Monday, 7 May 2012

Big Pillow: Farhana - Kajang


Sangat cantik kombinasi warna pilihan Farhana. Betul tak?
Personally, Mal sangat suka! (^_^)
Bantal ni bersaiz besar. Lebih kurang 15 x 20 inci.

Hampir kesemua huruf2 felt pada bantal, Mama Mal yang tolong jahit.
Bantal ni pun, Mama tolong jahit keliling. Siap tolong isikan fiber.
Terharu sungguh bila ibu kita sendiri sudi membantu.
Terima kasih banyak2, Ma. Along saaaayang Mama! :*

Seminggu Mama dok di rumah Mal, Alhamdulillah banyak benda yang selesai.
Adik Mal pun tolong jugak. Sangat terhutang budi kat depa dua.
Bila Mal nak bayar upah, Mama Mal tak mau ambil satu sen pun. Huu..
Again, "tacinggggg"!!! Huhuuuuu~
I LOVE YOU MOM! I LOVE YOU SIS!

Nak tengok gambar banyak2 lagi?
Mai la tengok di FB Amal Creative :)

Sunday, 6 May 2012

Kelas Kraf Felt Mei 2012

Assalamualaikum.

Berikut adalah maklumat tentang kelas kraf felt:

Tarikh 1 : Sabtu 12 Mei 2012 (PENUH)
Tarikh 2 : Sabtu 19 Mei 2012 (Masih ada 2 KEKOSONGAN)

Masa : 9.00 pagi-11.30 pagi
Lokasi : Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Yuran : RM80.00 (Termasuk material)
Deposit : RM30.00 (Tidak dikembalikan jika gagal hadir)

InsyaAllah pattern yang akan diajar:
1) Name keychain
2) Sunflower brooch
3) Frangipani hairclip

Berminat? Sila email saya di amalcreative85@gmail.com
Maksimum hanya 4 orang untuk setiap sesi kelas.

Friday, 4 May 2012

Pengumuman Penting

Assalamulaikum semua.

Mulai hari ini Kraf Malinja ditukar nama kepada 
AMAL CREATIVE :)

Jadi selepas ini, saya hanya akan aktif di Facebook & blog AMAL CREATIVE sahaja.

Jom ramai-ramai LIKE page AMAL CREATIVE
dan menjadi follower blog AMAL CREATIVE :)