah. Dulu saya ada kongsikan di Facebook page Amal Creative. Saya tulis tutorial cucoq keria. Bukan donat. Kenapa bukan donat? Ada saya tulis di hujung post ni. 

Cuma tu lah, baru sekarang saya teringat yang saya belum lagi masukkan di blog. Ahaha punya lah lama kan! Jadi saya salin saja apa yang saya pernah tulis dulu di Fb.

Ok, jom kita lihat apa bahan-bahan yang perlu kita sediakan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah acrylic felt (felt lembut), isian fiber, gunting kain, gunting kertas, pen penanda, jarum, benang dan apa-apa kertas yang sedikit keras seperti kotak tisu.

Langkah pertama, kita lukiskan pola atau templat di atas kertas keras. Tujuannya supaya pola tersebut tahan lasak, tahan lama dan kita dapat gunakan berulang kali.

Bentuk bulatan tu, nak lukis free hand boleh atau nak ambil apa-apa benda yang berbentuk bulat kemudian lukis ikut bentuk dia pun boleh.

Cara paling gigih dan memerlukan lebih banyak masa: lukis bentuk bulatan dalam Microsoft Word dan cetak gambar di atas kertas. Heee siapa rajin, boleh buat ya.

Guntingkan pola tadi. Saiz atau diameternya terpulang ya, nak buat besar atau kecil. Kalau nak nampak lebih cantik, bulatan yang tengah tu, kecilkan sikit.

Tekapkan di atas kain felt menggunakan air erasable pen. Nak gunakan pensel penanda pun boleh. Tak ada masalah.

Galakkan penyertaan anak-anak. Macam dalam gambar tu, Abang Wafiy teruja nak tolong. Mama tunjukkan satu contoh. Kemudian Abang buat sendiri lagi satu.

Haha memang berbeza hasil tekapannya. Tapi tak apa. Puji usaha anak. Jangan sebut langsung pasal senget ke, garisan terkeluar ke, tak kemas ke. Jangan sebut. Puji usaha dan ucapkan terima kasih pada anak kerana membantu.

Oleh kerana Mama puji usaha Abang, maka Kakak pula nak tolong buat sama. Beri peluang anak mencuba. Bagus untuk tingkatkan keyakinan diri anak.

Adik bayi 2 tahun ni pun nak tolong juga. Errrmmm cuma beliau masih belum faham konsep tekapan ya Puan-Puan.

Berulang kali dah Mama letak jari beliau atas kain. Tapi atas pola tu juga dilukisnya. Haha!

Tekap pola di atas 2 keping kain kemudian guntingkan. Anak saya ada 3 orang (setakat ini). Jadi cucoq kerianya pun kena lah buat 3.

*Maafkan saya andai warna dalam gambar agak menyakitkan mata. Saya hanya ada 3 warna felt tu saja* :D

Warna pink lembut tu, Abang gunting sendiri. Sekali lagi,