Saturday, 14 October 2023

Lavender Bookmark

Pesan Buya Hamka, "Membaca buku-buku yang baik berarti memberi makanan rohani yang baik".

Buku Berteduh daripada Kegelisahan Hati karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi terbitan Iman Publication.







Jazakillahu khayran adik M atas sokongan dan kesudian menempah hand embroidered felt bookmark daripada kami. ✨🌼πŸ₯°

Wednesday, 11 October 2023

Hand Embroidered Keychain

Selain upload di Instagram @amalsulam, jom saya kongsikan di blog ni juga tentang projek sulam tangan terbaru saya. Alhamdulillah bulan lepas buat keychain. Cuma macam biasa, ceritanya datang minggu kemudian-kemudian.

Tajuknya: 'Hand Embroidered Keychain - Initial Name Design' :D

Awalnya saya buat ala-ala couple keychain. Untuk saya dan Encik Suami. Nak suwit-suwit, matchy-matchy ada sepasang pastel keychain dengan initial nama masing-masing.

Bila dah siap, semua anak cakap nak juga. Jadi saya tambah buat lagi empat ketul keychain untuk keadilan dan keharmonian dalam rumah haha. Ada tiga warna pastel dan tiga warna terang.



Memandangkan ni kali pertama saya cuba buat hand embroidered keychain sendiri, Alhamdulillah banyaklah perkara baru yang dapat explore dan belajar. Puas hati tu macam dapat buat eksperimen baru. Cuba itu ini. Tak jadi macam ni, cuba ubah macam tu. Dah dapat macam ni, cari apa lagi cara nak baiki. Begitulah kerja bila ex-reseacher beralih ke bidang seni. Cara kerja tetap kita kekalkan. :D


Contoh perkara yang dipelajari:

1) Cara paling efektif untuk tegangkan permukaan fabrik pada keychain.
2) Cara elak permukaan keychain jadi tenggelam ke belakang selepas keychain siap.
3) Cara pemilihan gabungan warna yang harmoni untuk menghias design.

InsyaAllah dari semasa ke semasa, saya cuba kongsikan lebih lanjut dan lebih banyak tentang perkara-perkara baru saya dapat di Instagram. Mungkin juga saya nak tulis di blog baru (yang dah lost count ke berapa) khas untuk sulam. 

Gambar keychain satu-persatu boleh lihat di Instagram @amalsulam.

Jemput follow okeh! Taip saja amalsulam. InsyaAllah jumpa. :)

Monday, 25 September 2023

Aktiviti Sulam Tangan Untuk Anak


MasyaAllah tabarakallah. Perfectly imperfect! πŸ₯° Ya ini anak bongsu saya. Lima tahun umurnya. Dan seperti yang dapat dilihat, anak saya ni lelaki. Walaupun perempuan yang lebih sinonim dengan dunia jarum dan benang, siapa kata lelaki tak boleh buat? Anak saya sendiri yang minta nak buat. Katanya, "Nak cuba buat macam Mama buat."

Children see, children do. Remember? Di rumah ni masyaAllah, semua anak lelaki kami sangat berminat nak cuba dengan apa-apa projek needleworks yang Mamanya cuba. Sebelum ni buat felt craft. Sekarang buat hand embroidery pula. Baarakallaahu fiikum.

Untuk meraikan dan menghargai semangat serta usaha anak Mama siapkan hoop ni, mestilah Mama nak simpan gambar kat blog dan akaun medsos buat kenangan. Bila nampak Mama share di Instagram, anak siap tanya, "Mama, ada orang nak order embroidery daripada Adik ke?" Ahaha. Anak Mama sangat ni.


Sulaman ni menggunakan back stitch kesemuanya; daripada bunga, batang hingga ke daun. Jenis jahitan macam ni insyaAllah paling mudah anak kecil nak faham teknik, cuba dan kuasai.

Kalau ada anak-anak di rumah tu yang nak join maknya menyulam, bolehlah bagi cuba dengan back stitch dulu. InsyaAllah amat mudah untuk dicuba dan dipraktikkan. πŸ™‚

*Ada permintaan daripada rakan untuk saya sediakan kit sulaman tangan untuk aktiviti kanak-kanak. Jadi macam mana? Perlu saya terima dan teruskan? Sangat menarik kan permintaan tu.