Saturday 11 October 2014

Tutorial Rantai Kunci Huruf (Keychain)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. 

Apakah aktiviti kalian semua bersama seisi keluarga? Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi tutorial mudah yang boleh dilakukan bersama anak-anak seawal usia 7 tahun.


Bahan-bahan yang diperlukan: 

Kain felt keras pelbagai warna, pen penanda, gunting, gam, benang, jarum. mounting board, reben dan rantai kunci.

Cara-cara:

1. Potong kain felt berbentuk bulat sebanyak 2 keping dengan diameter 6 cm. Potong lagi sekeping kain felt berlainan warna dengan diameter 5 cm.

2. Lukis pola 1 huruf yang dimahukan, misalnya huruf I, A, M atau apa-apa saja huruf. Kemudian gunting mengikut huruf.

3. Ambil mounting board, lukiskan bulatan dengan diameter 5 cm dan guntingkannya. Pastikan gunting yang digunakan adalah bersesuaian dengan kepingan mounting board yang agak keras dan sederhana tebal.

4. Potong reben sepanjang 5 cm kemudian lipat dua dan gamkan pada penjuru sekeping kain berdiameter 6 cm. Gamkan pula mounting board berbentuk bulat tadi di atas kain yang sama. Ketepikan dahulu kain ini. 

5. Sementara itu di atas kepingan kain berdiamater 5 cm, jahitkan potongan huruf yang dipilih di atasnya. Jenis jahitan boleh dipilih sama ada ingin menggunakan jahitan kia, sembat atau jelujur halus.

6. Setelah selesai jahitan huruf, jahitkan pula kain berdiameter 5 cm itu di atas kain berdiameter 6 cm yang lain.

7. Susun kain yang selesai dijahit huruf ke atas kain yang sudah ditampalkan reben dan mounting board sebelum ini. Cantumkan kedua-dua kepingan kain dengan menggunakan jahitan insang pari sebagai kemasan di sekeliling kain.

8. Akhir sekali, pasangkan rantai kunci dan anda boleh hiaskan huruf dengan menggunakan hiasan butang. Selamat mencuba! :)

No comments: