Tuesday 21 January 2020

Isian Batu Seremban


Pekerjaan hari ni. Sambung isi batu sungai kecil dalam kantung batu seremban. Batu tu beli di Shopee. Murah saja harganya. Saya beli 1 kg. Habis isi batu, jahit penutup.

Buat sesambil teman anak-anak bergusti dan main bola. Ahaha. Mama tak kuasa lah nak masuk campur permainan lelaki ni. Mama dok tepi, memantau saja. Asal bukan bahaya, boleh mencederakan fizikal atau emosi, hampa main pi lah tungging terbalik kot mana pun.

Lagi satu syarat, jangan langgar perabot atau rak barang office Mama. :D

Sunday 19 January 2020

Me Time Dengan Menjahit

Biasanya me time hujung minggu, saya minta izin daripada Encik Suami nak tidur 3-4 jam tanpa gangguan anak-anak. Dah kenapa kena minta? Tidur saja lah kan? Haha. Itu minta tanda hormat dan maklumkan. Supaya beliau lebih aware. Dengan lelaki, memang kita perlu cakap terus terang.

Jadi hari ni saya minta lain sikit. Minta beri saya ruang untuk mantopkan kemahiran menggunakan mesin jahit. Maksudnya nanti bila anak berempat nak apa-apa, mohon semua rujuk Walidnya. Jangan panggil Mama. Gitu. Hee..


Siap. Allah izin dapat hasil jahitan banyak ni. Alhamdulillah. Bahagia rasa.

Dari lepas Zohor hingga Maghrib. MasyaAllah memang sungguh tak sangka dapat siap banyak macam ni. Ok what, for beginner level. Rasa lebih yakin nak kendalikan mesin walaupun nervous masih bersisa. 😅

Masuk Isyak, terus rasa rindu anak-anak. 'Bateri' Mama dah fully recharged. Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus soolihaat. Mama dah bersedia untuk minggu baru.

Bekerja dan berniaga sendiri di rumah. Ini antara kisahnya.

Mesin Jahit Dan Saya

Antara perkara yang menakutkan: Mengendalikan mesin jahit.

Saya jarang guna. Sebab tu lah tu. Takut. Takut paling besar adalah takut tak boleh nak urus perasaan yang nak sempurna segala.

Nak tak nak, mesti selalu praktis terima dan berlapang dada terima apa saja hasil yang terjadi.


Bertenang Amal. Bertenang.

Ini semua proses. Setakat sekali dua menjahit guna mesin dalam setahun, mana mungkin nak dapat jahitan kemas. Nak tunggu sempurna, mungkin kena tunggu 10 tahun lagi baru hang punya set batu seremban tu siap, Amal..

Dah lah standard piawaian 'sempurna' kita tu terlalu tinggi. Jenuh.

Friday 17 January 2020

Kraf Kreatif Daripada Plat Kayu


Ini namanya menjadikan minat dan hobi sebagai sumber pendapatan. Jadikan sebagai terapi pun iya juga. 😍 Jom jom jommm sesama pakat cuba buat! 😊 Semua bahan ada di kedai Shopee Amal Creative.

MasyaAllah, seriously saya berkenan tengok gambar ni. Adakah disebabkan ada nama sendiri? Haha.

Wednesday 15 January 2020

Lain Ditempah, Lain Diterima



Emm huhu. Nak nangis lah pulak rasa.
😥😥😥

Order warna lain. Sampai warna lain. Tak sama macam batch pertama dulu.

Warna purple dan pink terang tak ada. Warna biru dan kuning jadi soft pastel. Tak terang macam sebelum ni. Ya ya, cantik juga kombinasi warnanya. Cuma kesal dan geram bila tak dapat seperti apa yang kita order. Bila timbang, pun tak cukup 6g.

Ambil iktibar dan pesan pada diri sendiri. Bila berniaga mesti jujur dan patuh pada janji. Jangan zalim pada pelanggan. Hmm satu lagi risiko bila order dari pembekal yang jauh, beginilah. Be prepared.

Friday 3 January 2020

Rainbow Alphabet Beads


Amacam? MasyaAllah, cantik sangat kan. First batch bawa masuk sikit saja. Sendiri tak sempat guna rainbow beads ni. Dah habis licin dan tak cukup pun. 😅 Saya sedang menunggu batch kedua untuk sampai.