Monday, 29 September 2025

WIP: Keychain Nama


Beberapa minggu ni jadual harian berubah-ubah. Subhanallah.

Kadang rasa macam dah tak berapa busy, tetiba ada perkara menyelit masuk menjadikan hari bahkan minggu tu kembali busy. Kekadang ada di Bangi, kekadang melompat ke Utara. Takdan nak update.

In case kedai Shopee saya on vacation mode tu, hello hello saja di inbox. InsyaAllah saya akan inform bila kembali dibuka. Biasanya tak lama. Cuma waktu tu tak menentu.

Yang di gambar ni, our latest project. MasyaAllah tabarakallah. Sukar saya nak menolak bila ada tempahan benda yang saya memang suka dan happy nak buat. Nak order banyak-banyak pun takpa. InsyaAllah. Asalkan bagi tempoh masa yang sesuai. 🥰

Berminat nak tempah keychain nama? Boleh whatsapp kami 010 903 4560.

Monday, 8 September 2025

Kain Felt Comel


MasyaAllah tabarakallah.

Alhamdulillah hari ni campur weekend - mostly order kain felt kecuali satu yang nak sekali gam kraf kuat B7000 dan flatback resin. Terima kasih semua. ✨

Iklan: Siapa nak tempah keychain nama sebagai gifts akhir tahun untuk kawan-kawan kelas anak, mai mai wassap pm tepi. Dalam fasa rajin dan semangat nak terima order ni.

Nombor saya 010 903 4560. 🥰

Sunday, 7 September 2025

Gam B7000


Lama tak import masuk. InsyaAllah next week sampai lagi tiub 15ml dan 50ml. Sekarang ni ada beberapa tiub. Macam biasa, di Shopee kami https://s.shopee.com.my/2qKyp8nvlb

Thursday, 4 September 2025

Trauma?

Walaupun kita ada trauma dengan seller lain yang pernah aniaya kita, janganlah pula kita sangka seller lain juga begitu. Be kind. Be polite sewaktu bertanya soalan. Jangan cepat atau mudah sangka buruk kepada orang lain. Ada ramai seller yang berniaga dengan jujur, bertaqwa dan takut kepada Allah.

Andai kata seller terlewat sedikit membalas pertanyaan kita, ketahuilah bahawa sesungguhnya kerja online seller bukanlah menatap mobile phone 24 jam. Lambat respon bukan bermaksud seller tu scammer atau tak mahu pos barang.

*Uwaaa, sis seramlah dengan orang yang garang-garang tak tentu pasal ni.. 😭

Kain Felt Jual Kat Mana?


Set kain felt polyester 34 warna!

Dapatkan set ini di Shopee Amal Creative.

Set kain felt yang ini sesuai untuk buat projek sekolah anak-anak. Sekolah rendah boleh. Sekolah menengah pun boleh. Ada semua warna, lagi banyak idea boleh direalisasikan. :)

Wednesday, 3 September 2025

Tiny Fimo Slice Malaysia


Tiny fimo slice.
Comel kan namanya hee..

Ada baki 20 packs di Shopee Amal Creative.
Yang 10 packs ni sudah bertuan. Alhamdulillah.

Apa guna fimo ni? Kalau saya, gunanya untuk hiasan keychain. 
Letak di plat kayu atau pada huruf. Jadi penyeri gitu.

Boleh dapatkan tiny fimo comel ni di:

Tuesday, 2 September 2025

Tempahan Keychain Nama Comel





Terima kasih Puan X sudi beri kepercayaan untuk kami hasilkan keychain nama comel. :) Bagi sesiapa yang berminat untuk buat tempahan juga, boleh whatsapp kami di 010 903 4560.

Monday, 1 September 2025

Corner Trimmer

Takdak sapa tanya pun.
Tapi tetap nak habaq.


Ni alatnya saya guna untuk potong penjuru kad tu bagi bulat comel helok. Nama dia corner punch/corner trimmer/corner rounder/corner cutter or whatever you nak call it lah.

Yang pasti fungsi dia nak bulatkan penjuru kad tu. Selain nampak comel dan acah estetik haha, rasa selamat lah sikit handle card tu - tak tercucuk bucu tajam.

Kat Shopee ni ada dua jenis. Boleh pilih ikut bajet dan keperluan na. https://s.shopee.com.my/2LOVdY2l9d

Kalau nak cutter warna pink macam saya tu kat sini https://s.shopee.com.my/4VT0ESxpAb Warna cutter dia comel lagi.

*Kerja potong bucu ni saya bagi anak ja buat. Hee jimat masa Mama.

Wednesday, 7 May 2025

Keychain Nama Comel Borong




Tempahan bulan Januari lepas.
Daripada seorang guru buat anak-anak muridnya. 

Terima kasih banyak cikgu,
sudi tempah dengan kami.

✨🥰

Kami masih terima tempahan keychain nama comel. Boleh terus whatsapp kami 010 903 4560 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 5 May 2025

Kraf Felt Malaysia


Pengumuman!
Pengumuman!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada rakan-rakan crafters dan juga rakan-rakan yang berminat untuk menjadikan kraf tangan sebagai hobi baru, sudi-sudikanlah turut serta dalam group Kraf Felt Malaysia.

Kita akan sama-sama cuba pelbagaikan produk/item yang menggunakan kain felt sebagai material asas. Bagi yang belum mempunyai asas jahitan tangan, insyaAllah kita akan kongsikan tutorial langkah demi langkah untuk membantu. Di mana boleh dapatkan alatan dan material kraf tangan, pun kita akan kongsi.

Mana tahu satu hari nanti, kraf felt yang bermula sebagai sekadar hobi, boleh pula dijadikan sumber pendapatan sampingan dari rumah. 

Jemput sertai group KFM.

Link Facebook group:

Logo/ikon group Facebook KFM comel daripada Nurdaya Craft.
Comey do'oh key! MasyaAllah tabarakallah! :)

Saturday, 3 May 2025

Imbau Kenangan





Pencetus idea mula-mula nak buat kraf felt adalah bila mana saya mengidam sangat nak menjahit sesuatu. Tapi saya nak small project yang mudah, cepat siap dan paling penting, boleh dijahit dengan jari. Benda tu mesti sesuatu yang bila siap jahit, boleh diguna. Tak perlu mesin jahit. Siang malam ya saya asyik terfikir dan terkenang selagi tak dapat idea apa nak dijahit.

Terima kasih kepada kawan sekolah saya Huda, yang waktu tu dah mula pun buat kraf felt dan siap ada blog. Blog Huda dan hasil kerja tangan beliau yang comel-comel membuatkan datangnya idea 'saya pun patut cuba felt crafting'.

Saya mula dengan felt starter kit, beli dengan Sus. Sampai saja kit, saya terus jahit sesuka hati. Tak sempat nak Google cari tutorial cara jahit. Dah lama mengidam kan. Asalkan dapat pegang jarum, lalukan benang untuk cantum kain, masyaAllah seronoknya tak terkira! Puas hati walaupun sembat senget. Haha.

Suami, Mama dan adik saya layan saja kes mengidam menjahit saya ni. MasyaAllah tabarakallah. Suami tolong belikan tools. Mama tolong tunjukkan cara jahit insang pari dengan betul. Adik saya biasalah, tukang komen kerja kak dia sejak dulu, kini dan selamanya. Alhamdulillah tiga insan ini tulang belakang hingga sekarang walau tak tahu terperinci pun apa saya buat sebenarnya.

Kawan-kawan di Facebook ni pun antara yang terawal meniup semangat dan motivasi untuk saya terus cuba menjahit kraf felt. Ramai sungguh yang tempah keychain, masyaAllah. Selepas tu, ramai juga yang terjebak sama menjahit kraf felt sendiri. Benda comel, ramai nak cuba diy. Hee..

Daripada mengidam, tetiba saya terfikir pula nak buat side income dengan kraf felt. Matlamat saya waktu tu, satu saja. Untuk beli cloth diapers anak yang sedang dikandung. Sehelai CD RM30. Nak rotate pakai, eloknya ada 10 pasang. Nak minta suami RM300 segedebuk tu, saya segan. Jadi, saya nak usaha sendiri.

Bila dah dapat capai target nak beli 10 keping CD, baru saya buat permohonan. Minta izin nak shopping CD. Alhamdulillah beliau luluskan. Tapi dengan syarat, guna duit beliau. Kita pun, apa lagi kan. ALHAMDULILLAH.. 😆🤭

Itulah permulaan kisah saya dan kraf felt.
Alhamdulillah atas semua aturan perjalanan yang telah Allah taqdirkan ini.

*Cuba zoom tengok jahitan saya 15 tahun lepas. Tu lah buktinya bila saya cakap saya dulu memang tak reti menjahit. Tak reti tak apa, boleh belajar dan praktis sampai jadi. 🙂

Tuesday, 29 April 2025

Teman Baru

Lama sungguh kan saya tak share apa-apa kerja kraf. Cey cey, tanya macam lah ada orang yang perasan, dok tunggu artwork kita. Ahaha!

Sebenarnya, mata ni dah mula kabur bila tengok jarak dekat. Nak membaca, tak syok. Nak menjahit, tak syok. Pi shopping nak tengok ingredients, nak check expiry date pun, kena tarik barang jauh sikit baru boleh baca.

Tapi, masih dalam fasa in denial. Hihu.
Disebabkan fasa tu lama, angka simpanan niaga pun terjejas. Surut yang bukan sikit.

Banyak kerja duniawi wa ukhrawi tergendala. Maka Encik Bos gunakan kuasa veto, bawa isteri beliau pi check mata.


Hasil pemeriksaan, ternyata sah rabun dekat secara rasminya jadi BFF baru saya. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Semalam, Alhamdulillah genaplah one year wiser on paper (insyaAllah). Redhalah wahai Amalina, dengan kehadiran BFF baru itu di permulaan usia klasikmu. 🤓

Side reflection note:

Hidup di dunia ni bila kabur, kena tukar kaca mata Akhirat. Baru nampak jalannya jelas terang benderang.

Monday, 28 April 2025

Preorder Kain Felt Polyester Putih


InsyaAllah hujung minggu pertama Mei kita akan submit order. ✨

Siapa yang nak join preorder kain felt gulung ni boleh terus whatsapp saya na. Saya kumpul nama dulu.

Nombor whatsapp  saya 0 1 0 9 0 3 4 5 6 0.

Yang masih ada banyak kain felt kat rumah, jangan order dulu. Guna yang tu bagi habis dan jangan buat pekasam. 😅 Saya cukup risau bila jadi membazir.

Saya buka PO ni sebab saya tahu ada kawan-kawan yang memang nak guna banyak dan susah cari kain felt kualiti yang serasi. Kadang bila mai tanya kat saya, saya pula tak ada stok sebanyak yang diperlukan. Serba salah rasa.

Kita semua tahu stock running kita macam mana setiap tahun. Ambillah setakat yang perlu saja. Jadi boleh elak isu pekasam, membazir atau makan ruang rumah.

Ramai ja jual felt (ofkos saya tau supplier lain). Saya sendiri pun dulu beli dari banyak seller sebelum jumpa kain yang sekarang. (Jazaakillahu khayran sifuku - jasamu tak mampu ku balas). Tapi kualiti memang berbeza-beza.

Untuk join PO ni, saya sangat syorkan beli dulu kain saiz kecil daripada saya sebelum decide nak ambil kain segulung besar. Test dan rasa dulu - buleh pi dak.

Lagi satu, saya selalu terfikir kawan-kawan yang boleh buat printing on felt atau buat sublimation, memang banyak kelebihan untuk pelbagaikan produk felt ni.

Geram ja perhati ahaha sebab saya tak buleh buat.  Saya takda alatan nak buat benda-benda comel tu semua.

Tapi tapi, takpaaa. Saya happy dapat supply kain felt yang best dan berkualiti untuk kawan-kawan buat projek-projek power. 😍

Tak semua orang kena buat benda yang sama pun. Kita saling bantu, saling support each other, cun lah itu maciam kan.

Teamwork makes the dream work! ✨🥰

Sunday, 27 April 2025

Kain Felt Putih

Siap gunting baki kain felt putih 1mm stok akhir yang saya ada.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..


Dalam Shopee kami tulis saiz 29cm x 29cm. Tapi yang putih ni bila dapat, jangan terkejut saiz dia kadang 30cm, kadang 31cm.

Felt putih ni digunting manually. Saya potong sendiri sampai sakit pinggang ahaha.

Lebar kain daripada supplier, kadang tu dapat 93cm. Saya rasa membazir lah pula nak potong 29-29-29cm. Jadi saya decide untuk potong 31-31-31cm lebarnya.

Minta maaf sangat-sangat ya bila ada cutting yang senget sikit atas faktor human error yang matanya dah kena pakai kanta rabun dekat huhu.

Yang pasti, memang akan dapat lebih sikit dari saiz 29cm x 29cm okeh untuk felt putih.

Takuttt, takmau jadi al-mutoffif. Nauzubillahi min zaalik.

Wednesday, 23 April 2025

Kain Felt Gulung

Kain felt by meter warna putih untuk 1mm secara rasminya dah habis.
Tinggal saiz 29cm x 29cm saja. Tu pun dah sikit.


Untuk 2mm, dah nyawa-nyawa ikan.

Jadi, saya cadang nak order kain felt putih ni insyaAllah awal Mei. Tak boleh lambat sangat. Sebulan nak sampai pun.

Jom jom siapa nak join sama. 🥰 Boleh text saya. Saya forward kan butirannya. Harga naik sikit daripada tahun lepas.

*Gambar ni stok akhir felt 1mm by meter yang dipesan. Terima kasih sis berurusan dengan kami.

Tuesday, 22 April 2025

Resin Bunga Besar

Ada ada. Resin bunga besar-besar tu masih ada. Belum mula jual pun lagi. Hihu. Nak guna untuk buat tempahan Hari Guru kan? Faham. 😍


Ada ni. Siap lama dah edit. Ramadan hari tu lagi. Tak sempat upload ja.

Naik cuti terus sibuk semula dengan urusan anak-anak empat ketul itu. Bulan April bulan sukan pulak. Ke sana ke sini menyupir. Campur open house hujung minggu. 😅

Sabaq sat na. InsyaAllah nak upload di Shopee.

Nak direct di Whatsapp pun boleh. 0109034560.

Sunday, 16 March 2025

Material Besi Untuk Kraf DIY

Update terkini:
Semua lapan item ni dah masuk Shopee amalcreative.

✨Open jump ring.
✨Mini lobster clasp hook.
✨Pin bar brooch.
✨Good quality flat key ring.
✨Smooth keychain.
✨Good quality flat keychain.
✨Lobster clasp hook.
✨Swivel hook.

Pilihan warna yang ada: Silver/bronze/light gold/rose gold.



Good quality flat keychain: https://s.shopee.com.my/3q90qZIgRl


Good quality flat key ring: https://s.shopee.com.my/2VddGEkmR8


Mini lobster clasp hook: https://s.shopee.com.my/2qGTenkW7L


Boleh dapatkan semuanya di Shopee Amal Creative. Klik link yang disediakan untuk pembelian pantas. :)

Saturday, 8 March 2025

Resin Bunga Ros Comel


A quick update. Resin ros kuning habis ya. Yang ada sekarang, campuran tiga warna pink untuk ros. Masih banyak. Baru tambah stok.

Ada di kedai Shopee:

Tahun ni giliran kami raya di Bangi. Jadi insyaAllah kedai Shopee kami dapat buka macam biasa sampai hujung Ramadan. Saya saja mungkin jarang muncul di medsos. Tapi kedai tak tutup ok.

Kalau perlu flatback resin, butang atau kain felt untuk siapkan kerja/tempahan, boleh terus ke Shopee ya. Cari nama amalcreative. 🙂

Monday, 17 February 2025

Kain Felt 2025


Sedang sibukkan diri. Supaya tak teringat sangat si bongsu yang masuk Darjah 1 hari ni.

Sunyi ya.. Bertahun-tahun Adik Anas jadi teman berbual sambil Mama packing barang. Teman Mama pos barang and all.

Tahu. Masanya akan tiba. Cuma emosi yang ada ni, perlu urus dan raikan juga.

Tahun depan, abang sulung pula minta nak masuk asrama walau sekolah dekat 10 minit saja dari rumah. Di rumah ada gangguan handphone and game katanya.

The best time mungkin. Allah nak bagi extra peluang banyakkan pula bekal amal soleh sendiri. Tak lama mana dah pun nak masuk 4 series.