Tuesday 13 October 2020

Kemas-Kemas

 
Daripada tiga baris di rak, sekarang tinggal satu baris saja. Berhuhuhu tengok. Hari ni nak mengemas, kira baki stok terkini. Kemudian update di Shopee.

Saya pernah ya terfikir nak berhenti terus jual kain felt for some reason yang biarlah rahsia. Pejam celik, pejam celik, Allah masih izinkan saya kekal setia dengan felt hingga sekarang. Saya bersangka baik, mungkin ada sesuatu lebih baik Allah dah aturkan dan nak bagi di masa depan.

Kain felt adalah material yang sangat best guna untuk buat kraf. Sangat mudah nak handle. Pendek kata, nak buat jadi 'macam ni' boleh. Buat jadi 'macam tu' pun boleh.

Kalau biasa dengar orang sebut felt craft, ni lah dia. Kraf menggunakan kain felt.

Kain felt diperbuat daripada apa? Ada berapa jenis felt? Ada saya cerita panjang lebar dalam blog ni. Boleh cari di kategori Panduan Asas Kraf Felt.

Setakat ni kami ada 36 pilihan warna kain polyester felt (jenis keras). Kami belum pernah jual acrylic felt (jenis lembut).

Siapa yang beli kain felt dengan Amal Creative nanti, kita kumpul sesama dalam satu group nak? Saya ajarkan buat felt craft sampai pandai.

Nak buat kraf sebagai hobi terapi minda, boleh. Nak jadikan aktiviti masa lapang dengan anak-anak, pun boleh insyaAllah.

Nak buat duit tepi dengan felt craft? InsyaAllah lagi lah boleh. Yang penting, cuba berusaha dulu.

Doakan saya mampu buat sampai jadi ya group tu. Rasa bersalah peram something yang saya yakin boleh bantu orang lain merasa kehidupan lebih baik.

Saya tak ada duit banyak nak bantu beli produk semua orang di saat ekonomi rapuh tak menentu. Berbekalkan secebis pengalaman, saya cuba sebaik boleh untuk bantu kongsi apa yang saya tahu dan dah lalui sejak 2010.

Kita semua tahu, salah satu daripada tiga amalan yang tak akan putus selepas mati adalah ilmu pengetahuan yang dapat beri manfaat pada orang lain.

Besar harapan saya, group yang ada akan jadi bekalan untuk saya bila berpindah ke negeri kekal abadi nanti. Andai kata tak sempat set up group betul-betul, blog ni pun insyaAllah boleh jadi panduan asas.

No comments: