Di Amal Creative, kami ada 30 warna pilihan untuk felt keras atau nama lainnya polyester felt. Antara soalan lazim pelanggan, boleh tak nak pilih warna tertentu. Jawapannya: Mesti lah boleh. :)
Untuk baki stok terkini, perlu whatsapp dulu ya. Macam sekarang, ada satu warna dah out of stock iaitu warna kod P24 Blue. Jadi kalau nak order warna ni saja memang tak dapat nak bagi buat masa ni.
Untuk sesiapa yang nak order 1 set ada 30 warna tu, insyaAllah ada kod Blue. Saya dah siap susun elok-elok dah untuk felt 30 warna. Ada dalam 8 atau 9 set lagi. Boleh beli dan dapat semua warna sehelai setiap satu.

