Terima kasih Puan X sudi beri kepercayaan untuk kami hasilkan keychain nama comel. :) Bagi sesiapa yang berminat untuk buat tempahan juga, boleh whatsapp kami di 010 903 4560.
Showing posts with label Kraf Kayu. Show all posts
Showing posts with label Kraf Kayu. Show all posts
Tuesday, 2 September 2025
Tempahan Keychain Nama Comel
Wednesday, 7 May 2025
Keychain Nama Comel Borong
Tempahan bulan Januari lepas.
Daripada seorang guru buat anak-anak muridnya.
Terima kasih banyak cikgu,
sudi tempah dengan kami.
✨🥰
Kami masih terima tempahan keychain nama comel. Boleh terus whatsapp kami 010 903 4560 untuk sebarang pertanyaan.
Wednesday, 5 February 2025
Huruf Kayu Mini Vokal AEIOU
Alhamdulillah kedai Shopi dah buka macam biasa. Penghantaran pos ada setiap hari kecuali Sabtu Ahad.
Hari ni kita masukkan item baru yang ramaiiiii requested sebelum ni.
✨Huruf kayu mini vokal AaEeIOU✨
Semua ada di sini:
Nak whatsapp pun boleh.
010 903 4560. Lagi murah.
Sunday, 19 January 2025
Cute Keychain Packaging
Edit gambar yang dah siap pack lah dulu. Sedang mencari kekuatan nak edit gambar penuh. 🤭
Kebanyakan crafters memang suka dan genuinely passionate sungguh buat kerja kraf. Cuma bila mai tang bab nak ambil gambar buat tatapan umum, dia syahdu sikit.
Tapi tapi kalau tak ambil gambar, macam mana nak dokumentasikan kerja seni sendiri dan jadikan bahan marketing, yer dak? 😂 Jadi mohon rajin, Amalina..
Tu resin baru masuk, haruslah kita yang guna dulu. MasyaAllah ee comel. Dipadankan pulak dengan warna huruf kayu lazymeow yang sweet tu. So lovely.
Kita memang buat sepenuh hati bab susun atur nama di keychain; macam nak hadiahkan untuk diri sendiri. Carefully chosen. Handpicked. 😁🥰
Friday, 17 January 2025
Keychain Untuk Guru
Because crafting is his mother's love language. Haruslah keychain nama jadi hadiah buat guru kelas di akhir sesi persekolahan. :)
Saya ambil juga tempahan keychain nama. Tak kira kuantiti sama ada sikit atau banyak. Boleh saja. Whatsapp 010 9034560 untuk kita bincang lanjut sampai jadi insyaAllah. Kita buat ikut bajet clients. :)
Monday, 30 December 2024
Restock Item Kayu
Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya.
Dah seminggu putus stok. Tidoq tak lena jadinya.
Kali ni special sikit. Ada sesuatu yang baru. Dah tak perlu risau huruf Aa tak cukup. Banyak stok kita bawa masuk. Boleh pilih one pack yang ada 100pcs Aa saja. 😍
Plat kayu hitam pendek, panjang dan bulat, pun semua dah ada. Boleh pilih.
Macam biasa kalau nak harga lebih jimat dan harga borong Whatsapp saya ya 010 903 4560. Di Shopee memang itu lah harganya, tak dapat nak adjust lebih rendah dah.
Jom jom. Siapkan keychain hadiah hujung sesi sekolah. Untuk cikgu, boleh. Untuk murid-murid pun boleh. ✨
Sunday, 29 December 2024
Keychain Kakak
Kakak Insyirah dah mengikut jejak langkah dan kerja kraf Mama. Allahumma baarik. 🌹
Warna dan susun atur semua, kakak yang fikirkan. Mama tak campur kerja kakak. Dan lagi, dah pandai (dan berani) kritik warna pilihan Mama bila dia rasa tak harmoni.
Alhamdulillah bab yang satu tu. Mama suka lah bila ada geng sembang dan tukar-tukar idea kraf dalam rumah. 😄
Saturday, 28 December 2024
Tempahan Penutup 2024
Alhamdulillah. Tempahan penutup 2024.
Terima kasih Kak A sudi tempah lagi hadiah buat sahabat. ✨🥰
Set keychain + batu seremban + nota doa menjelang umur 40. :)
Thursday, 28 November 2024
Keychain Nama Kakak
"Mama jangan buat yang pink pink boleh? Kakak nak hijau. Ada pokok. Pastu kereta."
"Macam design lelaki je kak.."
"Tak apa. Saya nak macam tu. Sekali-sekala tukar warna lain."
Pelik Mama pun. Sebab tahu Kakak suka pink. Tapi tak apa. Dah anak nak macam tu. Mama buat saja lah. Ikut macam mana Kakak minta.
Keychain ni lama sangat dah buat. Hari ni baru nak ambil gambar. Comot dah pun. Cik Puan dia lasak. :)
Tuesday, 26 November 2024
Keychain Nama Untuk Lelaki
Keychain nama untuk lelaki, kita pilih resin yang lebih neutral. Cuma tu lah, masih ada unsur kecomelan. 🤭
In case nak lebih maskulin, saya suka cadangkan tak perlu letak apa-apa resin. Kemudian guna satu warna saja untuk nama. Tak perlu campur warna-warni.
Nak macam mana, kita boleh bincang. Nak keychain ikut bajet pun kita boleh bincang.
Dah nak hujung sesi sekolah, boleh dah order kalau mencari hadiah untuk guru-guru atau kawan-kawan anak. 🥰
Text saya 0 1 0 9 0 3 4 5 6 0
Tuesday, 29 October 2024
Keychain Nama Comel
Tempahan yang lalu.
Terima kasih Puan-Puan yang sudi dapatkan hasil kraf tangan kami. 🌹
Dalam dua gambar ni, boleh nampak kepelbagaian bentuk plat kayu yang kami guna.
Bila nak tempah, boleh request nak macam mana. Kami akan beri cadangan mengikut kesesuaian nama yang nak dilekatkan dan bajet clients.
Boleh bincang lanjut di whatsapp 010 903 4560. Kami dah buka tempahan untuk yang nak beri hadiah hujung sesi persekolahan. 🥰
Tuesday, 8 October 2024
Huruf Comel Kraf
Huruf-huruf comel ni boleh dapatkan di kedai Shopee https://s.shopee.com.my/4feIcUryTL
Nak harga murah sikit, boleh whatsapp ya. 010 903 4560. Bagi senarai barang yang diperlukan tu sesiap, terus saya bagi jumlah har ga dia dan boleh scan QR. Pos guna J&T - Ahad pun boleh pos.
Sekarang ni saya pun lebih happy bila berurusan di Whatsapp. 😃
Monday, 23 September 2024
Name Keychain DIY Kit
Boleh dapatkan di kedai Shopee kami:
Nak dapat harga lebih rendah,
boleh terus text di www.wasap.my/60109034560/diykeychain 🥰
Labels:
Idea Kraf Kanak-Kanak,
Kraf Kayu,
Projek DIY
Thursday, 12 September 2024
Kraf Cuti Sekolah
Cuti sekolah dah tiba! 🥰
Apa aktiviti yang Puan-Puan sudah rancangkan bersama anak-anak nanti?
Jom sama-sama buat sendiri.
Rantai kunci nama yang comel.
Setiap set boleh menghasilkan 5 keychain nama menggunakan huruf dan flatback resin yang ada. Set huruf yang diberikan adalah rawak. Boleh add on huruf tambahan jika difikirkan perlu. 1 huruf 35 sen.
Name Keychain DIY Set
1 set = RM22.00 sahaja.
Whatsapp 010 903 4560.
Boleh juga dapatkan di Shopee kami. Namun harga sedikit berbeza ya.
Monday, 26 August 2024
Tempahan Borong Keychain Nama
Saya dapat mesej dan bincang tempahan hari Sabtu pagi. Jadi kita pun tunggin terbalik pulun siapkan siang malam. Letih tapi syiokkk masyaAllah. Saya suka dengan cabaran.
Alhamdulillah sebelum Asar semalam siap pos 59pcs keychain nama. Lega tatau nak habaq masyaAllah.. 😂 Oh saya sempat telan pcm 2 biji. Sakit kepala tak boleh bincang.
Client kami kali ni seorang cikgu praktikal. Nak hadiahkan keychain untuk anak-anak pelajar. Mesti happy students cikgu dapat hadiah comel macam ni kan. 🥰
Kami sanggup terima order terkejut tergempaq dan banyak macam ni kadang-kadang saja. Bergantung kepada situasi semasa.
Satu lagi bila dapat client yang mudah berurusan macam ni contohnya, insyaAllah kami pun senang hati nak buatkan. Ni saya kira syarat utama juga lah bila nak urgent order. Mudah berurusan. Tahu jelas apa yang nak dan macam mana nak. 😃
Biasanya saya minta masa seminggu dan ke atas. Sebab bila short notice dan nak segera, saya lah sakit kepala nanti. Sakit tu sebab dalam kepala berlawan-lawan nak dapatkan hasil perfect (yang biasanya gerak slo-mo) tapi kena buat kerja laju. Dia macam bertembung dua angin.
Ini pun Alhamdulillah, anak yang tolong susun nama. Nama perempuan, semua kakak yang susun. Baarakallaahu fiiha. Kakak khatam dah Mama punya stail susunan macam mana. So Mama buat untuk nama lelaki saja. Kerja kakak ofkos dapat upah.
InsyaAllah nanti kita share lagi gambar yang siap pasang keychain. ✨
Friday, 12 July 2024
Tempahan Keychain Dibuka
Lama juga saya rehat buat tempahan keychain nama sejak hari guru lepas. Dua bentuk tapak ni habis licin terus.
Alhamdulillah sekarang dah ada balik tapaknya. Boleh dah saya ambil order macam biasa. Untuk saiz tapak keychain dua ni, maksimum nama yang muat adalah 5 atau 6 huruf.
Nak order boleh whatsapp saya:
0 1 0 9 0 3 4 5 6 0 🥰
Tuesday, 4 June 2024
Hadiah Hari Guru Yang Comel
Sempena Hari Guru yang lepas.
Terima kasih Puan. 🥰
Nak beri hadiah untuk guru, kita boleh beri bila-bila masa. Tak semestinya waktu Hari Guru saja.
Atau kalau stail saya, saya suka bagi hujung sesi persekolahan. Sebelum cuti panjang tu. Atau waktu sesi perjumpaan penyerahan report card anak. 😀
Anak-anak saya pulak, lain sikit. 'Random'.
Tak ada event apa-apa pun tetiba mai request hadiah kat Mama untuk beri kepada muallimah. Bila tanya untuk apa dan kenapa, jawapan selalunya "Sebab saya rasa happy nak bagi." 😅 Begitulah selalunya. Mentang-mentang Mama depa tokey diy keychain kan.
Berminat nak order keychain nama comel untuk dijadikan hadiah?
Hello hello kami di 010 903 4560. :)
Friday, 31 May 2024
Purple Theme Cute Name Keychain
Purple theme.
Cute name keychain.
MasyaAllah serius seronok sangat buat set keychain yang ni. Waktu nak mix and match warna huruf-huruf tu, fuh mencabar. Tapi bila dah siap, puas hati sangat Alhamdulillah.
Yang penting bila siapkan tempahan mana-mana keychain, client kami yang menerima suka, seronok dan puas hati. Kepuasan client, keutamaan kami.
Terima kasih banyak Puan A. 🥰
Berminat nak tempah keychain nama yang comel macam ni?
Boleh whatsapp kami 010 903 4560. :)
Sunday, 19 May 2024
Wednesday, 15 May 2024
WIP Cute Name Keychain
Kerja semalam. Alhamdulillah dah siap pasang keychain dan siap pos kepada client yang sangat mudah berurusan. Rezqi sungguh, masyaAllah. 😃
Hari ni kerja sambung order seterusnya. Pun client yang mudah berurusan, masyaAllah. 😊
Saya ada selit masa sikit buat ready made 'Be Kind' keychain. Dalam 10 ketul macam tu. Lepas siap order wajib, baru saya ambil gambar dan share sini na.
Tips: Kalau nak tengok design apa yang available tu (sebab nak beli), terus ja pm. Saya bagi gambar terus. Cuma gambarnya versi pakai letak atas meja kerja yang sepah ni lah. 😅
Subscribe to:
Posts (Atom)