Thursday, 13 February 2020

Jual Keychain


W: Mama, kawan nak order keychain boleh?

M: Kat sekolah tak boleh menjual kan?

Dapat Mama super skema. Begitulah.

W: Takpa, jual je. Nak berniaga, hati memang kena kental. Tak payah peduli apa orang nak cakap.

What? Peraturan tu kot.

Terbuntang mata Mama tengok Walidnya boleh cakap lagu tu. 😳

M: Macam ni. Cakap kat kawan tu, nanti habis sekolah baru bayar. Waktu mak dia datang. Keychain pun Mama bagi waktu tu.

W: Ok Mama.

😄 Alhamdulillah dah siap keychain kawan anak. 8 juta kali dipesannya nanti jangan lupa bawa keychain. Ahahaha..

Friday, 7 February 2020

Amal Creative Di Shopee Singapura


Bungkusan pertama.
Bulan pertama.
Order dari Shopee Singapura.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Semoga selepas ini lebih banyak jualan Amal Creative di Shopee Malaysia dan Shopee International. Buat rakan-rakan crafters di Singapura, boleh lawati kedai Shopee kami di link https://shopee.sg/amalcreative.sg. Cuma sayang, produknya tidak dikemaskini seperti Shopee Malaysia.

Tuesday, 21 January 2020

Isian Batu Seremban


Pekerjaan hari ni. Sambung isi batu sungai kecil dalam kantung batu seremban. Batu tu beli di Shopee. Murah saja harganya. Saya beli 1 kg. Habis isi batu, jahit penutup.

Buat sesambil teman anak-anak bergusti dan main bola. Ahaha. Mama tak kuasa lah nak masuk campur permainan lelaki ni. Mama dok tepi, memantau saja. Asal bukan bahaya, boleh mencederakan fizikal atau emosi, hampa main pi lah tungging terbalik kot mana pun.

Lagi satu syarat, jangan langgar perabot atau rak barang office Mama. :D