Tuesday, 27 August 2024

Rehat = Sulam


Konon nak rehat tak nak buat apa-apa aktiviti fizikal. Tapi rindu dan teringin nak sambung menyulam pula. Macam tu dah lah bila darah seni mengalir.

Kita tak konsisten buat satu jenis kraf saja.
Kita konsisten bergilir-gilir buat beberapa jenis kraf.

Dan saya tau, bukan saya sorang saja crafter jenis macam ni.. 🥳

Monday, 26 August 2024

Tempahan Borong Keychain Nama


Saya dapat mesej dan bincang tempahan hari Sabtu pagi. Jadi kita pun tunggin terbalik pulun siapkan siang malam. Letih tapi syiokkk masyaAllah. Saya suka dengan cabaran.

Alhamdulillah sebelum Asar semalam siap pos 59pcs keychain nama. Lega tatau nak habaq masyaAllah.. 😂 Oh saya sempat telan pcm 2 biji. Sakit kepala tak boleh bincang.

Client kami kali ni seorang cikgu praktikal. Nak hadiahkan keychain untuk anak-anak pelajar. Mesti happy students cikgu dapat hadiah comel macam ni kan. 🥰

Kami sanggup terima order terkejut tergempaq dan banyak macam ni kadang-kadang saja. Bergantung kepada situasi semasa.

Satu lagi bila dapat client yang mudah berurusan macam ni contohnya, insyaAllah kami pun senang hati nak buatkan.  Ni saya kira syarat utama juga lah bila nak urgent order. Mudah berurusan. Tahu jelas apa yang nak dan macam mana nak. 😃

Biasanya saya minta masa seminggu dan ke atas. Sebab bila short notice dan nak segera, saya lah sakit kepala nanti. Sakit tu sebab dalam kepala berlawan-lawan nak dapatkan hasil perfect (yang biasanya gerak slo-mo) tapi kena buat kerja laju. Dia macam bertembung dua angin.

Ini pun Alhamdulillah, anak yang tolong susun nama. Nama perempuan, semua kakak yang susun. Baarakallaahu fiiha. Kakak khatam dah Mama punya stail susunan macam mana. So Mama buat untuk nama lelaki saja. Kerja kakak ofkos dapat upah.

InsyaAllah nanti kita share lagi gambar yang siap pasang keychain. ✨

Tuesday, 20 August 2024

Buat Sendiri Keronsang


Saya pun sama seperti wanita lain. Mengalami episod kehilangan brooch enam bulan sekali. Ahaha.

Baby brooch comel biasanya saya guna sewaktu mengambil anak-anak dari sekolah. Sengaja nak kelihatan approachable di mata kawan-kawan anak.

Setakat 20 Ogos 2024, teknik ni berkesan untuk Acik Amal. MasyaAllah. 🤗 Senyuman Acik dibalas. Ada yang bagi salam. Ada yang siap mai hulur tangan salam pun ya.

Brooch besi ada batu kilat meghelit, hat tu saya pun beli di Shopee ja. Guna bila ada hari dialog ibu bapa dan guru. Atau pi kenduri. Atau keluar hang out dengan parents in law. 🤭

Monday, 19 August 2024

Tawaran Hari Merdeka

Tumpang seronok tengok rakan-rakan crafters masing-masing sibuk sampai terkambus dalam timbunan parcels sempena sambutan Hari Kemerdekaan tak lama lagi. Haha. Baarakallaahu fiikum.

Saya tak tau apa-apa pun pasal printing on felt. Jadi, memang totally tumpang bahagia tengok kebahagiaan orang lain. Serius rasa berbunga-bunga raya hati ku yinni. Hee..

I have nothing to offer sempena Merdeka. Cuma ada kain felt premium yang mungkin diperlukan rakan-rakan crafters sekalian in case kesuntukan stok nanti. Kiki.

Yang jauh, cari di kedai oren. Ada kedua-dua jenis ketebalan 1mm dan 2mm.

Saya dah updated kat sini: https://s.shopee.com.my/4Kzvm9bD2p

Yang dekat, boleh mai self collect. Urusan di whatsapp, saya kurangkan harga.
Whatsapp saya 010 903 4560. 🥰

Saturday, 10 August 2024

Sulam Bunga Daisy


MasyaAllah tabarakallah.
Imperfectly perfect. 🤍

(Six strands DMC thread for both white and yellow colour).

Monday, 5 August 2024

Kerja

Haaza min fadhli Rabbi.
Pemandangan biasa pagi Isnin.


'Biasa' dalam erti kata kena buat kerja packing barang. Ada masa banyak, ada masa satu saja. Alhamdulillah. 😁

Order Jumaat petang pun kadang-kadang Isnin minggu depan baru dapat pos. Siapa order waktu tu, selalunya rasa aduhaiii lamanya seller ni nak ship out barang. Huhu.

Padahal..

Cerita di sebaliknya. Jumaat tengahari biasa dah keluar pos. Jadi tak kan singgah pos dua kali. Melainkan nilai barang tu lebih RM200. Sebab jumlah tu dapat cover kos minyak kenderaan. Sifir saya macam tu.

Hari Sabtu Ahad, by default adalah hari cuti dan takkan pos. Bila saya pos Sabtu pagi, maksudnya saya sendiri extra rajinkan diri nak pos dan takda program apa-apa hari tu. Ahad memang tak boleh pos. Parcel Hub tutup.

Begitulah serba-sikit kisahnya. Saja rajin nak tulis mengisi wall sendiri supaya nampak kedai oren saya masih on macam biasa. 😅

Kain felt, plastic buttons, wooden buttons dan flatback resin semua ada dan masih dijual. Jemput pilih mana yang berkenan bila perlu. Semua ada di kedai Shopee amalcreative. 🥰