Tuesday 13 December 2022

Amal Sulam: Tree Embroidery


Setiap kali mata memandang pokok-pokok hijau di sekeliling rumah, apa yang terlintas di fikiran anda? Apa yang anda rasa di dalam hati? 🙂



Subhanallah. Sungguh pokok-pokok yang tumbuh di bumi ni, semuanya kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada manusia.

Sangat berbeza antara kawasan yang banyak pokok dengan kawasan tanpa pokok. Kita lebih selesa dan rasa segar di kawasan yang dikelilingi pokok.


Memperkenalkan projek sulam terkini saya; pokok dengan dedaun hijau yang sangat merimbun.

Bahagian daun, saya gunakan sepenuhnya jahitan French knot. Benang six strands dan dua kali simpul untuk dapat kesan lebih menonjol.


Boleh kenalpasti berapa jenis hijau yang saya gunakan untuk daun pokok ni? 💚🥰

Friday 2 December 2022

Tukar Suasana Ke IG


Sebulan tak dok Fb, saya pi dok di IG. Kawan-kawan di IG tu, depa tak tau lagi saya ni tua banyak tahun daripada depa. So sembang cara student U atau sembang cara mak muda. Auto feeling younger. 🤭

Yang student U tu, rasa seronok tengok depa. Di celah-celah sibuk kuliah dan assignment, boleh pulak peruntukkan masa untuk menyulam di hujung minggu. Buat side income. Buka kelas pun ada. Rajin! Tahu nak isi masa buat perkara berfaedah. 👍🏼

Thursday 1 December 2022

Preorder Polyester Felt By Roll Dec 2022


Assalamualaikum semua.

Kami buka preorder untuk kain felt 1mm by roll. Hari ni hingga lusa jam 9 malam. Ada 33 warna pilihan. Nak preorder kain felt 2mm pun boleh. Cuma warna terhad tak sebanyak felt 1mm. Hitam putih ada.

Boleh WA kami ya.
0 1 0 9 0 3 4 5 6 0

Friday 4 November 2022

Item Baru November 2022


InsyaAllah November ini Amal Creative akan bawa masuk tiga item baru dan restock satu item yang selalu menjadi keperluan ramai.

Boleh teka apa dia? :)
Tengok gambar pun dah tahu kan.

Tuesday 1 November 2022

Amal Sulam



Instagram account untuk hobi baru; hand embroidery. Mula buat bulan lepas. Alhamdulillah untuk pengalaman, persekitaran dan rakan-rakan baru. 🙂

Banyak gambar daripada reel. Tulis caption pula adakala macam tulis entri blog. Berjela dan separa skema. 🤭

Nak sama-sama belajar hand embroidery, boleh follow Instagram @amalsulam. Saya tulis caption 90% guna Bahasa Melayu. 🥰

Sunday 30 October 2022

Hadiah Sulam Untuk Mama Babah


MasyaAllah tabarakallah. Masih dengan bunga ros ya rakan-rakan sekalian. Masih belum boleh move on buat bunga lain. 😅 

Sulam nama insan-insan paling penting dalam hidup. Projek cuti sekolah baru-baru ni sempena pulang ke kampung. Alhamdulillah untuk enam hari yang diizinkanNya. 🥰

Untuk initial letters, kali ni saya guna benang six strands. Hasilnya lebih saya suka berbanding kerja sulam awal bulan lalu.

Untuk nama, awalnya saya cuba jahitan stem stitch. Tapi saya tak puas hati dengan hasilnya. Saya tukar guna backstitch dengan benang three strands.

Ok, saya ada soalan. Bunga ros tu, siapa perasan saya guna dua warna benang berbeza? Ke nampak sama saja? :) 

Tuesday 18 October 2022

Anis And Her Cat

Macam berlumba-lumba pula Kakak dengan Mama dia nak cuba buat projek sulam baru. Setakat ni memang projek Kakak tu yang lebih banyak.

Kakak suka haiwan. Jadi tak pelik pun bila objek lukisan Kakak more to cute animals. Paling disayangnya, kucing. :) 

Monday 17 October 2022

Amal Sulam


Alhamdulillah. MasyaAllah tabaarakallah. Allah izin saya bina satu Instagram khas untuk memuatkan proses dan hasil kerja tangan sulaman benang. Akaun ini baru lagi. Baru berusia 13 hari. :)

Jemput follow sekiranya anda juga berminat dengan seni sulaman benang. Saya tulis caption 90% menggunakan Bahasa Melayu. 

Friday 14 October 2022

Penanda Buku Felt Bersulam


Penanda buku bersulam bunga ros putih. Sebagai peneman membaca buku yang bertema wanita dalam al-Quran.

Sedikit pengalaman sewaktu saya menyulam di atas kain polyester felt 1mm:

💌 Saya rasa bila guna felt, lebih sesuai guna maksimum empat helai (strands) benang.

💌 Jika guna five or six strands, kepala jarum yang digunakan tu besar. Mengakibatkan jarum dan benang susah nak menembusi kain.

💌 Rasa nak menangis tarik kepala jarum untuk buat lazy daisy stitch (bunga kecil warna krim di bawah ros putih). Sebab saya guna six strands.

💌 French knot (yang macam dot dot tu), saya guna five strands. Pun rasa nak menangis. Haha.

Next project, insya-Allah saya nak cuba sulam bunga guna satin stitch with one/two strands. :)

Wednesday 12 October 2022

Hijau Kuning

Eksperimen dengan warna-warna pastel. Tengok hijau kuning, automatik terkenang kampung halaman. :)🌾🌾🌾

Monday 10 October 2022

Sulam Tangan: Ladybird Comel

MasyaAllah tabaarakallah. Hujung minggu yang panjang. Alhamdulillah dapatlah Kakak siapkan projek sulamnya yang tertangguh. Ada sikit Mama tunjuk cara, kemudian Kakak sambung habiskan. Kakak cakap dia suka buat French knot! :) 

Friday 7 October 2022

Bekas Simpanan Lebihan Benang

Waktu saya menjahit felt craft dulu, saya terus buang sisa benang berlebihan selepas selesai menjahit. Tak pernah pun kumpul apatah lagi simpan.

Bila dah scroll banyak IG embroidery, baru nampak best dan menarik ya simpan lebihan benang dalam satu balang khas. Terus teringin nak ada satu juga! 😆

Awalnya saya terbayangkan spice jar kecil di rak dapur. Bila fikir balik, botol kaca tak sesuai untuk situasi saya yang dikelilingi kanak-kanak aktif. Bekas plastik lebih sesuai.

Ini adalah gambar bekas asal yang saya basuh, cabut sticker dan guna semula. Tak habis pun guna isinya untuk projek homemade playdough anak-anak. Sedar-sedar dah tahun 2022. :D

Thursday 6 October 2022

Projek Sulam Pertama Kakak


Semalam balik daripada sekolah, dengan semangatnya terus saja Kakak cakap, "Mama, hari ni Kakak nak jahit macam Mama. Takda kerja sekolah."

So yeah, ladybird comel ni projek Kakak. Mama tolong betulkan ketegangan kain di hoop saja. Steps lain, Kakak buat sendiri.

Children see, children do.

Saya pun seorang anak yang membesar dengan melihat ibunya mengusung benang DMC ke sana ke mari. :)

Wednesday 5 October 2022

Kain Untuk Projek Sulam Tangan

Awal-awal saya belajar menyulam, saya gunakan kain belacu (calico). Kakak di Karysma yang cadangkan dan saya ada baca memang kebiasaannya nilah dia jenis kain sesuai untuk sulaman.

Bila sendiri cuba buat back stitch, saya jadi tak puas hati pula tengok lubang di kain yang agak obvious di mata saya di sepanjang jahitan. Bila cuba buat fishbone stitch, lagilah tak senang duduk.

Jadi selepas tu, saya terus tukar kepada Japanese cotton. Kenapa Japanese cotton? Saya baca tips and tricks di IG @benangbynini. Terima kasih, Nini! Saya suka dan alhamdulillah sangat serasi dengan tekstur kain ni.

Kain belacu yang ada (saya beli 1m haha), saya jadikannya lapisan di belakang Japanese cotton. Boleh lihat pada gambar. Kombinasi dua kain ni bagi saya, alhamdulillah sedap dan kemas untuk kerja menyulam. :)

Tuesday 4 October 2022

Jenis Jahitan Asas Sulaman


Ada tujuh jenis jahitan asas sulaman yang berbaloi untuk dipelajari di peringkat mula. Saya kekalkan istilahnya in English supaya mudah untuk buat carian tutorial di Youtube.

1) Back stitch
2) Stem stitch
3) Lazy daisy stitch
4) French knot
5) Fly stitch
6) Fishbone stitch
7) Woven wheel stitch

Saya tulis sebagai rekod simpanan sendiri. Atau boleh juga dimanfaatkan untuk beginner macam saya. :)

Monday 3 October 2022

Floral Letter Embroidery

Karya sulam tangan pertama.
Yang siap sepenuhnya.

Siang: Design dan tekap di kain.
Malam: Jahit sampai habis.







Masya-Allah tabarakallah. Allah izin siap.

Karya pertama; yang daripadanya saya dapat belajar banyak perkara. Saya percaya bila istiqamah berlatih, insyaAllah sebarang kerja pun akan bertambah lebih baik. Sama juga halnya dengan menyulam.

Sedikit cerita buat kenangan sendiri:

Buat kerja sampai lewat malam. Menonong rempit menjahit. Tak perasan ada benang terbabas. Mama nak tetas benang di lekuk huruf tu. Kakak Insyirah tak bagi.

Kakak cakap,

"Takpa Mama. Tak payah tetas. Ni namanya proses Mama tengah belajar. Biar je. Nanti Mama buat yang baru. Yang ni Kakak nak. Mama bagi Kakak. Kakak suka sebab cantik sangat."

Subhanallah. Begitulah Allah menghantar anak 9 tahun 'mendidik' dan 'menenangkan' seorang mama yang bergelut dengan sisi gelap perfectionism.

Terima kasih Kakak. Kakak ingatkan Mama apa yang pernah Mama sendiri cakap pada Kakak. Kakak sedarkan Mama. Orang dewasa ni ada masa dia lupa nak walk the talk.🌹

Wednesday 21 September 2022

Random Biz Thought

Guna mana-mana e-commerce platform pun, mesti ada fee. Banyak atau sikit. Cepat atau lambat saja. Kita ni tumpang guna kemudahan dia. Ada limitasi untuk hal tertentu walau kita tak setuju.

Yang penting, kita letak harga yang memang dah ambil kira kos terlibat sejak awal-awal lagi. Tak tahu it's ok. Benda boleh belajar. Dalam hidup memang fitrah adanya proses dan kita perlu terus belajar tanpa henti.

Untuk saya cuba survive perniaagan sendiri biiznillah, saya fikir ada dua pilihan. Naikkan harga atau kecil/kurangkan saiz produk/pakej. Saya apply both cara; tapi untuk produk berbeza. Ikut kesesuaian dan keuntungan yang bakal dapat.

In case tak boleh juga, tarik diri daripada platform. Jual macam biasa melalui Whatsapp contohnya. Saya tak boleh sangat buat cara ni. Lebih suka bertahan di platform sama buat masa sekarang selagi ada untung sikit dan tak jejas tugas utama sebagai isteri dan ibu. Saya memang tak boleh kompromi tugas penting ni demi nak kembangkan bisnes.

Satu lagi terfikir, siapa yang main game pancung harga di e-commerce platform untuk tarik customers dan benamkan pesaing, lambat laun diri sendiri yang terjerat. Platform tetap dapat untung yang dia nak. Kita tu lah.. 😶 Putih mata.

Monday 12 September 2022

Update: Flatback Resin Comel Sept 2022





Alhamdulillah saya sudah siap kemaskini stok flatback resin comel-comel di Shopee sejak Jumaat lepas. Baru berkesempatan nak umumkan di sini. Ada yang 10 pcs, ada yang 20 pcs per pack. Harga lebih tepat dan saiznya boleh rujuk terus di Shopee ya.

Pembelian pantas melalui Shopee.
Boleh teruk klik link ini: shp.ee/8cwxnkt

Kalau bukan melalui Shopee (nak whatsapp 0109034560), saya hanya pos Sabtu dan Ahad. Weekdays saya cuma drop barang di kaunter, saya tak boleh tunggu beratur lama-lama. Itupun mohon check stock availability di Shopee. Saya tak update stok di whatsapp. Banyak sangat bendanya.

Untuk lihat lebih lagi stok flatback resin comel-comel yang kami ada, jemput terus ke Shopee kami ya. Link seperti saya kongsi di atas. :)

Sunday 11 September 2022

Benang DMC Tok

Dua minggu lepas, Tok depa turun mai Bangi. Antara barang yang Tok depa bawak mai adalah.. Secekak benang DMC zaman 90-an. Masya-Allah!




Tiga bulan lepas memang saya ada habaq kat Tok depa,

"Along pikiaq nak meniaga benda lain pulak Ma. Nak amik order jahit semula. Buat sulam tangan. Ambil order cukup-cukup buat lepas yuran sekolah anak-anak jadi lah. Ma rasa ok ka?"

Tok depa macam besa; diam ja. Memang selalunya serahkan kat anak untuk fikir timbangkan sendiri. Saya pun terus mengambil kaedah "As-sukut 'alaamatur-ridhoo" atau maksudnya diam tanda setuju.

Tup tup mai sini, nahhhhh amik segala benang DMC yang masih ada tersimpan. Alhamdulillah syukur sangat. Maksudnya betuilah tu Tok depa setuju dan sokong.

Benang DMC bukan murah. Saya baru tau. Memang beza banyak dengan zaman Tok depa beli dulu. Untuk permulaan, saya pun beli 10 saja sebab terkejut tengok harga. Benang elok lagi berkualiti. Lagu tu lah. Tak ada yang pelik pun sebenarnya, ditambah dengan kenaikan kos segala benda pun.

Tu saja lah ceritanya. Tak tau nak end post tulis ayat apa. Stuck tetiba. Ahaha.

Thursday 8 September 2022

Personal Branding?


Saya sebetulnya dah lama tak larat nak main game personal branding di Fb untuk attract potential buyers ka apa ka. Serius.. 😂 Motif bila letak gambar di Facebook? Nak habaq kedai online di Shopee tu, subhanallah, Allah masih izin dia (dan tuan dia yang emm..) beroperasi. 😁

Kami bukan jual kain felt saja. Kat sana ada jugak butang-butang dan resin comel. Nak tengok, boleh klik link ni ya: https://shp.ee/8cwxnkt

Terima kasih.

(Cerita pun caca-marba. Adakala saya copy and paste saja cerita di Facebook masuk ke blog huhu. Asalkan ada catatan gitu.)

Wednesday 7 September 2022

Kira Stok Resin


Pekerjaan sejak semalam. Alhamdulillah Allah izin tangan, badan, kaki semua ni bangun bergerak. Kemaskini stok flatback resin kesayangan untuk heee akhirnya nak jual di Shopee.

Sayang tu, ermmm sebab dia comel sampai berat hati nak jual lantas peramkannya selama yang mahu. Apooo lah! 😂 Konflik seorang crafter. Begitulah. Dan saya tau bukan saya ja perangai macam ni. Kiki..

Cuaca di Bangi sekarang masya-Allah. Sejuk-sejuk syahdu. Suka betul buat kerja bila suhu sejuk sikit. Semangat lain macam. Kalau tak ada kerja, saya suka ambil buku serius lagi berat kandungannya. Baca sambil minum hot chocolate. Ya team cekelat (atau teh), bukan team kopi. 😁

Sekian.

Gigih mengarang demi sebuah konten untuk memastikan kawan-kawan crafters, pembaca blog dan sesiapa yang nanti nak buat kraf dengan anak-anak, tahu saya masih aktif menjual material kraf di Shopee sana. 😅

Sunday 14 August 2022

Patung Permainan Ummuna Saidatina Aisyah RA

Assalamualaikum. Suka saya nak kongsi hadis sahih berikut yang saya fikir sangat menarik dan perlu kita sebagai ibu, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai anak-anak perempuan, untuk sama-sama kita tahu. Kita baca sama-sama ya. :)

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Auf berkata, telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Abi Maryam, ia berkata, telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Ayyub, ia berkata, telah menceritakan kepadaku Umarah bin Ghaziyah, bahwa Muhammad bin Ibrahim menceritakan kepadanya dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman dari 'Aisyah radhiallahu'anha, ia berkata,
 
"Tibalah Rasulullah ﷺ dari perang Tabuk atau Khaibar, sementara di kamar 'Aisyah terdapat rak yang tertutup dengan sebuah kain. Ketika ada angin yang berembus, tersingkaplah penutup itu sehingga boneka-boneka milik 'Aisyah pun terlihat.

Lalu beliau bertanya, "Wahai 'Aisyah, apa ini?"
'Aisyah menjawab, "Boneka-boneka milikku."

Beliau juga melihat di antara boneka-boneka tersebut ada boneka kuda yang memiliki dua sayap dari kain perca. Lantas beliau bertanya, "Lalu apakah yang kulihat di tengah-tengah boneka ini?" 
Jawabnya, "Boneka kuda."

Beliau bertanya lagi, "Lalu apa itu yang ada di atasnya?"
'Aisyah menjawab, "Dua sayap."

Beliau bertanya lagi, "Apakah ada kuda yang memiliki dua sayap?"
'Aisyah menjawab, "Tidakkah engkau pernah mendengar bahwa Nabi Sulaiman memiliki kuda yang banyak sayapnya?"

'Aisyah melanjutkan, "Beliau lantas tertawa hingga dapat kulihat gigi gerahamnya."


Jadi bila ditanya:

Bolehkah kanak-kanak memiliki patung permainan?
Ya, hukumnya harus berdasarkan penilaian hadis di atas.

Untuk perbincangan lanjut dan yang lebih mendalam, boleh rujuk penerangan ulama yang semestinya yang lebih pakar dan alim dalam bidang hukum. Saya kepilkan link di bawah:


Wallahua'lam.

Thursday 21 July 2022

Kain Felt Keras Berkualiti


Kain felt keras yang berkualiti.
Ketebalan 1mm saiz 30cm x 30cm.

Ada 34 pilihan warna menarik.
Atau dapatkan terus satu set yang mengandung kesemua warna.
Sangat sesuai untuk kerja-kerja kraf tangan felt atau projek kraf kreatif bersama anak-anak.

Terus ke Shopee kami
untuk pembelian pantas: 😃


Ada diskaun 10% untuk masa terhad.

Perlukan kain felt putih bersaiz besar (per meter)? Pun kami ada.

Saturday 9 July 2022

Kain Felt Per Meter

Alhamdulillah semua kain felt sudah sampai pagi tadi. Ada satu felt gulung daripada jenis felt 1mm. Satu untuk saya. Satu lagi untuk adik crafter yang comel. Terus saja pos hari ini. Terima kasih sudi joined preorder felt dengan Amal Creative. 🥰

Disebabkan pertama kali nak pos felt gulung, blur sekejap nak pos macam mana. Plastik paling besar yang ada di rumah, warna turquoise. Fikir-fikir, boleh lah agaknya. 😅 Alhamdulillah syukur dia muat elok baring melintang dalam kuda putih saya.

Sampai di J&T, staf di sana tanya. "Apa tu?" Soalan biasa. Soalan seterusnya, "Nak wrap lagi sekali tak?" Ok, terus faham. Saya bungkus tak ikut spesikifasi. 

Jadi terus ambil plastik hitam tepi meja. Balut sekali lagi keliling bungkusan kain. Alhamdulillah Encik H ada. Beliau tolong buatkan. Tak lah saya kalut terkial-kial.

Ini antara perkara yang saya suka dengan J&T. In case cara pembungkusan kita tak ikut spec, mereka akan tawarkan untuk tolong bungkus atau kita boleh guna kemudahan mereka untuk bungkus elok-elok secara percuma. Tiada caj tambahan.

InsyaAllah esok kami raya di Bangi. Siapa datang masjid Al-Hasanah, kalau nampak saya, tegurlah ya. Saya agak lambat cam orang sebab sejenis tak tengok orang pun ya. 😅

Selamat Hari Raya Aidil Adha!