Friday, 23 June 2023

Cinta Beralih Arah

Hati dah terpaut pada hand embroidery. Slowly nak habiskan mana-mana flatback resin dan butang yang berbaki. Bagi masa saya sort out dulu. InsyaAllah awal bulan depan saya bagi harga clearance ok. 🥰✨

*Kain felt dan beberapa basic buttons saja yang tak mau clear. Akan terus ada di Shopee. Felt boleh juga guna untuk sulam dan buat hoop backing. 😍

Wednesday, 21 June 2023

Bengkel Sulaman Tangan Di Bangi





MasyaAllah tabarakallah. Ahad beberapa hari lepas. Di Astaka Fikir, Seksyen 9 BBBangi.
Jumpa kawan embroiderers merangkap cikgu-cikgu yang saya banyak rujuk waktu awal-awal nak terjun menyulam tahun lepas. 🥰

Bila depa cakap nak buat physical workshop, kat area kita pulak tu, teruslah laju-laju sign up. 🥳Tempat buat workshop ni masyaAllah cantik kan, kan kan kan? ✨😄

Wednesday, 17 May 2023

DIY Letter Search Board Game

Buat Sendiri: Permainan Papan Carian Huruf

Idea asal daripada Instagram Mummy's Madrasa. Jazaakilllahu khayran ya Ukht! :)

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat board game ni mudah saja. Mungkin memang dah sedia ada pun di kebanyakan rumah. Saya gunakan kotak mineral water yang menunggu masa untuk kami recycle.

Kita perlukan kotak. Lagi besar saiz permukaannya lagi bagus. Lagi banyak huruf kita boleh tulis. Perlu ada pelekat lutsinar (sellotape) dan marker pen pelbagai warna (satu warna pun ok saja).

Potong kotak menggunakan pisau. Guna gunting agak sukar ya haha. Jadi boleh dapat dua permukaan kotak yang luas. Satu, saya gunakan untuk tulis huruf arab. Lagi satu, saya guna untuk tulis abc huruf kecil. Sebelum tulis huruf secara rawak, buat satu kotak kosong di tengah-tengah. Bentuk bulat pun boleh.

Setelah siap tulis di atas kotak, lekatkan sellotape di permukaan kotak. Pastikan keseluruhan permukaan ditutup dengan sellotape. Saya guna sellotape lebar. Jadi cepatlah siap kerjanya.

Setelah siap, boleh ajak anak main sambil belajar. Mama tulis huruf yang perlu anak cari di tengah-tengah kotak. Kemudian minta anak kenalpasti dan sebut hurufnya. Seterusnya cari kawan-kawan huruf yang sama kemudian bulatkan. Itu saja. :D Boleh dipelbagaikan cara main mengikut kreativiti mama sekalian.

Untuk tulis dan bulatkan di atas game board, guna whiteboard marker ya. Mudah dipadam menggunakan tisu saja.

Kalau terlajak guna permanent marker, jangan jerit. Haha. Ikut semula garisan yang tersilap tulis tu dengan whiteboard marker, kemudian padam macam biasa. InsyaAllah hilang.

Selamat berkreativiti! :)