Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan tutorial pertama, langkah-langkah menghasilkan sejenis keronsang bunga dari kain felt. Amat mudah kerana tidak memerlukan sebarang teknik jahitan. Hanya gunting, gam dan gulung sahaja.
Bahan dan alatan yang diperlukan:
Kain felt akrilik (felt lembut) atau felt poliester (felt keras), pensel penanda, gunting, gam UHU, gam tembak, pembaris dan pin kerongsang bulat.
Langkah-langkah membuatnya:
1) Ukur satu jalur felt berukuran 3 inci x 12 inci.
2) Potongkannya.
3) Sapukan gam di sepanjang satu sisi jalur tadi. Lipat dua.
4) Guntingkan di sepanjang bahagian berlipat. Hati-hati, jangan sampai putus.
5) Jalur felt yang sudah siap digunting di bahagian berlipat.
7) Gunting felt untuk daunnya.
8) Gamkan daun di bahagian belakang bunga yang telah siap.
9) Gamkan pula keronsang bulat. Gam tembak lebih sesuai digunakan.
10) Kiri: Bunga dari felt akrilik. Kanan: Bunga dari felt poliester.
Perhatikan perbezaan pada kelopak bunga bila menggunakan felt lembut dan felt keras. Jika menggunakan felt lembut, bunga kelihatan lebih lembut terbentuk, gebu dan semulajadi melengkung. Berbanding bunga daripada felt keras, kelihatan agak kejung, kaku dan keras.
Secara peribadi, saya lebih gemarkan bunga daripada kain felt lembut.
Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment