MasyaAllah tabarakallah. Sedikit catatat kenangan bersama Amal Sulam sepanjang 2022.
Sungguh saya masih baru dalam bidang seni sulaman tangan. Tempahan pun saya belum berani buka. Saya belum berpuas hati dengan tahap kekemasan sulaman sendiri. Walaubagaimanapun pada Disember yang lalu, Allah izinkan saya dapat dua tempahan untuk membuat pola sulaman. Alhamdulillah.
Untuk akaun IG sulam ini, saya update mungkin satu atau dua kali sahaja seminggu. Buat masa sekarang, saya menyulam sekadar sebagai hobi sampingan. :)
2023 adalah tahun untuk saya cuba sulam design yang lebih pelbagai. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment