Kraf tangan felt adalah seni jahitan kraf menggunakan kain felt.
Biasanya kain felt lebih sesuai dijahit secara manual menggunakan tangan. Namun ada ketika, penggunaan mesin jahit juga dapat menghasilkan produk yang menarik dan amat membantu dalam penghasilan produk felt berskala besar.
Sejarah Felt
Kain felt dikatakan antara kain tertua yang wujud sejak zaman prasejarah. Oleh kerana kain felt tidak ditenun dan tidak memerlukan mesin tenunan dalam proses penghasilannya, maka masyarakat purba dapat membuatnya dengan mudah. Ada suku nomad yang menghasilkan pakaian dan khemah menggunakan kain ini.
Perbezaan Kain Felt
Secara umumnya di Malaysia, kain felt yang digunakan terdiri daripada 2 jenis:
1) Felt poliester (polyester felt)
- Bersifat keras, tahan lasak dan kurang berbulu.
- Sesuai untuk menghasilkan rantai kunci, sarung telefon bimbit, bingkai gambar, hiasan dekorasi rumah dan hiasan di baju.
- Sesuai untuk menghasilkan rantai kunci, sarung telefon bimbit, bingkai gambar, hiasan dekorasi rumah dan hiasan di baju.
- Bersifat lembut, mudah dibentuk dan agak berbulu.
- Sesuai untuk menghasilkan bunga hiasan, buah-buahan 3D, permainan kanak-kanak dan bantal.
- Sesuai untuk menghasilkan bunga hiasan, buah-buahan 3D, permainan kanak-kanak dan bantal.
Kedua-dua jenis kain ini adalah 100% sintetik, dihasilkan di kilang dan digunakan secara meluas dalam seni kraf tangan felt. Felt ini datang dalam pelbagai warna dan ketebalan. Felt dijual dengan harga yang berpatutan, dalam saiz potongan kecil atau pun dijual dalam ukuran meter atau yard.
Kraf Tangan Felt di Malaysia
Kraf tangan felt mula mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia sekitar tahun 2009. Ketika ini kain felt masih kurang dikenali dan penggiat kraf tangan felt juga hanya boleh dibilang dengan jari.
Seiring dengan perkembangan Facebook sebagai media sosial, mulai tahun 2011 lebih ramai penggiat seni kraf tangan ini muncul. Kain felt juga makin mudah didapati secara online mahupun di kedai-kedai jahitan atau pun kraf tangan.
Seni kraf tangan felt ini sesuai untuk semua lapisan umur. Anak kecil seawal usia enam tahun yang sudah mampu mengendalikan jarum, sudah tentu tiada masalah untuk menjahit produk kraf feltnya sendiri. Malah menjahit kraf tangan felt dapat dijadikan sebagai aktiviti bermanfaat untuk seisi keluarga terutama ketika hari cuti.
No comments:
Post a Comment