Tuesday 11 January 2011

Hubby Wifey Keychain

Hasil kerja tangan saya yang terbaru. Saya buatkan Hubby-Wifey keychain untuk gantung kat kunci kereta. Kat depan, nama Encik Suami. Kat belakang, nama saya. Lepas tu ada handphone charm bentuk love dengan warna yang pelbagai.


Love warna hijau dan bintang purple tu, Tok Baby yang jahitkan. Sebab nak tunjuk cara yang lebih kemas pada saya. Sebab tu kemas berbanding saya jahit.

Well, saya ni kan tak pandai sangat bab-bab menjahit ni. Jadi waktu Tok & Wan Baby mai rumah kami hari tu, Tok Baby memantau la hasil tangan saya. Siap tolong-tolong lagi. Mak Su Baby pun sama. Tolong saya match colour kain felt. Thank youuuuuu.. :)

Kain felt ada banyak. InsyaAllah saya bercadang nak buat ready-made stock. Cari duit lebih. Huu.. Nanti saya nak bagi kat Mak Su Baby untuk dijual kat Melaka sana. Hee..

(Macam laaaaaaaaa banyak benerrr masa saya nak menjahit!) :p

No comments: