Friday 6 September 2019

Belajar Sulam Tangan

Selepas cuba jahit bunga sulam di kain felt, saya cuba jahit atas synthetic leather pula. MasyaAllah, boleh ralit jadinya menyulam tangan. Seronok sungguh.

Beginner level menyulam. Ok lah kan macam ni. Ada rupa macam apa? Hee..


Saya search tutorial sulam bunga dalam Youtube. Taip saja sulaman tangan bentuk ros. Banyak tutorial akan keluar. Lepas tenung telek dengan tekun dalam 4-5 tutorial, saya cuba jahit dulu atas kain felt. Bila dah yakin, baru pindah jahit atas material projek yang nak dibuat.

Hmm ada ke rupa ros ni? :D


Suka-suka hati saja jahit daun. Itu yang terfikir. Tak kuasa nak belek Youtube dah tengah malam tadi. Selagi tak siap rasa tak boleh lelap mata. Haha. Alhamdulillah jam 1 pagi semalam siap keychain sebiji untuk diri sendiri.


 A untuk Amalina 🌹 Alhamdulillah. Jarang sebenarnya jahit barang untuk diri sendiri.


Waktu saya ke Taman Kaktus, Royal Floria Putrajaya 2019, saya sempat ambil gambar outdoor. Suka sangat gambarnya. Guna natural lighting. Siap background pokok kaktus. :D

No comments: