Tuesday 27 December 2016

Sayonara 2016

Bismillaahirrohmaanirrohiim.

Tersenyum sendiri melihat kembali blog ini.

Hampir setahun lamanya dibiar sepi. 2016 dimulakan dengan hanya beberapa entri. Penutup 2016 diakhiri dengan satu entri. :D

Amal Creative dan saya sebenarnya kekal aktif beroperasi. Tetapi saya lebih banyak meluangkan masa di akaun Facebook bisnes. Belajar bagaimana membina personal branding. Juga belajar zero cost marketing dengan strategi online positioning.

Selain itu, saya banyak membaca nota-nota bisnes percuma di Facebook.

Alhamdulillah memang seronok belajar sesuatu yang baru. Selepas belajar, paling penting adalah tindakan kita sendiri. Sama ada mahu mengaplikasikannya ke dunia bisnes atau biarkan saja tanpa bertindak.

Untuk 2017 nanti, insyaAllah saya mesti pastikan saya kembali menulis di blog.

Blog ini secara rasminya akan digunakan untuk berkongsi inspirasi-inspirasi mama bekerja dari rumah. Lebih banyak pengalaman dan tips berguna akan dikongsi.

Nota-nota panduan asas kraf felt pula saya pindahkan ke blog baru amalcreative.com :) Jumpa di sana juga ya. Saya tidak sabar mahu berkongsi lebih banyak tutorial mudah dan ringkas. 

Akhir kata, saya berdoa agar tahun baru 2017 nanti bakal membawa perubahan yang lebih positif untuk saya dan anda semua yang membaca blog ini. InsyaAllah.

Selamat tahun baru 2017! ;)

Monday 19 December 2016

Keychain Nama Untuk Beg Sekolah

Keychain beg sekolah anak-anak. Warna-warni. Sesuai untuk anak peringkat tadika atau sekolah rendah.


Kali ni saya jahit guna pvc sebagai tapak. Semestinya tak akan berbulu bila dah guna dalam tempoh jangka masa panjang. Di tengahnya saya letak lapisan kadbod supaya keychain ni keras. Guna benang biasa yang 60 sen tu. Buttons semua dari Amal Creative.

Tutorial langkah demi langkah untuk buat keychain nama akan menyusul.

Saturday 6 February 2016

Kain Felt Keras (Polyester Felt)

Pening nak pilih warna apa untuk projek kraf felt?
Kami dah tolong pilihkan the best 33 colours.

Polyester felt 1.4mm yang berkualiti tinggi.



#amalcreative #polyesterfelt #feltkeras

Rak Benang (Spool Thread Organizer)

Susun benang lebih kemas.

Gunakan THREAD STAND.
RM22.00 per unit.


HEMLINE 32 Spool Thread Organizer Stand can hold up to 32 spools of threads. It helps keep your sewing threads tidy and organized. Holds medium (1000 meter) and small (250m) spool of threads. Self standing on its own.

Bekas menyusun benang ini boleh menyimpan sehingga 32 biji benang. Boleh digunakan untuk menyusun benang sederhana besar (1000m) dan benang kecil (250m).

Tuesday 26 January 2016

Kain Felt Keras Atau Polyester Felt

Pening nak pilih warna apa untuk projek kraf felt?


Kami dah tolong pilihkan the best 33 colours.
Polyester felt 1.4mm yang berkualiti tinggi.
Amal Creative
Whatsapp 010 903 4560

Tuesday 19 January 2016

Mixed Craft Buttons

Kami di Amal Creative sentiasa mendengar 
dan cuba memahami kehendak pelanggan.
Semalam ada customer minta kami buat mixed buttons pack. 
Hari ni pun ada juga customer request benda yang sama.

Berita baik petang ni!


Kami baruuuu selesai sorting out mixed buttons untuk anda. 
Nak ambil gambar sebentar ya. 
Lepas tu kami upload gambarnya okeh!
:)

‪#‎amalcreative‬ ‪#‎craftbuttons‬

Amal Creative

Monday 4 January 2016

Preorder Alphabet Buttons


PREORDER 

500g = Approx. 1000pcs
Normal price RM130.00/500g
*You save RM30.00* 
.
ETA Friday 15/1/2016.
Last payment on Wednesday 13/1/2016.
.
Whatsapp 019 211 1934 to order.
Or email noramalina.rohaizad@gmail.com

Saturday 2 January 2016

Selamat Datang 2016 Yang Produktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah sudah berada di tahun baru 2016.

Kami doakan tahun ini adalah tahun produktif buat kita semua dalam setiap apa yang kita lakukan.
Terima kasih kerana setia mengikuti perkembangan Amal Creative dari 2010 hingga kini. Terima kasih juga untuk sokongan dan cadangan membina dari semua pelanggan kami.

InsyaAllah tahun ini kami bakal kembali aktif menawarkan material kraf bermutu buat peminat-peminat kraftangan felt khususnya. Juga kami sedang mengatur pelan untuk kembali menganjurkan bengkel.

Teruskan bersama kami di Amal Creative.

Kami mahu berikan servis terbaik buat anda pelanggan-pelanggan yang kami hormati lagi kasihi.

Salam sayang,
Amal.