Wednesday 29 June 2011

Felt Fruit Fridge Magnet

 




Assalamualaikum. Kembali bersiaran selepas habis berpantang. Alhamdulillah baby pun dah nak masuk dua bulan. So yeah, kita cuba jahit something yang comel untuk hias dapur. :)

Hiasan magnet untuk peti sejuk bertemakan buah-buahan. Ada tembikai, epal, oren dan kiwi. Tiga buah import dan satu buah tempatan. Pemilihan buah berdasarkan yang mana mudah untuk dijahit. :D

Kesemuanya saya jahit menggunakan kain polyester felt. Mudah gunting dan mudah jahit. Biji untuk buah kiwi, saya gunakan manik hitam. Di belakang buah-buahan ini ada saya gamkan magnet bulat sebesar 2 cm. Gam menggunakan gam tembak.

Antara design kraf felt yang saya paling suka nak jahit. :)

No comments: