Wednesday 9 December 2020

Baki Akhir Felt Maroon


Perbualan dengan pembekal.

Pendek saja jawapan.
Namun pedih dirasakan.

😳😭😭😭

Felt maroon ada dalam 20 keping lagi.
Baki terakhir tahun 2020.

Siapa cepat, jadi kepunyaan dia.

Skin/cream colour, memang lama tak nampak bayang. Saya usahakan cari tempat lain ya.

Tuesday 1 December 2020

Tutorial Keychain Nama Butang Huruf

Assalamualaikum. Hai, apa khabar?

Hari ini saya mahu kongsikan cara menjahit rantai kunci nama menggunakan material pvc dan butang-butang huruf yang comel berwarna-warni. Jika tidak ada pvc, tidak mengapa. Kita boleh juga menggunakan kain felt.

Bahan-bahan dan peralatan-peralatan yang digunakan adalah seperti gambar di bawah. Pvc, mounting board, gam UHU, gam B7000, pisau, gunting, benang, jarum, pen, pembaris, eyelet plier, plier dan butang pelbagai corak.

Untuk permulaan, kita perlu mengukur panjang pvc untuk dipotong. Seeloknya susun dahulu butang membentuk nama dan letakkan sekali eyelet di hujung butang supaya kita dapat saiz ukuran sebenar keychain nanti.

Untuk keychain dengan nama MUADZ ini, panjang pvc untuk dipotong adalah