Wednesday 31 January 2024

Mixed Flatback Resin

Mixed Flatback Resin
*Special Pack A*


Apa ada dalam special pack?

Design resin terbaru terdiri daripada:
❤️ Mini resin 28 design x 3pcs = 84pcs
❤️ Medium size 10 design x 1 pc = 10pcs
(Random colours) 

Kenapa perlu grab this special pack?

✨Limited edition.
✨Boleh dapat banyak design comel tanpa perlu beli pack berasingan.
✨Boleh pegang dan lihat sendiri semua koleksi resin baru.
✨Boleh plan resin mana yang betul-betul perlu diguna lebih banyak untuk next project.
✨Semestinya lebih jimat. 




Harga satu pack RM20.00
Whatsapp Amal 010 903 4560.

Tuesday 30 January 2024

Resin Tema Tumbuhan

Tempahan di Shopee.
Terima kasih, Puan. 🥰

Nak cari resin tema pokok-pokok dan bunga-bunga, boleh lihat album di Facebook Amal Creative. 😊 Boleh order di whatsapp 0109034560 (pos guna J&T) atau ke kedai Shopee amalcreative. ✨



Monday 29 January 2024

Cute Wooden Letters - Lazymeow

AKAN DATANG

Huruf kayu comel.
Code: Lazymeow.


Nak borong 500pcs atau 1000pcs? Whatsapp saya 010 903 4560.
Plat kayu pun boleh borong. Ada jenis plat pendek, panjang, bulat atau mix pastel.

Kami juga ada berita baik untuk semua! InsyaAllah nanti boleh pilih-pilih huruf yang diperlukan sahaja. Warna kami akan beri secara random. Sesuai untuk mak-mak yang nak buat aktiviti diy dengan anak-anak; yang perlukan huruf tertentu. 🥰

Self collect di Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi.

Sunday 28 January 2024

Kain Felt Putih Gulung

Punch card awal hari ni. Target nak siap bungkus parcels dan ship out pagi. InsyaAllah.


FAQ: Ada jual felt by meter?
A: Felt warna putih saja ada by meter. Lagi 32 warna, semua dah siap potong dari kilang saiz 29cm x 29cm. ✨

Saturday 27 January 2024

Kotak Keriangan

Alhamdulillah. Happy sungguh rasanya bila nampak familiar name muncul di kedai oren kami. Terus kita pack masuk kotak.✨ Terima kasih berurusan dengan kami. 🥰

Tuesday 9 January 2024

Kotak Resin Pertama 2024


Barang dagangan 1.0 untuk 2024 dah sampai setelah sepurnama menanti. Alhamdulillah.

InsyaAllah minggu depan ada barang dagangan 2.0 pulak. Ada item baru. Ada kain felt untuk restock.

Asalnya dah memang tak nak langsung restock flatback resin. Banyak kali jugak sebut. Nak sign out terus dan buat hand embroidery saja.

Bila dah muhasabah setahun ni (dan dinasihati Encik Suami), rasa tak boleh ambil order sangat pun walaupun boleh tahan masyuk dan berbaloi-baloi buat embroidery.

Sedar diri tak berapa fit dan menghampiri 40-an ni kan, ehem. Maka kita go back dengan ready stock items semula nampaknya.

Ditambah dengan terinspirasi dengan kawan-kawan crafters yang ramai kembali nak kayuh balik. Kita sesama kongsi semangat depa lah. Ramai-ramai baru meriah.

Hari ni seharian sejuk dan gloomy. Harapnya esok hari cerah. InsyaAllah kita ambil gambar satu-persatu na. 🥰

Monday 1 January 2024

Amal Creative 2024

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillah sudah masuk 13 tahun usia Amal Creative. MasyaAllah tabarakallah. Tiada daya dan upaya melainkan semuanya daripada Allah.

Dua kapal sedang membawa barang dagangan kami untuk tahun 2024. InsyaAllah akan berlabuh minggu ini dan akan selamat tiba di rumah; paling awal mungkin minggu kedua Januari.

Kapal 1: Flatback resin

Kapal 2: Kain-kain polyester felt

Selain dua item yang saya tulis di atas, insyaAllah ada item kraf lain bakal menyusul. Kesan terpengaruh dan terinspirasi dengan rakan-rakan crafters yang saling menyokong dan mendokong.

Nantikan update seterusnya apabila barang selamat tiba. Sekarang saya masih sedang berfikir, mahu berlari di platform apa 2024 ini: Instagram atau TikTok? ✨