Thursday 30 June 2011

Keychain Nama Felt




Selain tempah phone case, kawan-kawan adik di Melaka juga order keychain nama. Ada yang nak initial saja, ada yang nak susunan nama. Kita ikut saja. :) Terima kasih semua yang sudi order.

Felt Phone Casing: MICET Student - Melaka



Ni lah dia adik-adik yang menyebabkan saya cuba usaha jahit phone casing. :D Ada tempahan daripada kawan-kawan adik yang belajar di Melaka. Being me, saya suka minimalist design. Tak suka yang crowded sangat. So bila pelanggan bagi tema, saya cuba harmonikan ikut permintaan pelanggan.

Terima kasih adik-adik yang sudi tempah. Harapnya berpuas hati dan suka. :)

Wednesday 29 June 2011

Felt Phone Casing: First Attempt


Bismillah. Cubaan pertama saya jahit felt phone casing. Haruslah jahit untuk phone sendiri kan. Warna pun haruslah warna kegemaran. Pink and purple! :) So, amacam? Bolehlah kan untuk cubaan pertama. Ukur ikut logik. Ukur dulu saiz phone, kemudian lebihkan 1cm untuk kiri kanan supaya phone muat masuk dalam casing. Cuba jahit ni pun sebab ada permintaan.

Felt Pendrive Case

 



Felt Fruit Fridge Magnet

 




Assalamualaikum. Kembali bersiaran selepas habis berpantang. Alhamdulillah baby pun dah nak masuk dua bulan. So yeah, kita cuba jahit something yang comel untuk hias dapur. :)

Hiasan magnet untuk peti sejuk bertemakan buah-buahan. Ada tembikai, epal, oren dan kiwi. Tiga buah import dan satu buah tempatan. Pemilihan buah berdasarkan yang mana mudah untuk dijahit. :D

Kesemuanya saya jahit menggunakan kain polyester felt. Mudah gunting dan mudah jahit. Biji untuk buah kiwi, saya gunakan manik hitam. Di belakang buah-buahan ini ada saya gamkan magnet bulat sebesar 2 cm. Gam menggunakan gam tembak.

Antara design kraf felt yang saya paling suka nak jahit. :)