Monday, 8 May 2023

Gam B7000



Cari gam kraf yang berkualiti untuk diy hadiah Hari Guru?
Boleh dapatkan di sini:

Tuesday, 2 May 2023

BTS: New Felt Toys Item

Dah lama saya tak buat projek sepah-sepah rumah macam ni. 😍


Balik raya di Alor Setar hari tu, memang panas membahang. Tahap rasa bertapa dalam oven. Alhamdulillah 'ala kulli haal. Memang sebolehnya elak keluar rumah antara jam 12 tengahari hingga 3 petang. Risau bab ekzema sama.

Satu perkara yang perasan sekian lama, walau di kampung sana tu panasnya lain macam (orang Perlis/Kedah faham sangat), Subhanallah Allah izin kepala tak sakit. Lain sangat dengan panas di bandar ni. Asal suhu naik, kebanyakan masa mesti sakit sangat kepala. Berdenyut-denyut sampai nak ambil pcm.

Untuk masa sekarang, lebih kepada nak pelbagaikan aktiviti indoor. Duit raya anak-anak, 10% depa requested nak guna beli indoor games. Bawa pi cari di Mr. DIY saja.

Sebagai tambahan, insyaAllah nak buat something. DIY mainan. Guna barang-barang sedia ada di rumah. Jadi dengan ini, bermulalah projek 'sepah-sepah' Mama. Bismillah. 😍


Kebasss jari main gunting-gunting. 😂 Tengkuk, bahu dan tulang belakang pun pedih.


Bila nampak saja Mama mula nak mengemas, anak bongsu tu terus cakap, "Mama, please please jangan tidur lepas ni pleaseee." 😆 Dia tau tu pattern kerja Mama dia. MasyaAllah tabarakallah.

InsyaAllah lepas siap ni saya kongsikan hasil penuhnya ya. :)

Monday, 10 April 2023

Berniaga Kraf


Berniaga.
Bukanlah dikira urusan dunia semata-mata.

Lebih-lebih lagi bila keuntungan perniagaan digunakan untuk membiayai pengajian anak-anak, membantu ibu ayah dan ada peruntukan untuk diinfaq. Berniaga pula jujur, amanah, ikhlas kerana Allah dan tidak mengabaikan ibadah wajib seperti solat lima waktu.

Jadi ia juga termasuk dalam urusan akhirat.

Ini bukan cerita tentang saya.

Saya menulis untuk ingatkan diri sendiri (setelah diajar dan dipesan), apa cara yang terbaik bila berniaga usaha jana pendapatan. Kerja-kerja sebegini pun sentiasa ada jalan sebagai saham untuk kehidupan kekal di sana.

Seluruh 24 jam kehidupan kita sama-samalah diusahakan bergerak dalam ruang lingkup ibadah. Dan itu menepati tujuan sebenar penciptaan manusia.