Wednesday 8 December 2021

Polyester Fiber Fill

Selalu sangat dapat soalan: Amal ada jual polyester fiber fill? Yang untuk isi dalam keychain atau stuffed toys tu.

Sekarang boleh jawab: Alhamdulillah adaaa. :)




Sengaja buat pek kecil. 10g sahaja. Memang tujuan untuk orang yang hanya perlukan pek kecil. Saya lebih suka orang berbelanja mengikut keperluan masing-masing.

Harap sangat deskripsi produk di Shopee bukan dibaca sebagai 1kg atau 100g. Saya sudah tulis siap-siap untuk makluman pelanggan.

10g cukup untuk berapa keychain? Cukup untuk dua ketul keychain. Yang buat keychain besar, cukup untuk satu saja. Boleh dapatkan di Shopee kami ya.

InsyaAllah akan datang, kami akan bawakan pek lebih besar. Sesuai untuk kegunaan peniaga-peniaga kraf.


"Terima kasih Kakak Insyirah, tolong Mama masukkan fiber dalam plastik kemudian timbang satu persatu. Sangat membantu Mama. Dapat siap cepat. Dapat siap banyak. Alhamdulillah." ;)

No comments: