Monday, 2 May 2022

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
buat semua pelanggan kami yang beragama Islam.
Semoga amal ibadah kita pada Ramadan yang lepas,
Allah terima dan kita tergolong daripada hamba-hambaNya
yang bertaqwa, serta dikumpulkan bersama di Jannah.

-Amal-

Friday, 1 April 2022

Persiapan Ramadan 1443

Ramadan bakal tiba. Bulan barokah; digandakan pahala ibadah. Istimewa untuk Ramadan, siang hari kita berpuasa. Malam hari diisi dengan solat sunat. Masa dilebih-lebihkan (malam terutamanya) untuk ibadah membaca dan tadabbur al-Quran.

Gandingan Ramadan adalah al-Quran. Ramadan jadi mulia kerana al-Quran diturunkan dalam bulan ini. Jadi bila sebut Ramadan, harus kita terus teringatkan al-Quran.

Penting kita ada perasaan teruja memasuki Ramadan. Kita ada matlamat dan perancangan untuk mengisi 30 hari yang bakal berlangsung. Sekurang-kurangnya, Ramadan kali ini kita usaha jadikannya lebih baik daripada Ramadan kita yang lalu.

Kerja dunia, ya boleh teruskan seperti biasa. Yang luar biasanya, amal ibadah untuk akhirat kita gandakan. Lebihkan daripada kerja dunia pun tidak mengapa. Ramadan bulan sangat istimewa.

Wednesday, 16 March 2022

DIY: Baik Pulih Permukaan Meja

Projek DIY sempena Ramadan bakal tiba. Subhanallah. Uzur sangat-sangat-sangat rupa meja kami. 😅 Sendiri tengok pun menyedihkan. Apatah lagi kalau nak buat prop.

Self adhesive wallpaper beli di Shopee.

Suka warna ni. Natural wood.


Meja ni dah sedia ada sejak masuk menyewa di sini 12 tahun lepas. Waktu awal guna, 2/4 kaki dia goyang. Encik Suami ikat dengan paku. Masih boleh guna sampai hari ni. Jadi guna saja lah. Belum berniat nak beli baru. Cuma permukaannya dah pudar sangat. Kita tampal wallpaper bagi segak balik.

Dinding tu. Mohon pejam mata. Insya-Allah tahun depan kita cat semula bagi  bersih-segak. Dana perlu dikumpul (jemput shopping barang kraf di kedai Shopee kami, hihu). Tanda tanggungjawab dan terima kasih. Tuan rumah baik sangat. MasyaAllah. Barakallahu fiih.