Monday 4 July 2022

Hello Julai 2022


Cari kain felt keras?
Ingat Amal Creative. 💜

(Aduh, kekok sungguh nak menaip semula di Fb. Segan, seram sejuk, sakit perut; semua ada.) 😅

⬆️

Ya. Pendek. Ringkas. Seperti itu sahaja saya menulis hantaran status di laman Facebook peribadi. Saya semakin kurang selesa di sana. Cuma ada kerisauan jika tidak mengemaskini akaun, nanti disangka Amal Creative sudah tidak beroperasi. Nauzubillahi min zaalik.

Kos perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak agak tinggi. Selagi Allah izinkan, insyaAllah saya akan masih meneruskan kerja-kerja di Amal Creative untuk bersama membantu menampung kos tersebut.

Saya percaya, hanya dengan mendidik anak-anak mengutamakan pelajaran al-Quran dan hadith, mereka akan berjaya di dunia bahkan yang lebih utama berjaya di Akhirat.

Sejak empat minggu lepas, kami sekeluarga banyak berulang-alik pulang ke kampung Terengganu-Terengganu-Kedah. Kedai Shopee agak tergendala.

Jadi setelah sekian banyak cuti rehat, insyaAllah bulan ini kami cuba back on track. Untuk pembelian kain felt keras (polyester felt), boleh terus klik link di bawah.

Link Shopee Amal Creative:

No comments: