Monday, 5 October 2020

Printer Untuk Cetak Shopee Airway Bill

Barang wajib ada untuk berniaga di Shopee adalah PRINTER. Ada pelbagai jenis mesin pencetak dengan spesifikasi berbeza di luar sana.

Saya pilih laser monochrome printer jenama Brother, model HL-1210W. W bermaksud ada wireless function. Boleh cetak tanpa perlu sambungkan laptop. Hanya gunakan aplikasi di smart phone untuk cetak dokumen yang diperlukan.


Sebelum beli apa-apa printer, sebaiknya kita jelas kita beli printer untuk kegunaan apa. Perlu kah printer berwarna? Perlu kah printer dengan fungsi scan?

Saya perlukan printer untuk cetak dokumen hitam putih saja. Jadi printer compact dengan fungsi asas sudah cukup memadai.

Model ni mudah saja nak set up. Print speed bagus. Laju. Rupa paras kemas dan comel. Ringan. Mudah saya nak alih untuk sapu habuk bila mengemas.

Harganya RM295 waktu saya beli. Mampu milik. Sangat sesuai untuk kegunaan mereka yang baru mula nak berniaga online.

Hampir setiap hari saya gunakannya untuk print air waybill Shopee dan dokumen-dokumen kerja. Guna untuk print worksheet anak-anak pun ya.

Bagi yang masih tercari-cari printer untuk kegunaan home office, boleh pertimbangkan printer Brother HL-1210W.

Selama dua tahun guna, Alhamdulillah baik-baik saja. Tak ada masalah.

Tuesday, 29 September 2020

Sembang Mamapreneur

Semalam. Sembang hingga larut malam.

Terima kasih Kak Sheila Rosilawati Wahid, belanja minam minam. Terima kasih juga Huda Ahmad jadi 'tuan rumah' untuk kita sembang-sembang mamapreneur.


Lama tak bersua. Kali pertama dan terakhir jumpa Kak Sheila dan Huda adalah di Masjid Besi sewaktu depa buka booth busy book empat tahun lepas. This time again di Putrajaya.

Seronok sangat dapat bertemu mata, berlaga lutut dengan rakan sealiran kraf kreatif yang ada same vision and same growth mindset. Haku sentap banyak kali dek kena zasss sana sini dengan depa.

Ahaha. It's ok then. Saya suka dan saya terima dengan hati terbuka. Memecahkan buih-buih andaian palsu yang membelenggu dan merantai kuat seorang so-called perfectionist. Gittew.

Dapat banyak new great ideas dan dapat banyak new valuable insight. Balik tu terus zup zap rangka next action plan.

Jam 3 pagi baru dapat lelapkan mata lepas dah tulis luahkan semua dalam buku nota. Tak mampu nak simpan dalam kepala. Risau pufff meletup lalu terbang ke awang-awangan. 😅

MasyaAllah tabarokallah. Alhamdulillah for this amazing and meaningful opportunity.

*Dear Huda and Kak Sheila,

Bila nampak kita malas-malas nak gerak atau no new updates, tolong call dan azankan kuat-kuat tepi telinga. Please. 😎😆

Friday, 4 September 2020

Wooden Name Keychain


Contoh kegunaan tiny fimo slice. Lekat pada huruf-huruf kayu keychain nama. Kakak Insyirah buat sendiri 100%. Umur tujuh tahun. Biasa lah tu senget sikit susun huruf. Tapi ini pun dah cukup cantik dan elok di mata Mama. :)

Mama habaq kat Kakak:
"Good job, Kakak! Ini namanya seni."

Next time kita buat seni yang lurus pulak.